Thursday, December 25, 2014

AWAS! Kerana "Kesilapan" 7 Tahun Lepas, Mengubah Wajah Beliau Sekarang.

Dahulu,

7 tahun lepas,perasaan rendah diri sebagai wanita membuatkan dia mengambil bermacam-macam langkah yang pasti anda  pun tak ingin ikut jejak langkah beliau!


Jom saksikan sampai habis apa yang berlaku

Pasti anda menyesal jika tak menonton video ni!

 

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

5 Tips Kekal Kurus Selepas Bersalin Buat Suami Makin Sayang!

"Tahukah Anda?
Bahawa ketika seorang itu hamil ,LEMAK akan tersimpan lebih lebih daripada satu pertiga daripada sebelumnya"

Fuhh, dasyat! Siapa yang tak risau bentuk badan tak kembali ke asalnya sebelum hamil apatah lagi baju-baju kesayangan yang lama-lama. Adus! Bila memikir pula bakal kembali ke tempat kerja selepas habis berpantang tetapi badan tetap sama semasa hamil.

Tambahan pula, ramai kawan-kawan yang hamil tapi berjaya kekal ke bentuk asal seperti zaman anak dara pasti akan mengundang rasa rendah diri. Ya, tak semua orang bentuk badan sama. Mungkin metabolisme badan kawan kita lebih tinggi membolehkan berat badan cepat turun.

Bagaimanakah kita yang metabolisma badan yang rendah ni? Tengok saja ataupun cari jalan? 

Secara umumnya penjagaan dalam tempoh berpantang amatlah penting. Amalan dan petua orang lama juga memberi kesan kepada tubuh badan kita untuk masa hadapan.

Tips Kekal Kurus Selepas Bersalin

1.Penyusuan

Penyusuan bayi dapat membakar sebanyak 500 kalori!

Penyusuan sangat2 membantu dalam proses penurunan berat badan. Untuk proses penyusuan, digalakkan jangan terlampau memilih diet yang esktrem dan harus memilih pemakanan yang benar-benar sihat. Jadi, jangan avoid diri dari alasan untuk tidak menyusu bayi.

2. Bengkung

Salah satu cara berpantang tradisional ialah berbengkung. Berbengkung dapat mencegah daripada peranakan "jatuh", mengecut semula rahim, dan memulihkan kulit perut. Petua orang lama, sebelum berbengkung disapukan dengan bahan campuran seperti lada hitam, raga tapai,dan asam jawa

3. Bertungku

Perut lebih mudah buncit dan mengeleber selepas bersalin kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Tujuan bertungku adalah mengeluarkan saki baki darah kotor,mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.

4. Berurut

Salah satu tips ialah berurut. Ia dapat memulihkan kesegaran badan, melancaran peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat,memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

5. Amalan pemakanan yang sihat

Sangatlah digalakkan pengambilan pemakanan dan diet yang sihat sepanjang tempoh berpantang. Ini kerana kita perlu ingat bahawa kita tengah menjayakan penyusuan bayi kita.Bayi perlu mendapatkan nutrisi yang lengkap di awal tumbesaran.

Cadangan Supplement Yang Membantu Ibu Menyusu Kekal Slim Dan Kurus Sepanjang Tempoh Berpantang




Bakar! Bakar! Bakar!

1. Lecithin Shaklee

Berfungsi sebagai pembakar lemak dan kolestrol. Lecithin merupakan sumber daripada kolina dan pengelmusi lemak. Selain itu, jangan tak tahu kebiasaan ibu menyusu akan mengalami bengkak susu. Dengan pengambilan lecithin, clogged dust/ duktus tersumbat boleh diatasi. Boleh rujuk disini cara atasi bengkak susu

Buang! Buang! Buang!

2. Alfalfa Shaklee

Ianya berfungsi sebagai sumber serat yang menyerap pecahan lemak dan kolestrol oleh lecithin. Alfalfa akan mengangkut lemak-lemak keluar dari badan. Selain itu ia melawaskan sistem penghadapam dan bertindak juga sebagai milk booster/ penggalak susu. 

Bina! Bina! Bina!

3. Soy Protein Isolate Powder ( ESP)

Ianya berfungsi sebagai sumber protein untuk memelihara otoo dalam proses menurunkan berat badan. Selain itu memberikan rasa kenyang yang tahan lama dan memberikan tenaga berpanjang.



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE



Friday, December 5, 2014

Review Pencuci Muka Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Salam Pembaca

Siapa yang masih tercari-cari pencuci muka yang best dan tanpa paraben?

Hanum sebenarnya tak pernah lekat dengan 1 jenama pencuci muka. Macam-macam dah mencuba sampai kadang-kadang tak sempat habiskan 1 tiub dah buang macam tu ja. Gara-gara tak sesuai dengan kulit dan jerawat naik makin menjadi. Dulu pernah mencuba pencuci muka under doktor yang syorkan, alhamdulillah dah okey. Nak repeat order klinik tu dah close dan berpindah ke tempat lain. T_T sedih betul. Bermula episode ngeri mencari jenama pencuci muka.

Yang belum tahu hanum ni memang pengamal tegar vitamin C shaklee. Memang tak kan tukar lain jenama dah. Siapa yang pernah consume vitamin C shaklee ni tahulah macammana bestnya. Eh, melalut ke vitamin C pulak (mentang-mentang ada promotion vitamin C bulan ni).

Ok,kita sambung..

Memang hanum dulu tak pernah mencuba nutriwhite walaupun ramai customer yang order nutriwhite daripada hanum. Setiap kali customer bagi feedback, jelesnya dengar!! Ada yang cakap 

"kak, kulit lembut giler lepas pakai nutriwhite"
"kak, jimat betul nutriwhite ni. Saya pakai dekat 6 bulan tak habis-habis lagi. Tak sabar nak repeat order cleanser baru dengan akak'
"Kak, kulit kita dah tak kusam dan berminyak. Memang banyak beza kulit dengan sebelum ni"

Macamana hanum tak jeles! okey, hanum pun apa lagi rembat sekali nutriwhite dengan order customer ^____^

Sangat-sangat best rupanya skincare nutriwhite ni. Patutlah ramai yang cakap jimat. Picit je sikit kat tapak tangan pun dah berbuih banyak. Cleanser nutriwhite ni langsung tak ada bau wangi-wangi tau. Odourless. Lagikan bahaya bau-bauan tambahan dalam pencuci muka ni.Untuk pengetahuan set skincare nutriwhite ini 100% semulajadi dan TANPA PARABEN.

Haaa..yang kat luar sana yang belum cuba set skincare nutriwhite ni, WAJIB beli. InsyaALLAH tak menyesal. Kalau tak nak beli 1 set skincare nutriwhite ni, hanum suggest cuba cleanser ni. Gerenti jatuh cinta banyak2..hihi

Tak nak promote lebih2, selagi kita tak cuba sendiri selagi tu kita tak okey ke tak kan?



Apa fungsi nutriwhite gentle deep foaming cleanser ni?
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
Testimoni Nutriwhite

1.Kulit makin cerah, sekata dan tiada minyak lagi lepas guna nutriwhite shaklee



2.Muka rasa lebih bersih dan jimatttt!



3. Kulit rasa moist dari sebelum ini, kulit tak lagi kering!



4. Selepas 2 minggu kulit lembut je


 
Syokkkk tak baca testimoni pengguna nutriwhite yang best ini.

Tak teringin ke nak mencuba sambil belai-belai muka yang lembut dan moist lepas cuci??

Jom terus order dari saya yang merupakan pengguna nutriwhite jugak. Kongsi pengalaman nutriwhite anda dengan saya



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang 

Thursday, November 27, 2014

DIARI KEHAMILAN : Cara Untuk Mengelakkan StrechMarks Ketika Hamil

Salam Pembaca

Macamana mommy to be prevent strech mark ketika hamil ni?

Untuk yang mommy to be macam hanum ni, hanum dah start pakai awal-awal tahu hamil Palmers Cocoa Butter Strech Mark. Al kisahnya, tahu je mengandung kakak ipar start mesej bagitahu kena makan apa, ambik supplement apa dan termasuklah suggest pakai lotion ni.

Berkesan ke tak? Kena tunggu hanum lahir baby ni dulu lah..haha..So far kakak ipar cakap masa lahir anak sulung, strech mark langsung tak ada lepas bersalin. Review daripada mommy dari blog yang lain pun berkesan guna palmers cocoa butter ni. Tu yang buat teruja nak guna lotion palmers cocoa butter ni.

Ngeri tengok badan ada tanda-tanda strech mark ni. Daripada badan tak ada lagi kesan strech mark, baik kita cegah awal-awal. Semangat pergi cari lotion ini alamanda. Senang ada watson dengan guardian sekaligus. Plus2 boleh pergi jejalan sekali. hehe

Ni yang hanum beli. Ada double pack, satu untuk massage lotion dan satu lagi massage cream. Price dalam Rm47++. Bau lotion ni sedap giler! Bau ala-ala almond gitu. Awal-awal pakai lotion ni, asben siap tanya buang tabiat ke pakai wangi-wangi ni tiap-tiap hari. Haha. Padahal dia tak tahu tu bau lotion. Wangi..wangi..wangi..




Selain sapu lotion ni jugak, hanum amalkan ambil ESP shaklee. Dah masuk 6 bulan kulit tak timbul lagi strech mark dan tak ada rasa gatal-gatal kat perut. Ikut petua orang tua, nak perut tak ada tanda, jangan garu kalau gatal. Kalau tak strechmark makin ketara. Yang tu hanum tak tahulah,sebab tak pernah lagi gatal. hihi

Macamana ESP Soy Protein ini boleh kurangkan strechmarks?

 ESP ini adalah supplement nutrien yang berasaskan protein tumbuhan soya yang mana rendah lemak dan tiada kolestrol. So,ianya berperanan membaiki struktur kulit kita kerana ianya merupakan sumber protein yang terbaik.

Apa yang penting protein ni? ----> Protein penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk "elastic fiber" untuk penegangan sel kulit !!. Sel-sel lama dan rosak akan digantikan dengan sel-sel baru yang sihat.

Perasan tak parut lama kita susah nak hilang jika kita kurang pengambilan protein dalam diet seharian. Ini kerana, protein dalam diet harian tidak mencukupi dan sel-sel lama tidak dapat diganti dengan sel baru. ESP juga membantu membantu penyerapan vitamin lain dalam keadaan optimum. So beruntunglah sebab of coz ibu pregnant kan ambil supplement sepanjang pregnant.


Nak dapatkan ESP shaklee?


Cepat2 order dari hanum ya! InsyaALLAH fully consult ;)


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Sunday, November 23, 2014

Resepi Goreng Pisang Crunchy.. Krap Krup Krap Krup..Cicah Sambal Kicap

Salam Pembaca

Hari ini betul-betul craving nak makan goreng pisang ala-ala kedai. Biasa kalau kedai, tepung salut pisang tu macam crunchy sikit. Tengok atas kedai jugaklah. Selalu yang hanum rasa best goreng pisang dekat taman greenwood. Kedai tu siap kena ambik angka giliran lagi. Mantap!.

Makan pisang cicah sambal kicap pedas. Terliur je tekak ni. hihi. Dulu tak berapa suka cicah sambal kicap. Sejak pregnant ni tekak pelik je. Layan je la. Mujurnya tak craving benda yang pelik-pelik, jenuh nak cari kan.

Untuk resepi ni hanum ambil dari blog k.azlita masam manis. Rugi tak ikut resipi ni tau. InsyaALLAH sesuai dengan nama dia, Pisang Goreng Crunchy. Even dah sejuk pun, pisang still crunchy lagi. Tu yang best. Hanum suka goreng pakai pisang nangka. Feveret all the time pisang nangka buat goreng ni.

Kat sini hanum sertakan sekali resepi yang hanum copy dari blog k.ita. Mintak halal ya k.ita. Senang nak jadi rujukan setiap kali nak buat balik.



Okey,dah boleh bukak gerai goreng pisang!..haha

Pisang Goreng Crunchy

Pisang yang sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


SAMBAL KICAP


8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
Kicap manis secukupnya

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy


Sekian, dari dapur mommies journey


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Thursday, November 13, 2014

Saya Jual OPK (Test Ovulation Test) dan UPT (Test Pregnancy Test) Murah

Salam Pembaca

Alkisahnya bermula hanum start beropk ini bila try to conceive anak pertama. Masa ni tak tahu apa apa pun pasal OPK ni. Dulu pun start beli OPK dekat watson. Oh mak kau, mahal giler! dapat 3 pieces RM49.90 yang jenis mainstream. Pastu cari dekat farmasi jumpalah harga dalam Rm5.00 ke Rm10.00. Tu pun fikir tak berbaloi lagi sebab pakai buang..hahaha

Sekarang tak perlu risau. Nak test hari-hari pun rasa berbaloi. Saya dah jual ovulation test dan pregnancy test.

Hanum jual jenis yang strips je sekarang. InsyaAllah lepas ni perluaskan lagi dengan jualan midstream dan cassette.

Untuk Harga OPK dan UPT ni hanum jual rate yang sama. Senang customer nak campur2 atau beli opk buat stok banyak2.

 

Bagi memudahkan yang nak buat pembelian test ovulation strip dan pregnancy strip,boleh refer gambar di bawah ye :)

1. Ovulation Test Strip

Harga : Rm 0.90 per pcs

2. Ovulation Test Midstream

 Harga : Rm 5.00 per pcs

3. Pregnancy Test Strip

 Harga : Rm 0.90 per pcs

*Postage : Rm7 ke semenanjung, Rm10 ke sabah sarawak

Kenapa untung beli ovulation strip murah? Yang murah tak semestinya tak berkualiti. Yang hanum jual ini boleh kesan sensitivity 25 mil utk OPK dan UPT 10mil. Setanding yang mahal. OPK ni kita test hari-hari sehingga kita dapat waktu subur, so tak perlu la yang mahal-mahal kot bagi hanum.

Cara-cara penggunaan opk ni hanum ada kongsi dalam entry di sini [KLIK SINI]

Untuk lihat testimoni yang dah berjaya pregnant dengan buat pembelian opk/upt murah ni di sini [KLIK SINI]

Boleh jugak refer testimoni kat dalam bulatan merah tu. Okey!Harap memudahkan customer nak tengok testimoni. ~akan update dari semasa ke semasa~

Jemput juga like page mommies journey. InsyaALLAH akan update more pasal kesuburan,pasal penggunaan opk dan stok upt/opk :)
  Khas untuk customer hanum, untuk yang 1st time guna opk dan upt tak tahu nak baca result macamana boleh direct whatsapp hanum. Bukan tak boleh tanya kalau bukan customer hanum, tapi lately ni hanum selalu dapat whatsapp tanya opk positif ke tak pukul 1 PAGI.. Adoii..haha..tapi hanum jawab je kalau belum tidur lagi. Tapi keutamaan tetap diberi kepada customer dahulu.



Stok OPK panas-panas! haha

Untuk berminat nak order
Terus whatsapp 016-278 6834

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

 

Monday, November 10, 2014

Tips Dan Amalan Secara Islamik Untuk Mengelakkan Anak Degil

Salam Pembaca


Anak adalah anugerah terindah dan amanah terindah daripada ALLAH SWT kepada ibu bapa. Secara fitrah kita sebagai ibu bapa mahukan anak yang menghormati ibu bapa, baik, ikut cakap dan soleh/solehah. Tapi bagaimanakah cara kita menangani anak-anak yang sebaliknya (degil).

Untuk ibu bapa yang memiliki anak-anak yang degil, selalulah mendoakan dan berkata yang baik-baik kepada si anak kerana kata-kata adalah doa. Sebagai orang islam, antara amalan yang kita boleh amalkan dikongsi di bawah. Amalan ini bukan sahaja untuk anak-anak yang degil malah boleh diamalkan untuk suami / isteri yang degil.

Amalan-amalan Untuk Anak Degil

1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur, inilah wakru yang paling sesuai terutamanya waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah tahap yang paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakap dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya> Beritahu apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatnya agar tidak selalu melewatkan solat,banyak bersabar, banyakkan berselawat. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa saja yang anda inginkan. Jangan putus zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu matanya bergerak-gerak. InsyaALLAH anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), Seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ( Bapa imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididk sejak dari kandungan lagi.


Bagaimana acuan begitulah hasilnya. Didikan anak-anak bukan bermula seawal kelahiran, tetapi seawal kandungan bayi lagi. 

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  



Sunday, November 9, 2014

10 Makanan Yang Perlu Di Elak Ketika Mengandung

Salam Pembaca

Penjagaan pemakanan sewaktu hamil harus diambil berat, terutamanya di awal kehamilan untuk mengelakkan keguguran ataupun nutrisi yang tidak cukup. Untuk yang baru bergelar "mommy to be", info-info di bawah mungkin akan membantu dalam membuat pemillihan pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan.

1) Produk tenusu yang tidak dipasteur


   Produk tenusu seperti keju dan susu segar yang tidak dipasteurkan boleh membiakkan bakteria Listeria. Bakteria ini dapat menjangkiti janin melalui uri dan boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, semak label produk tenusu yang anda ambil dan pastikan dilabel dengan "TELAH DIPASTEUR"

2) Daging mentah atau separuh masak

Daging mentah atau separuh masak menganduungi bakteria toksoplasma dan bakteria berbahaya seperti salmonella dan E.coli. Jika makan di luar, pastikan daging betul-betul masak dan panas untuk mengelakkan keracunan.

3) Sushi



Makanan laut yang tidak di masak sempurna mengandungi bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan keracunan dan merencatkan perkembangan janin.

4) Ikan yang mengandungi kadar merkuri tinggi

Ikan yang mengandungi merkuri jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kerosakan saraf dan merencatkan pembentukan otak bayi.
  • Kandungan merkuri sederhana (boleh diambil kurang daripada 6 kali dalam tempoh sebulan) : ikan kod, ikan halibut, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang, ikan trout
  • Kandungan merkuri tinggi (hanya boleh diambil kurang 3 kali) : Ikan kerapu, ikan makarel, tuna kuning, sea bass dan blue fish.
5) Daging yang diproses (deli meats)

Daging proses seperti ham, ayam turki, bologna, hotdog atau salami boleh membiakkan bakteria listeria.

6) Kekacang
 Seboleh-bolehnya elakkan makan kekacang jika diri, suami atau anak-anak yang lain mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema. Hal ini penting untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mendapat alahan kekacang yang teruk. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti sederhana.

7) Sayuran dan buah-buahan yang tidak dibasuh

Pastikan sayur yang hendak dimakan dibasuh dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis.

8) Minuman berkafein



Kafein adalah selamat diambil dalam jumlah yang sederhana ketika hamil. Hadkan pengambilan kafein dalam 200mg sehari (12oz cawan kopi). Harus ingat kafein juga terdapat dalam minuman bergas, coklat dan teh. Kafein boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan, meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung.

9) Minuman beralkohol

Pengambilan alkohol boleh menyebabkan keabnormalan pada janin dan masalah emosi.

10) Hati dan produk hati

Elakkan kerana mungkin mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang sangat tinggi dan ini tidak baik untuk perkembangan bayi.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ini SET KEHAMILAN SHAKLEE yang menjadi pilihan. Untuk yang masih mencari pemakanan tambahan yang diproses semulajdi dan selamat boleh terus hubungi saya untuk dapatkan set kehamilan shaklee

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...