Friday, February 28, 2014

Kenali Masalah Ruam Pada Kulit Bayi

Bayi yang baru lahir adalah normal menunjukkan ruam di kulit dan ianya adalah kesan daripada penerimaan kulit si bayi dengan persekitaran. Kebanyakan ruam ini adalah tidak merbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.

Namun, jika ruam pada bayi menunjukkan kesan yang makin teruk, segeralah berjumpa dengan pakar kulit bayi untuk mengenalpasti punca dan rawatan sesuai. 

Ruam-ruam yang biasa didapati pada bayi baru lahir termasuklah :

1) Milia

Bintik-bintik putih kecil (1-2mm) yang tumbuh di sekitar muka. Ini disebabkan kelenjar  minyak pada bayi tertutup dan biasanya akan hilang selepas 4 minggu



2) Erythema toxicum

Hampir separuh bayi yang lahir akan menunjukkan timbul bintik-bintik merah /blotchy merah selepas 2 - 3 hari kelahiran. Ada juga sesetengah bintik merah mempunyai titik putih dan merah di tengah. Ini adalah kesan ruam yang normal dan biasanya akan hilang selepas beberapa hari.

3) Neonatal acne ( baby acne)

Jerawat kecil yang terjadi kesan daripada bayi terdedah dengan maternal hormon ketika di dalam perut. Ianya biasa timbul di pipi, dahi dan hidung dan biasanya akan hilang selepas sebulan selepas kelahiran. Basuh muka dengan sabun yang sesuai dan jangan gunakan ubat jerawat.



4) Cradle Crap / Seborrheic Dermatitis

Kerak di kepala (cradle crap) adalah lapisan tebal yang berkeping  berwarna keperangan/kekuningan  hasil daripada sel-sel mati dan kulit berminyak. Kerak di kepala adalah tidak berbahaya dan mengambil masa untuk dipulihkan. Cara memulihkan dengan membasuh dan mengeringkan kulit bayi setiap hari. Cara ke 2 sikat dengan sikat berus dalam satu arah dan tukar ke arah yang lain selepas itu.



5) Ekzema

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.


6) Cutis marmorata

Cutis marmorata adalah suatu keadaan di mana kulit tampak kemerahan dengan bintik-bintik biru seperti marmer ketika mengalami suhu dingin. Ini terjadi pada sekitar 50% dari anak-anak dan biasanya terlihat di seluruh bayi. Dewasa juga mungkin terpengaruh. Penghangatan (rewarming) biasanya mengembalikan penampilan normal kulit. Cutis marmorata telangiectatica congenita (CMTC) adalah gangguan pembuluh darah yang biasanya tampak pada saat lahir . Ianya tidak memerlukan rawatan.



Hanum Syahirah
Sms/Whatsapp 016-278 6834

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
  

Produk Shaklee Halal ataupun Haram??

Kita mempunyai hak untuk bertanya status halal haram sesuatu produk jualan tersebut sebagai seorang pengguna muslim. Lebih-lebih lagi produk yang digunakan bakal menjadi darah daging kita. Dan, yakin halalan toyyiban sesuatu makanan amatlah penting sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Setuju tak?

Bila saya mengambil pilihan untuk memilih supplement shaklee untuk keluarga dan saya, perkara pertama yang saya periksa pastilah status halal produk. Alhamdulillah shaklee setiap tahun memperbaharui setiap tahun sijil halal sepanjang saya menjadi pengedar shaklee.


Sijil Halal 2014

Ini pula bukti ISA diiktiraf oleh JAKIM



Untuk pengetahuan pembaca, produk yang tersenarai di dalam "HALAL Product Certificate" ini ialah produk yang dikeluarkan oleh Shaklee (M) sahaja dan tidak semua poduk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia meskipun anda boleh menjumpainya di negara jiran contohnya Singapura.

Namun, sekiranya anda masih ragu-ragu untuk pengguna shaklee  baru tentang keHALALan Shaklee, adalah lebih baik jika anda boleh rujuk kepada pengedar Shaklee yang sah dan menjual produk  Shaklee dengan ilmu berbanding dengan merujuk kepada individu ataupun artikel yang dihasilakn oleh sesetengah individu yang bukan pengguna shaklee/pengedar. 

InsyaALLAH, saya boleh jelaskan kekeliruan anda.




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
  


Thursday, February 27, 2014

Kelebihan Surah Al-Mulk

Antara Sunnah yang kian dilupakan manusia sekarang ialah membaca surah al-mulk sebelum masuk tidur  Banyak kelebihan yang di janjikan oleh Allah kepada siapa yang mengamalkan surah al-mulk dalam kehidupan seharian. Rasulullah SAW sebelum baginda masuk tidur, baginda akan membaca 2 surah iaitu as-sajdah dan al-mulk.

Diantaranya ialah apabila ajal telah hampir tiba, kita akan dapat merasainya. Mereka berpesan kepada saya supaya menghafal surah tersebut, Alhamdulillah dan saya juga berharap sahabat sahabat pembaca blog saya  turut menghafal surah ini.

Surah al-Mulk adalah surah keselamatan dan keamanan kerana ia menyelamatkan para pembacanya dariSIKSA KUBUR.
Sejarah telah membuktikan seperti yang beerlaku di zaman Rasulullah saw, Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah satu ketika sesetengah pasa sahabat berkhemah di atas kubur.Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada dalam khemah mereka tiba-tiba terdengar suara orang membacakan Surah al-Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka bahawa mereka telah berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu telh diadukan kepada Rasulullah saw lalu baginda telah bersabda dan bermaksud:
"Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".

Antara kelebihan surah al-mulk yang lain. Diantaranya ialah:-

1. Abu hurairah meriwayatkan hadith, katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu ada satu surah yang mengandungi ayat, ia mensyafaakan bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya selagi itu ia meminta ampun baginya. Surah itu adalah surah al-Mulk".

2. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Surah AL-Mulk itu memelihara pembacanya dari azab kubur".

3. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Aku gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di hatinya".

4. Rasulullah saw telah besabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk tiap malam, ia akan selamat dari siksa kubur".

5. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca surah al-Mulk mana-mana malam, nascaya datang ke kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan MunkrNakir"

6. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Iaitu surah al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke syurga".

7. Rasulullah saw telah bersabda dan bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia membeeri syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

8. Ulama berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan beradi melainkan setelah membaca surah As Sajaddah dan surah al Mulk".

9. Ulama berkata:
"Sesungguhnya surah al Mulk itu melepaskan penamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab di hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut pelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka".

10. Saidina Ali  berkata:
"Barangsiapa yang mengamalkan surah al Mulk, nescaya dibawa di hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf".

11. Ulama berkata:

"Sesungguhnya Surah Yaasin dan surah al Mulk terkandung beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa yang mengamalkannya akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk".

12. Saidina abdullah bin Abbas berkata:
"Barangsiapa membaca surah al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nascaya akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH swt di dalam kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepala, terdengar satu seruan, 
"tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al Mulk".
Begitulah keadaannya bila azab itu peergi ke bahagian kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah al Mulk".

Berapakah Modal Diperlukan Untuk Memulakan Bisnes Shaklee?

Ramai yang mesej tanya saya mengenai peluang dalam bisnes shaklee. Saya jelaskan terus secara terperinci untuk memudahkan kalian memahami lebih lanjut

1) Perlukan modal untuk saya menjalankan bisnes shaklee?

Bohong kalau setiap bisnes tidak memerlukan modal. Tapi dengan shaklee hanya mengeluarkan RM75 untuk saya mendaftarkan anda sebagai membership shaklee. Keahlian ini kekal aktif seumur hidup dan jika anda mengambil peluang bisnes shaklee dengan usaha yang gigih ianya boleh DIWARISI oleh anak-anak! Usah bimbang, modal RM75 akan dibayar berkali kali ganda.

2) Adakah memerlukan stok yang banyak dirumah? 

Saya sangat menekankan terhadap "anak-anak shaklee" saya untuk tidak membuat stok yang banyak KECUALI dengan bonus dari shaklee. Kebanyakan team MJM (mommies journey to millionare) dan saya sendiri membuat stok hanya dengan rotate duit hasil bonus dari shaklee. Ini kerana, ada sesetengah customer sekitar kawasan saya dan mereka memerlukan stok yang cepat sampai di tangan mereka

3) Saya tidak mempunyai kenderaan untuk ke pejabat pos dan susah untuk bergerak ke mana2..Bagaimana untuk dapatkan barang shaklee?

Rata-rata yang mengatakan bimbang kerana majoriti yang ingin menjadikan shaklee sebagai bisnes dari rumah dan ingin menolong mendapat pendapatan yang lebih sebagai surirumah. Jika ada customer ingin membeli shaklee dengan anda, anda hanya gunakan duit yang dibayar mereka dan terus membuat order di shaklee2u ( shaklee online). Anda tidak perlu membungkus or poskan kepada customer anda, biar pihak shaklee yang uruskan segalanya ^^

Senang bukan bisnes shsklee? Anda tidak perlukan modal beribu sehingga terpaksa membuat pinjaman beribu-ribu ringgit yang pasti anda dapat membayar hutang beribu-ribu dengan bonus shaklee. 

Kepada yang berminat untuk memulakan bisnes shaklee, pilih LEADER ataupun GROUP yang anda yakin dapat membimbing anda hingga anda boleh berjaya. Jika anda berminat untuk menyertai Group MJM (Mommies Journey to Millionare) saya,  boleh hubungi saya untuk saya bimbing anda sehingga berjaya.

Lets go mommies! Lets create your own journey with MJM!
Khas untuk housewife.
Berkerja di rumah bukan satu penghinaan, tapi satu penghormatan yang tinggi kerana dapat melihat anak-anak membesar depan mata sendiri. Manis bukan?

Hanum Syahirah
Call/Sms/Whatsapp 016-278 6834


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
  

Kulit Mulus Dengan ESP Shaklee

Tahukah anda bahawa protein mengandungi asid amino yang dikenali sebagai L-lysine dan L-proline, yang amat penting dalam pembentukan kolagen dalam badan kita? Kolagen memberi struktur kepada tisu kulit kita. Seperti yang kita tahu, semakin kita meniti usia tua, penghasilan kolagen main menurun, dan ini boleh membawa kepada kedutan.

Jadi, kita kena makan makanan yang tinggi protein bagi menguatkan kolagen anda dan dengan itu ia menjadikan kulit kita lebih tebal dan kurang terdedah kepada kedutan.

Menurut beberapa kajian, termasuk The China Study, protein haiwan memberi lebih banyak kesan sampingan kepada kesihatan, seperti lemak tepu, kolesterol dan sebagainya, berbanding protein tumbuhan. Malah, proses mendapatkan protein dari sumber haiwan lebih banyak menggunakan tenaga dari bumi berbanding protein tumbuhan.

Salah satu sumber terbaik untuk protein tumbuhan adalah dari kacang soya. Pada tahun 1970-an, Shaklee telah mencipta makanan tambahan pertama berasaskan kacang soya. Ia adalah kacang soya terasing (Isolated) yang telah menjalani beberapa ujian klinikal.

Apakah beza soya Shaklee (ESP) dengan soya biasa?


Sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan saja menghilangkan isoflavone, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan2 kimia yang digunakan.

ESP dicuci dengan air bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang penting untuk tubuh kita mendapat seluruh manfaat soya.

Shaklee menggunakan proses pensijilan IPP yang memastikan kacang soya yang digunakan bebas dari pendedahan kepada perubahan genetik. ESP adalah dari soya bukan GMO!  

GMO = non- genetically modified organism

Dan JANGAN TAK TAHU


1 tin ESP soy protein (850g) diHASILkan daripada 30kg kacang soya

Ramai yang menggunakan ESP shaklee mengakui ada perbezaan dari segi soya biasa di pasaran. DI bawah saya sertakan sekali perubahan customer yang mengambil ESP soy protein.Ada yang mengatakan kesannya seawal seminggu!! Bagaimana pun ianya bergantung kepada setiap individu. Pengalaman saya sendiri, kesannya pada diri sendiri selepas 1 bulan.






Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
  

Friday, February 21, 2014

Dragon Fruit Smoothies

Assalamualaikum semua

Sekarang musim kemarau yang makin teruk dan ada sesetengah kawasan yang dah isytihar krisis air yang teruk. Area sekitar kota warisan seperti bukit changang sudah 2 minggu tiada air. Sedih melihat mangsa-mangsa kemarau ni lebih-lebih lagi ada yang sepejabat tinggal area sana. After kerja mesti dah siap-siap prepare air dalam botol.Alhamdulillah company memahami :)

Eh, apa kene dragon fruit smoothies ye??hihi..

Sebenarnya tekak ni teringan nak minum yang sejuk tekak je sekarang ni, lebih-lebih lagi cuaca sekarang yang panas terik. Masuk tekak sedap betul dengan smoothies ni. Tak rugi mencuba. Rasa berlemak je :)

Jom kita check resepi!

Resepi Dragon Fruit Smoothies

1/2 belah buah naga
Segelas Susu
2 Sudu ESP Soy Shaklee 

Cara :

Masukkan semua bahan-bahan dalam blender. Pastikan bukan blender lada @bawang ye..Lepas blend,letak ais dan terus minum sejuk-sejuk..nyummy!


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang



Thursday, February 13, 2014

Keutamaan Memngerjakan Solat Dhuha

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah.

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat.

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748)


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA.


Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748)

Jumlah Rakaat Solat Dhuha.

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadith-hadith berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273)

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:

Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176)

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti di bawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadith Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. Rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadith Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadith ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadith ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadith Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadith ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719)

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang



Keajaiban Solat Tahajjud

Solat Tahajud

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah padasepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :

 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalahpada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allahmerahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda,“Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

"Orang yang kuat ialah orang yang mampu mengangkat selimut di tengah waktu malam"
Sumber : azharmokhtar


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Wednesday, February 12, 2014

Chocolate Custard Muffin


Bila mood baking datang..hihi..Tapi tetap nak guna resepi yang tak payah guna mixer.. Mudah betul nak buat,cuma godek2 dengan spatula@whisk. Really recommended siapa yang "rajin" macam hanum ni.

Sedap betul muffin ni! Berketul-ketul cik abe makan..Tambah pulak tabur dengan badam cincang. Lagi nak bertambah-tambah. 

Zasss, jom tengok resepi. Hanum c&p dekat blog k.nor secubit garam. Apa lagi, masuk dapur yok try! :)


CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN
sumber: Che Wan Taipei
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack) ~ no stock, hanum pun ikut k.nor ganti dgn gula perang
25gm tepung jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate ~ hanum guna choc berly yang keping macam duit syiling
1 biji telur
50gm gula ~ hanum ikut k.nor kurangkan gula jadi 40gm
75gm tepong serbaguna* ~ no stock jd guna tepung gandum biasa jer
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.







Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...