Thursday, June 26, 2014

Sushi Paling Simple Ikut Suka Daku

Kebosanan tunggu si suami balik dari melaka, selongkar dapur apa yang boleh buat..hihi

Teringat zaman U join program korean sebab gedik nak belajar bahasa korea dan ada pulak kelas belajar masak sushi sekali. Lagi semangat nak join. Tapi Alhamdulillah best, cikgu yang ajar pun memang dari korean. Sekali dengar dia cakap terasa macan tengok drama..kekeke

Ingat susah nak gulung2 ni buat sushi, senangnya ngupanye. Haha.. nampak tak pengaruh cerita korea zaman u dulu? Sekarang nak layan cerita korea kompem kena perli dengan cik suami...hihi

Meh tengok hasil air tangan daku
.

.
.
.
.
.
Tadaaa!!!

InsyaAllah next entry saya akan tunjuk step by step nak buat sushi serta dengan resepi sekali. Ni sekadar testing ikut suka hati..hihi


p/s : Blog ni bukan sekadar shaklee saja taw. Jangan risau nak jadi kawan blogger saya. :)

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Tuesday, June 24, 2014

Tingkatkan Peluang 100% Untuk Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee : Testimoni Berjaya Hamil

Anak adalah anugerah pertama yang bernilai. Namun tak semua yang diizinkan mendapat anak dengan mudah. Ada yang cepat ada yang sebaliknya. 



Pernah baca kata-kata dalam gambar di atas?  Betul, jangan bersedih dan tertekan dengan kata-kata orang sekeliling kita, Yakinlah pasti kita akan dikurniakan rezeki anak cepat ataupun lambat. Sentiasa bersikap positif dengan sendiri selain daripada berdoa dengan Pencipta kita.

Faktor yang mempengaruhi kesuburan wanita
  • Kitaran haid yang tidak teratur dan sengugut
  • Faktor berat badan berlebihan
  • Pemakanan yang tidak sihat
Antara pesanan yang saya kongsikan daripada Dr. Hamid Arshad dalam usaha mendapatkan zuriat

Di bawah saya cadangkan set kesuburan untuk suami isteri dalam usaha memperolehi zuriat


Set Kesuburan Untuk Wanita

GLA

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak omega 6. Fungsi GLA untuk wanita


" 1.Stabilkan hormon dan pastikan kitaran haid teratur"
Kitaran haid yang stabil memudahkan kita kenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan.

"2. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi di mana memudahkan pergerakan sperma bertemu dengan ovum untuk disenyawakan"

Cecair mukus yang subur ini membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopion sehingga 5 hari seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi walaupun suami isteri tidak bersama dalam jangka waktu tersebut

"3. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)''

Alfalfa Complex
Sangat sesuai diamalkan untuk mereka yang ada rasa " sakit ketika bersama"
"1. Membantu atasi masalah keputihan"
"2. Masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakait pinggang yang melampau ketika period (makan alfalfa bersama kalsium)
"3. Membantu hubungan suami isteri ( seperi kacip fatimah). Dan certain ada yang dapat membantu dalam masalah PCOS
B Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg) , B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folic dengan kehadiran vitamain B6 dan B12 sangat disarankan kerana :
"1. Mengelakkan anemia yang menyebabkan masalah kesuburan"
"2. Mengurangkan risiko kecacatan janian dan kecacatan tiub neural
*Disarankan : Pengambilan B complex harus di ambil seawal kita merancang untuk hamil. Boleh rujuk info disini Kepentingan asid folic untuk kehamilan

Set Kesuburan Untuk Lelaki
Zinc Complex
Zink zat yang amat penting untuk tingkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron
"1. membantu mengekalkan jumlah air mani"
"2. membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuian"
" 3. membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum"
Selain itu, zink ni berperanan dalam proses pembentukan genetik iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid)
"4. membantu kekalkan keinginan seksual yang tinggi"
"5. menghasilkan sperma yang sihat"
Kekurangan zink mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuklah sperma abnormal dan penyakit prostat.
Vitamin E
Vitamin Cinta
Sinonim siapa yang pernah mencuba vitamin E ini, sangat membantu dalam bercinta.
"1. Membangkitkan perasaan  dan keinginan 'cinta' suami isteri."
"2. Meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi/pembiakan lelaki dan wanita"
Mengandungi 10mg selenium semulajadi di dalamnya membantu penyerapan vitamin E. Info PENTING, 50% selenium di dalam badan lelaki berada dalam testikel dan duktus seminal. Lelaki akan hilang selenium melalui air mani maka kandungan selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi pasangan.
Selain itu,
"3. Membantu menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku dan membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA)"

Peringatan:
Harus ingat bahawa pengambilan vitamin shaklee adalah salah satu ikhtiar dan usaha untuk hamil.Taraf kesihatan suami isteri harus diambil kira demi memastikan vitamin semulajadi ini berkesan.Pastinya rezeki datang daripada Pencipta kita. Berdoalah dan berusahalah sehabis yang terbaik. Hubungi saya untuk mendapatkan tips-tips terbaik sepanjang penggunaan vitamin shaklee ini

Antara testimoni yang saya boleh kongsikan dengan pembaca 









Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Cara Menggunakan OPK (Ovulation Test) Dengan Tepat : Kesan Waktu Subur

Salam pembaca

*khas untuk yang dah berkahwin je taw

Hari ini nak kongsi salah satu kaedah nak kesan waktu subur. Entry yang sebelum ni saya ada kongsi jugak kaedah lain untuk kesan waktu subur ni, boleh baca info kat bawah ni ye 



okey, disebabkan ramai yang tanya saya bagaimana nak guna opk dengan betul. Saya kongsikan di sini mengikut pengalaman saya. Penggunaan opk ni meningkat lagi peratus peluang untuk mendapatkan zuriat. Mudah-mudahan kan. Tak salah kita mengambil langkah untuk berikhtiar :)

Bagaimana OPK ini berfungsi?

OPK ini berfungsi detect waktu paling subur wanita. Alat ini membantu mengesan berlaku ovulasi dengan tepat (99.6%) 

Ovulasi = telur (ovum) bersedia untuk disenyawakan telah berpisah dari organ ovari (refer pada gambar di bawah)

Opk ni mengesan kehadiran hormon LH (lutenizing hormane) ialah hormon yang berfungsi mengeluarkan  ovum dari ovari. Time ini horman LH adalah kemuncak untuk detect positif OPK.

Bila nak guna OPK?

Seelok-elok selepas period. Celup dalam urin dengan menggunakan urin dari pukul 10.00am - 8.00 pm. Jangan gunakan 1st urin seperti test UPT ya. Saya sarankan berpuasa air 3 jam sebelum test urin dibuat. 

Contohnya : Test urin pukul 2, start puasa air daripada pukul 11 stop minum air.

Ianya mengelakkan ujian OPK yang kita buat lebih tepat. Yap, sememangnya ada perbezaan bila kita buat ujian ini dengan berpuasa air ataupun tidak. Selain itu, seelok-eloknya tetapkan masa yang sama setiap hari. 

Saya terangkan hari ke berapa kita start gunakan OPK ni :

1. Untuk period yang teratur

Mudah untuk kira tarikh waktu subur untuk period teratur. Tapi tak semestinya hari ke-15 adalah hari betul-betul subur. Setiap wanita berlainan, if gunakan OPK lebih tepat lagi. 
  • Cari purata kitaran haid untuk 3 bulan
  • Tolak kan 17 hari daripadan kitaran haid terpanjang. Contohnya : 29-17 = hari ke 12. Teruskan guna opk dari hari ke 12 sehingga mendapat double line/positif line
2. Untuk period yang tidak teratur

Jangan risau, untuk period yang tak teratur masih boleh detect ovulation. Yang penting kena sabar sedikit. Saya akan bagi option untuk detect waktu subur. 
  • Boleh guna seperti cara di atas dengan kira purata haid untuk 3 bulan
  • Gunakan kitaran haid terpendek dalam tempoh 6 bulan. Contohnya, haid terpendek dalam 6 bulan ialah 25 hari. Bermakna boleh start gunakan OPK pada CD ke 8 kitaran perioad
  • Jika bimbang untuk buat kiraan seperti ini, boleh start gunakan OPK selepas habis period.
Boleh guna chart kat bawah tentukan hari untuk mulakan test OPK

Cara nak guna OPK?

Sama seperti alat untuk test kehamilan, just celup strip dalam urin. Celup dalam 15 saat (bergantung pada brand dan arahan pada OPK ya). Pastikan celup tidak melepasi garisan yang ditetapkan dan baringkan di permukaan yang rata.

Bagaimana nak baca result OPK?


Negative : Bila line T (test) kabur ataupun tiada daripada line C (control)
Positive : Bila line T (test) sama terang ataupun lebih terang daripada line C ( control)


OPK Positif

OPK Negatif.

Nampak tak perbezaan result OPK ni? OPK masih lagi dianggap negatif jika line Test masih tak sama terang dengan line control. Selalunya bagi sesetengah wanita jika dapat result seperti OPK negatif, itu tandanya waktu subur makin hampir. Jangan miss celup urin ya.

Mengapa OPK masih ada double line setiap kali test?  

Harus ingatkan OPK dan UPT adalah test berlainan. UPT bila dapat line kabur sudah dikira POSITIVE, tetapi tidak bagi OPK.

Kenapa OPK double line? Kerana hormon LH sentiasa ada dalam badan kita. Penentu positif ataupun tidak bergantung pada ke'terang'an line T (test).  

Bolehkah OPK mengesan kita hamil @ tidak?

Boleh! Tetapi tidak digalakkan kerana ianya bergantung pada hormon seseorang. Mengikut info dari website  www.peeonastick.com , molekul hormon LH dengan HCG hampir sama bentuknya. Umpama sepasang kembar yang hanya berbeza seorang pakai topi dan seorang lagi tidak pakai topi. Jadi jika kita buat test ujian OPK pada hari ke 7-16 selepas ovulasi berlaku (walau belum delay period) dan result yang diperolehi OPK POSITIF kemungkinan positif hamil!

Di sini saya nak nasihatkan 
1. Penggunaan opk ini bukanlah 100% akan berjaya mendapat zuriat, tetapi menolong mengesan waktu subur untuk meningkatkan peluang untuk hamil
2. Pastikan ambil peluang untuk bersama selama 3 hari berturut-turut/ selang sehari selepas OPK positif.
3. Harus ingat ovum hanya boleh hidup 12-48 jam selepas menetas dan sperma boleh bertahan dalam rahim/uterus dalam 3-4 hari bergantung pada kualiti sperma juga.
4. Ketika bersama/ BD (bed dance) , ada sesetengah bagi petua meletakkan bantal kecil pada bawah punggung dan kurangkan pergerakan.
5.Jangan stress. Stress mengurangkan lagi peluang untuk mendapatkan zuriat. Be happy dan enjoy waktu berdua-duan dengan suami.

Remind
Untuk yang masih ragu-ragu nak baca result OPK, boleh terus whatsapp @ contact saya. InsyaALLAH saya akan bantu. Moga dipermudahkan urusan kalian untuk dapatkan zuriat (Maaf, buat masa sekarang consult under pembelian dengan saya shj ataupun dengan agent mommies journey)

Untuk dapatkan OPK murah boleh juga direct tanya saya :)

Pembelian OPK dan UPT murah -----> [KLIK DISINI]



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  



Sunday, June 22, 2014

Cara Yang Tepat Mengunakan Kaedah BBT (Suhu Asas Badan) : Kesan Waktu Subur

Antara salah satu cara untuk menentukan waktu subur kita ialah suhu asas badan kita ataupun dikenali sebagai BBT ( Basal Body Temperature). 

Cara Mengunakan Kaedah BBT

Kaedah bbt digunakan dengan mengunakan suhu badan kita. Pastikan kita sediakan ovulation termometer, tetapi sekiranya susah nak jumpa di farmasi boleh gunakan termometer biasa seelok-eloknya termometer digital 2 digit untuk lebih tepat. 


Waktu Mencatat Suhu 

Waktu yang terbaik untuk mengambil suhu ialah selepas bangun tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. Sebaiknya, tetapkan pukul berapa ingin mencatat suhu setiap hari untuk mengelakkan suhu tidak tepat. Saya biasa mencadangkan seeloknya letak termometer di sebelah katil untuk memastikan pergerakan minima. 

Ada yang bertanya saya, bagaimanakah ingin menggunakan kaedah BBT jika kita jenis cepat terjaga dari tidur?
Jangan risau, suhu masih boleh di catat sekurang-kurang kita tidur selama 3 jam. Cara yang paling bagus, set alarm pukul berapa kita nak catat suhu badan kita. 

Langkah-langkah Awal Untuk BerBBT

1. Mulakan mengambil suhu badan pada hari pertama period. Hari pertama ( cd1) biasa diambil kira apabila darah period dah flow bukannya spotting ya.

2. Ambil suhu sejurus bangun tidur. Seperti yang saya inform di atas, lakukan sebelum melakukan sebarang aktiviti termaksud bercakap.

3. Boleh terus isi dalam chart kita. Biasa saya menggunakan online charting iaitu fertility  friend. Bolehlah try sign up kat sini http://www.fertilityfriend.com/ffo/signup.php .Free je guna yang ni. 

Cara Bacaan Waktu Subur Pada Chart

Okey, dah tahu kaedah menggunakan BBT kita teruskan dengan cara bacaan pada chart kita. Ini saya terangkan secara umum ya. 


Sebelum ovulasi, suhu badan normal selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah celcius. Selepas ovulasi berlaku kenaikan suhu sekurang-kurangnya 0.25 darjah celsius. Sekiranya berlaku kenaikan suhu berkekalan selama 3 hari berturut-turut, boleh dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.

Graf diatas adalah graf yang paling mudah difahami. Jika kita start melakukan BBT kita akan mendapat graf yang "unik" mengikut kitaran period kita samaada teratur ataupun tidak.

Kaedah BBT mesti sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut. Ini membolehkan kita melihat pattern waktu subur kita. Waktu subur kita adalah unik dan berlainan antara satu sama lain. Tak semestinya tepat 14 hari selepas waktu haid adalah waktu subur. Ovulasi boleh bermula seawal hari ke- 6 dan selewat hari ke-21 dalam kitaran haid kita. Ia adalah maklumat mengikut pengalaman saya dan daripada google sendiri.

Boleh baca kaedah lain yang saya gunakan sepanjang saya berTTC disamping saya mengamalkan supplement untuk suami dan isteri di sini  Cara Mengetahui Waktu Subur


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Saturday, June 21, 2014

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah : Menjadi Jutawan Dengan Izin Allah

Ia digelar surah kaya.

Surah Al-Waqiah elok diamalkan dalam amalan seharian. Orang yang mengamalkan surah ini dengan izin Allah tidaj akan menjadi miskin. SubhanaALLAH, Itulah antara fadhilat yang disebut di dalam hadis.

Tetapi bagaimanakah untuk mengamalkannya?


Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah

Sabda Nabi s.a.w
" Sesiapa yang membaca surah Al-waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran"

Sabda Nabi s.a.w
"Sesiapa yang membaca surah Al-waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a)

Sabda Nabi s.a.w
"Ajarkan surah Al-waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan"

Sabda Nabi s.a.w
" Barangsiapa yang membaca surah Al-waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya. Dan surah Al-waqiah adalah surah kekayaan maka ajarlah kepada anak-anakmu semua"

Menurut fatwa sebahagian ualama' katanya

"Barangsiapa yang membaca surah Al-waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekinya dengan tnapa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula"

Dinamakan surah Al-waqiah kerana ia diambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam surah ini yang ertinya "Kiamat".

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 dalam Al-quran terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Di dalam surah ini menerangkan mengenai hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang mukmin dan orang kafir. Selain itu, diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Khasiat yang terkandung dalam Surah Al-Waqiah

Antaranya ialah

  • Orang membiasakan dirinya membaca surah Al-waqiah setiap malam satu kali, maka dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Orang yang membaca surah Al-waqiah 14 kali setiap selesai solat asar, maka orang itu akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.
  • Suapaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah Al-waqiah sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak. InsyaALLAH tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.
  • Amalan orang-orang supaya dilimpahkan rezeki. Hendahlak berpuasa selama seminggu bermula pada hari jumaat. Setiap selesai solat fardu, bacalah surah Al-waqiah sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam jumaat itu, selepas solat magrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat isyak sebanyak 125 diikuti oleh selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkan membaca surah Al-waqiah pada waktu pagi dan petang. InsyaALLAH berhasil.
Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :

  • Bila hendak mengamalkan Surah al-waqiah ini terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat terakhir pada hari khamis. Puasanya tidak makan sesuati yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardu, membaca surah Al-waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat subuh pada hari jumaat pertama, maka di akhiri lah pembacaan tersebut pada setelah solat fardu isya pada jumaat berikutnya.
  • Pada malam jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-waqiah sebanyak 125 kali kali kemudian selawat 1000 kali
InsyaALLAH dengan mengamalkan surah Al-waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi s.a.w kita kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Friday, June 20, 2014

Cabaran April Jam Tangan Swatch Dah Dapat!!

Ingat tak lagi cabaran dalam team shaklee yang saya pernah post dulu??

Kalau tak ingat boleh baca sini ya ---> Cabaran April Team Shaklee Kami Yang Gempak

Semestinya ada pemenangnya kan?
Alhamdulillah :)


Mula-mula fikir ada tak rezeki saya ni. Yelah, cabaran team saya ialah update entry dalam blog terbanyak dalam masa sebulan.

Semua orang dalam team saya semua gempak-gempak, terutamanya bab-bab blogging ni. Tapi saya beritahu asben, saya nak cuba beri masa saya nak sahut cabaran ni. Tiap-tiap malam, alhamdulillah saya spend time sedikit masa gali-gali ilmu, tulis apa yang saya rasa semua wajib dapat faedah daripada blog saya.

Alang-alang blogging biar jadi blogger yang beri manfaat pada orang lain. Betul tak?


Gegirl tak jam swatch saya ni? ^^

Terima kasih semua yang mendoakan saya ^^

Tak nak ke sahut cabaran untuk bulan-bulan lain?

Kalau nak, jemput join keahlian di bawah team saya.

Rugi wooo tak sahut cabaran hadiah best2 ni..hihi




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...