Friday, October 31, 2014

Tips Diet Untuk Perut Rata Dan Elak Buncit

Salam Pembaca

Jom sharing tips untuk perut rata. Macam mak buyong ni tunggu lepas bersalinlah baru masuk mood "diet  activated" balik. Kalau buyong tapi perut rata idaklah pregnant namanya.hihi

Untuk yang bakal jadi pengantin baru dan yang ingin tampil sihat menawan boleh amalkan tip dibawah. 




1. Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan. Menggantikan gula-gula dan "jajan" @ "cikedis" dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda akan melihat perbezaannya.

2. Banyak makan protein tanpa lemak. Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak!

3. Makan bijirin penuh. Iaitu dengan mencari label yang mengatakan "100% whole wheat" atau "100% whole grain" dan bukan hanya "tepung gandum." Bijirin memastikan anda rasa "penuh" dan masih kenyang lagi, ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

4. Makan produk tenusu rendah lemak. Beralih daripada tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.



5. Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari. Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.>> Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan. Memberi tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula ia hanya akan membuat anda berasa letih dan akan menyebabkan anda mengidamkannya lagi. Ia adalah sesuatu yang tidak sihat.>>Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda untuk menyedari apabila anda penuh. (Makan dengan perlahan, jangan gelojoh).

6. Makan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, supaya anda berasa kenyang lebih lama. Badan anda perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan mendadak gula dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya. Antara yang terbaik makanan rendah GI adalah:Kubis Lobak Saderi Timun Zucchini Daun salad gelap Bawang Pir Tomato Brokoli Pisang Epal Beri

7. Jangan makan apa-apa selama kira-kira dua jam sebelum anda tidur. Badan anda lambat memproses apabila anda tidur makanya badan tidak boleh mencerna makanan dengan betul ketika tidur.

8. Minum Air. Anda perlu menggantikan semua minuman biasa anda dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu.

>>Minum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolisme anda. Cuba memerah limau ke dalam segelas air sejuk menyegarkan, ia minuman yang sihat.

>>Air kencing anda harus berwarna kuning atau warna yang jelas; kuning gelap dengan bau boleh menjadi tanda bahawa anda adalah dehidrat (kering).

>>Sila ingat bahawa jika anda minum terlalu banyak air, perut anda akan berkembang menyebabkan ia menjadi lebih besar dan ia akan membuat anda lebih lapar. Hanya minum air yang cukup untuk membuat anda berpuas hati.

9. Kurangkan pengambilan garam. Garam menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung-terutama di bahagian abdomen anda. Jika boleh, cuba menggantikan makanan yang tinggi garam dengan pilihan yang lebih sihat.

10. Tiada pengambilan alkohol. Satu botol arak sebenarnya mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya! Dah tentu bagi yang beragama islam, ianya haram.

Bagi yang mengamalkan diet, amalkan pengambilan multivitamin dalam pemakanan harian. Ini membantu badan kita mengekalkan nutrisi badan yang secukupnya.

Untuk yang ingin mencuba Set Slimming Shaklee, hanum suggest pengambilan set dibawah. INGAT, Set Slimming Shaklee ini membantu dalam diet dengan membuang toksin dan lemak dalam badan disamping mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama. Tapi ANDA seharusnya istiqamah apa yang perlu diambil dan tidak perlu dalam diet harian.




Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Hilangkan Alergik Seafood Dengan Alfalfa Shaklee

Salam pembaca



Nyummy! Antara makanan best yang rugi tak dapat menikmati ialah makanan laut (sotong , ketam, udang, lala dan sebagainya). Nikmatnya dapat rasa yang fresh dan manis! Tiba-tiba tekak mengidam bila terbayang makanan ni..hihi

Dulu family hanum walaupun orang terengganu, jarang masak seafood ni. Majoriti family hanum jenis alergik seafood. Alhamdulillah, lepas je "paksa rela" adik-adik yang alergik ambik alfalfa shaklee sekarang cakap je nak makan seafood laju je diorang request ;)

Bagaimana Alfalfa Membantu Dalam Masalah Alergik?

Alfalfa adalah tumbuhan yang kaya dengan khasiat dan nutrisi yang mana tidak terdapat dalam sesetengah tumbuhan yang lain. 
 
"Alfalfa has got antihistamine properties which help in providing relief from allergic symptoms like itchiness, runny nose and continuous sneezing.

It also improves the immune system and strengthens it. Therefore, it increases the resistance to allergens and the effects produced by exposure to allergens."


Sumber : http://allergies.ygoy.com/2011/10/21/is-alfalfa-effective-for-allergies/

Antara kebaikan Alfalfa yang lain ialah :
  • Sebagai penggalak susu badan
  • Detoksifikasi  ( menbuang toksin dan mempunyai fungsi antibiotik)
  • Merawat masalah alergic,asma dan resdung
  • membantu proses penghadaman ulser perut, gastrik, kembung, sembelit
  • Mengurangkan masalah nafas berbau, bau badan dan tapak kaki berbau
  • Mengurangkan masalah keputihan wanita
  • Mengurangakn tekanan darah tinggi
  • Merawat masalah kulit seperti gatal, kulit berminyak
  • Melegakan sembelit
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Membuang angin dalam badan
  • Membesarkan dan menegangkan payudara
  • mencegah rentasi air
Testimoni Si Alergik Seafood dengan Alfalfa

 1. 3 minggu selepas pengambilan alfalfa, TIADA lagi masalah bersin terlalu kerap



2. ENJOY dengan makanan seafood. Nak makan sedap2 tu PASTIKAN ada alfalfa

Nak tahu pasal alfalfa lagi?
Boleh refer dekat sini ya 
----->Apa yang BEST tentang alfalfa?

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE




Wednesday, October 29, 2014

DIARI KEHAMILAN : Tips Minum Air Gula Ketika Mengandung

Salam Pembaca

Sekarang sudah menjadi wajib untuk ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas menjalankan ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) atau lebih popular dikenali dengan minum air gula. Ujian MGTT ini wajib diambil 2 kali sepanjang kehamilan, dan wajib di ambil juga jika si ibu pengalami penambahan berat badan yang mendadak.

Kali Pertama Pengalaman Meminum Air Gula

Untuk kali pertama minum air gula, hanum minum pada usia baby 12 week. 1st time check up antenatal, nurse terus buat next appointment ujian MGTT walaupun family hanum tiada sejarah pengidap kencing manis. Siap tanya nurse, betul ke next check up kena buat. Rasa macam blur2 plus awal kandungan lagi. hihi. Nurse pun terangkan yang MGTT ini wajib ambil awal kehamilan dan trimester kedua.

Balik dari klinik kesihatan, semangat hanum duk godek-godek tips minum air gula. Rata-rata bagi feedback negatif. Seram duk terbayang! haha . Apatah lagi hanum jenis kurang dengan minuman/makanan manis even asal dari pantai timur. Bila duk godek tips dari mommy yang dah pernah minum air gula, semangat sikit ;)

Pengalaman Minum Air Gula Di Klinik Kesihatan Salak Tinggi

Setiap prosedur di mana-mana klinik swasta dan kerajaan adalah berbeza. Hanum diminta berpuasa,tanpa makan dan minum bermula dari jam 10 malam sehingga selesai ujian MGTT. Awal-awal tu dah start komplen dekat asben sebab sepanjang hamil ni wajib pukul 7 ambil sarapan. Kalau tak lapar bukan main lain.hihi. So, bertabahlah demi baby tahan lapar.

Selepas settle ambil giliran dan darah, tibalah sangat ditunggu-tunggu. Chewaaah! haha. Nurse panggil untuk minum air gula. Memandangkan tempat minum air tepat-tepat belakang kaunter nurse tak adalah part niat 'jahat' nak tuang separuh dalam singki ke. Haha.


Hanum dapat dalam gelas macam ni. Penuh satu gelas. Gambar ihsan dari google. Tapi alhamdulillah air gula tu dalam suam-suam, tak adalah muak sangat nak minum. Bolehlah minum sikit-skit sebab tak dapat nak telan sekaligus. Air gula dari klinik kesihatan majoriti plain, tak ada perasa apa-apa melainkan manis leting. hihi. Sesetengah klinik swasta ada yang sediakan perasa orange dan blackcurrent tue. Walau apapun minum air gula ni tak seteruk yang disangka, tak adalah manis macam "lori gula terbalik" tapi manis dari biasalah.

Disebabkan perut tengah kosong, campur pulak dengan manisnya air gula,itu yang buat perut menolak dan rasa nak muntah.Better rest dan baring. Jangan bagi sampai muntah kalau tak sia-sia je minum air gula. Ada je kena buat sekali lagi.

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil

 
Ujian MGTT dibuat untuk memastikan si ibu tidak mempunyai GDM (Gestational Diabetis Mellitus) iaitu kencing manis ketika hamil ataupun tidak. Ibu hamil yang mempunyai kencing manis harus menjalankan rawatan lanjutan sepanjang kehamilan.

Tips Minum Air Gula Ketika Hamil

1. Minum air gula dalam keadaan suam (klinik kerajaan bancuh dengan air panas, certaian review bagitahu ada klinik swasta bancuh dengan air sejuk)


2. Kalau boleh minum sekaligus air gula. Jangan minum lepas tu rileks-rileks pulak 5 minit sambung balik.

3. Siap minum gula, kumur-kumur untuk hilangkan rasa air gula dalam mulut. Kalau tak rasa melekit je air gula dalam mulut.

4. Jika rasa nak muntah, rest dan baring dalam kereta. Lagi bagus rest dalam bilik breastfeeding kalau bilik tu tak ramai orang

Sebelum minum air gula ni, kena buat urine test dan ambil darah dulu. Selepas 2 jam minum air gula, ambil sekali lagi darah.

Untuk result pulak, kalau tak silap hanum rata-rata klinik kesihatan akan beri result time next checkup. Melainkan klinik kesihatan akan call jika ada problem dengan result ujian MGTT kita

Alhamdulillah yeahhh untuk ujian MGTT pertama hanum adalah normal dan tak mempunyai GDM. Keputusan ujian MGTT hanum ialah


Fasting Blood Glucose : 4.2 mmol/L (normal range: 4.00-6.00 mmol/ml)
Modified Glucose Tolarance Test : 6.2 mmp;/L (normal range: 3.60-8.00 mmol/ml)

Untuk 1st ujian MGTT ni happy sangat sebab result blood pressure dan HB semua cun! HB hanum pun 13.7 sampai nurse suruh kekalkan sehingga nak bersalin.hihi. InsyaALLAH.

Apa yang hanum amalkan sepanjang prenancy ni ialah SET KEHAMILAN SHAKLEE dari awal kehamilan sehingga sekarang
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex
  • SR Vitamin C
  • Energizing Soy Protein
  • Ostematrix Calcium
  • dan untuk trimester kedua Omega Guard Fish Oil 
Selain dari shaklee, hanum amalkan juga amalan sunnah seperti kurma, kismis, madu dan pati delima dari jenama gulsan. Pati delima ni bagi hanum masam so hanum campurkan sedikit madu sebagai perasa dia.

Next ujian MGTT hanum ialah 19hb November ni pulak. Wish me good luck untuk cabaran ibu mengandung!haha

 
Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Tuesday, October 28, 2014

Cara Untuk Mengurangkan Alahan Ketika Mengandung

Salam pembaca
  
Perkara yang biasa orang tanya bila dah mengandung ini "Ada alahan tak?". Alahan ketika mengandung ni lumrah kebanyakan mummy to be ketika trimester pertama. Lama-lama alahan akan beransur berkurangan. Gejala alahan biasa yang dialami ialah muntah, loya, mual, pening dan sebagainya.


Sebagai ibu hamil, kita kena mengetahui tips dan panduan untuk kurangkan alahan ini. Ini kerana kita memerlukan zat yang penting untuk memastikan janin dalam kandungan awal kehamilan kita membesar dengan sihat.Antara panduan dan tips untuk hilangkan alahan hanum kongsikan di bawah untuk mommy to be semua :)

1. Makan dalam jumlah sedikit dan kerap. Amalkan pemakanan yang kerap di awal kehamilan kerana pengambilan pemakanan dalam jumlah yang banyak punca mudah rasa mual dan muntah.

2. Elakkan memakan makanan yang berlemak, pedas dan berminyak. Memang best makan makanan pedas ketika mulut pahit, tetapi lagi terseksa bila badan memuntahkan balik makanan yang kita makan. arghhh.

3. Minum banyak air. Air putih adalah bagus lebih-lebih lagi mommy to be yang kerap muntah. Ini mengelakkan badan kita dehidrasi. Seelok-eloknya elakkan pengambilan minuman karbonat dan yang berkafein.

4. Makan karbohidrat seperti roti dan kentang untuk elakkan mual. Disarankan juga pengambilan jus epal kerana ianya dikatakan dapat mengurangkan rasa mual.

5.Kurangkan tempoh menghadap skrin komputer secara berterusan. Untuk yang berkerja, guna tips 15-20 minit. Ambil masa tersebut alihkan pandangan daripada menghadap skrin berterusan.

Haaa...itu tips secara general untuk hilangkan alahan. Hanum sertakan sekali tips bershaklee ketika alahan. InsyaALLAH caranya lebih mudah dan berkesan

1.  VITAMIN C CHEWABLE PLUS 
Rasa vitamin c yang masam-masam ini memang best untuk hilangkan pahit dekat mulut. Adalah jugak alternatif lain untuk elak makan jeruk ketika hamil ni.

2. PEPPERMINT GINGER PLUS
Bila badan tak makan, perut mula berangin sekaligus menolak balik makanan yang kita ambil. Haa, ambil peppermint ni dapat hilangkan angin-angin dalam badan sekaligus bagi keselesaan pada perut. Rasa peppermint lagi tau. Kalau bimbang tak boleh telan pil, larut je dalam air kosong. Memang syokk!

3. ENERGIZING SOY PROTEIN
Hanum sangat recommanded untuk mommy to be yang alahan ambil ESP. Bila kita tak ada selera makan, bancuh je ESP lengkap 1 hidangan berkhasiat yang bertenaga. Nak-nak mommy to be yang need extra tenaga untuk buat kerja rumah dan jaga anak. Bancuh je dengan jus, buahan segar ataupun masuk sekali dengan fresh milk. 

So, ramai dah mencuba shaklee untuk menghilangkan alahan. Bagaimana dengan mommy to be yang lain? 

************************************************************************************************************

Ingin mencuba produk shaklee di atas untuk alahan kehamilan?


Nak dapatkan sekarang? Boleh terus buat pembelian di website SHAKLEE Malaysia dengan hanya KLIK icon "ORDER NOW" di bawah walaupun anda bukan ahli shaklee.

Klik Klik Klik ajerr...Order anda terus sampai di rumah !
<<<KLIK ORDER NOW DI ATAS>>>>

Sekiranya anda perlu bantuan dan pertanyaan terus hubungi saya seperti detail di bawah



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  


KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE


Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki

Assalamualaikum
Salam Pembaca :)

Sila maklum yang tumit kaki pecah adalah paling ngilu dan sakit ok!. Serius, dulu tumit kaki selalu tak boleh nak kena cadar. Rasa azab je bila dah rekahan makin teruk. Tapi Alhamdulillah tak adalah sampai rekahan pada tumit kaki sampai berdarah. Antara kesan paling teruk rekahan pada tumit adalah jangkitan bakteria, berdarah dan sakit mencucuk-cucuk ketika berdiri.

Rasanya bukan hanum sorang yang ada masalah tumit kaki merekah ni. Rata-rata majoriti ada masalah ini. Ada sesetengah orang punca daripada main air terlalu lama ataupun selalu pijak ditempat keras dan bersimen tanpa ada pelapik. Secara saintifik, masalah tumit ini berpunca daripada proses xerosis iaitu masalah kekeringan yang melampau. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.



Wokey. Macammana nak hilangkan tumit merekah ni? Banyak petua yang boleh amalkan antara tradisional ataupun moden. Antara petua tradisional yang boleh diamalkan 
  •  Merendam kaki dalam air suam selama 10-15 minit. Selepas itu, gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan. Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari.
  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering.
  • Boleh juga sapukan tumit pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapukan dengan minyak lebihan mengoreng ikan.
So, selain petua moden hanum akan kongsikan sekali petua moden. Siapa nak tau? Angkat tangan! hihi.. 

Petua moden hanum: HERBAL BLEND

 

Serius sangat mudah dan berkesan guna herbal blend ni. Lazimnya kalau jenama mana-mana losyen mesti akan terasa melekit dan tak mudah kering, Tambahan pulak nak mencari yang FREE PARABEN ini susah. Tapi tak dengan herbal blend. Cepat je kering dan langsung tak ada melekit..

Kenapa hanum syorkan herbal blend ni?


Penggunaan herbal blend dapat kita lihat kesan menghilangkan tumit merekah dalam masa 3 HARI! Ini antara salah satu testimoni untuk hilangkan tumit merekah. 

Untuk tengok apa lagi herbal blend ni boleh digunakan dan testimoni berjaya pengguna herbal blend boleh rujuk di sini
--------> Testimoni Herbal Blend

************************************************************************************************************

Belum mencuba Herbal Blend Shaklee?


Nak dapatkan sekarang? Boleh terus buat pembelian di website SHAKLEE Malaysia dengan hanya KLIK icon "ORDER NOW" di bawah walaupun anda bukan ahli shaklee.

Klik Klik Klik ajerr...Order anda terus sampai di rumah !
<<<KLIK ORDER NOW DI ATAS>>>>

Sekiranya anda perlu bantuan dan pertanyaan terus hubungi saya seperti detail di bawah


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Kenali 5 Hormon dan 3 Fasa Wanita : Meningkatkan Peluang Untuk Hamil 100%

Salam pembaca.

Moga sentiasa ceria, bahagia dan kaya!!
Jom kita senyum lebar-lebar dulu. Senyum memudahkan rezeki kita masuk :)

Ramai yang mesej saya untuk terangkan kegunaan OPK ataupun tanya saya tentang perjalanan saya sepanjang TTC. Apa yang saya tekankan kat sini kena banyak MEMBACA. Jangan suka-suka terima bulat-bulat apa yang orang kata. Example, apa kata tukang urut. Tak salah sebenarnya mengurut ni, saya pun mengurut jugak.

Situasi : Tukang urut cakap saya susah nak dapat anak, rahim saya kecik.

Persoalannya : Adakah mata tukang urut itu boleh lihat sampai ke rahim kita

Solution : Perjumpalah dengan doctor sakit puan. Jangan menidakkan kita memerlukan doktor.

Walaubagaimanapun, MEMBACALAH even kita bukan budak biologi tapi sekurang-kurangnya kita memahami proses ciptaan ALLAH dengan lebih dekat. Hari ini kita berkenalan dengan hormon wanita. Jom enjoy dengan hormon kita ni..hihi

Fasa 1 : Fasa Folikular

Fasa ini bermula dari hari 1 hingga hari ovulasi (hari telur dikeluarkan dari ovari). Matlamat fasa ini adalah untuk menghasilkan telur yang subur untuk disenyawakan. Fasa ini bermula dengan pengeluaran FSH (folicular stimulating hormone), yang akan merangsang 15-20 telur dalam ovari untuk matang. Dalam 15-20 telur ini, selalunya hanya satu akan lebih sensitif terhadap FSH, makayang satu inilah yang akan matang dan akan dilepaskan (menetas). Telur-telur lain akan mati dengan sendirinya. Telur dalam proses pematangan ini akan menghasilkan banyak estrogen. Apabila telur ini semakin matang da semakin membesar, ia akan menghantar signal untuk LH dirembeskan dari pituari, yang akan membantu proses ovulasi

Fasa 2 : Ovulasi

Ovulasi bermula apabila estrogen sudah ckukup tinggi untuk memujuk LH untuk meningkat. Apabila LH meningkat, dalam masa 36 jam ovulasi akan berlaku, di mana telur yang sudah matang akan menetas. Selalunya ia akan berlaku pada hari ke 14 ( bagi yang mempunyai cycle 28 hari period)

Fasa 3 : Fasa Luteal

Fasa ini bermula selepas ovulasi berlaku (hari ke 14) hingga hari period cycle akan datang bermula hari ke 28. Apabila telur menetas dari ovari pada hari ke 14, ia akan meninggalkan sarung luarnya yang akan berubah menjadi corpus luteum, yang bertanggungjawab menghasilkan progestron. Progestero ini penting untuk menebalkan dinding rahim, in case ada persenyawaan akan berlaku untuk membolehkan embrio menempel pada dinding rahim. Corpus luteum ini hanya mempunyai jangka hayat 14 hari,  jadi jika tiada persenyawaan berlaku dalam masa 24 jamseteleah telur menetas, telur itu akan mati dan corpus luteum akan mati menyebabkan turunnya hormon estrogen dan progesteron dan haid akan berlaku pada 14 hari kemudian



Lepas kita kenal dengan fasa semasa kita period, kita kena tahu apa kaitan hormon dengan kesuburan kita.

KItaran haid wanita dikawal oleh 5 hormon iaitu
  • Ganodotropin-releasing hormone (GnRH) ataupun dikenali Luteinizing-hormone-relasinh hormone (LHRH)
  • Luteinizing hormone (LH)
  • Follicle-stimulating hormone (FSH)
  • Progesterone hormone
  • Estrogen hormone 
Rujuk gambar di atas, hormon GNRH di kawal di otak, hormon LH dan FSH kedua-duanya di pituari dan hormon estrogen & progesterone di ovari. Secara umumnya, GnRH akan memberi signal pada pituitri untuk mengeluarkan hormon LH & FSH dan seterusnya LH & FSH pula akan bertindak pada ovari untuk mengeluarkan hormon estrogen dan 
progesteron. 

Hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG)

Berbalik pada fasa luteal di atas, jika persenyawaan berlaku dan ada embrio yang menempel pada dinding rahim, embrio akan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin(HCG). Ia akan menghantar signal kepada corpus luteum untuk terus hidup dan hasilan progesteron.

Hormon Progesterone 

Jika persenyawaan berlaku, tetapi HCG yang dihasilkan tidak mencukupi, corpus luteum akan mati dan prgesteron menurun. Ini menyebabkan dinding rahim tidak menebal secukupnya seterusnya menyebabakn KEGUGURAN. Ada yang sesetengah wanita mengalami corpus luteum senang mati, maka dalam hal ini wanita tak ada masalah untuk hamil tetapu menghadapi masalah keguguran yang beulangkali. Ini menerangkan masalah kesuburan wanita yang mengalami masalah HORMON PROGESTERONE RENDAH

Hormon Prolaktin

Bagi yang mengalami masalah hormon PROLAKTIN TINGGI, hormon ini akan menyekat hormon gonadotropin di otak yang mana ia menghalang ovulasi daripada berlaku. Inilah menyebab ketidaksuburan bagi wanita yang mengalami hyperprolactinaemia.

Hormon Androgen


Hormon androgen yamg tingi dalam badan boleh disebabkan oleh PCOS. Dalam keadaaan PCOS ini, terdapat banyak cyst di sekitar ovari dan wanita yang mengalmi PCOS ini akan menghasilkan insulin dalam kadar yang tinggi. Ovari bertindak balas dengan kadar insulin yang tinggi ini dengan menghasilan hormon androgen melebihi kadar normal menyebabka wanita dengan PCOS mengalami masalah banyak bulu roma di wajah, male pattern baldness dan sebagainya. Masalah kesuburan golongan ini lebih disebabkan oleh telur yang tidak menetas kerana terperangkap dalam cyst berbanding masalah hormon lelaki yang berlebihan.

Masalah Telur Tidak Menetas

Antara menyebab masalah telur tidak menetas adalah dalam keadaan PCOS di mana terdapat banyak karung-karung air kecil di sekitar ovari. Jadi bila ovulasi berlaku, telur tidak dapat dilepaskan ke dalam salur fallopio tetapi terperangkap dalam karung-karung air(cyst).

Ia juga boleh berlaku bagi wanita yang mengalami endometriosis pada ovari dia mana wanita ia mempunyai karung berisi darah (chocolate cyst) pada ovari menyebakan telur yang menetas terperangkap dalam karung ini. Antara menyebab lain yang tidak ada telur menetas dalam satu-satu cycle adalah stres, anxiety dan masalah ketidak seimbangan mana-mana hormon, dari GnRH hinggalah ke estrogen.

Untuk tingkatkan peluang untuk hamil boleh rujuk DI SINI.

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  


Monday, October 27, 2014

Petua Dan Tips Rahsia Untuk Diamalkan Terbongkar! Khas Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

Assalamualaikum :)
salam pembaca..

Hari ini mama buyung nak sharing petua dan tips yang berguna. Nampak macam remahkan? Tapi petua orang tua ni ada yang betulnya dan jimatkan kos tau. Kalau tak percaya, cubalah! Macamana nak tahu berkesan ataupun tak kalau tak mencuba. Petua zaman dulu-dulu ini lebih pada pengalaman diorang. So moga bermanfaat. 

Petua-petua untuk diamalkan

Semut bencikan timun. Letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau dimana terdapat banyak semut

✓ Untuk mengilatkan cermin, cuci dengan minuman sprite. *saya guna basic H je, sebab air bergas ni jarang beli..hihi

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, letakkan 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendam lemon di dalam air panas selama 1 jam

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakkan sekeping roti ketika kita memasak

✓ Untuk baju yang terkena dakwat, cara menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dakwat itu dan biarkan ubat gigi tersebut sehingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan main jauh-jauh dari situ

✓ Cara untuk menghalang kutu beras, letakkan beberapa biji cili kering dalam beras.

✓  Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% daripada serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak mengambil tahu kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air suam pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik.

  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
  • Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...