Saturday, September 28, 2013

Apakah Kesan Awal Pengambilan Supplement Shaklee?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

credit to : http://supermomndaddy.blogspot.com


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

Friday, September 27, 2013

Testimoni Water Pitcher Shaklee

Pernah tak kita jumpe penapis air boleh bawak ketika travel? Tak kan, kalau ada pun sah nak jumpe kan. Sangatlah jimat gunakan water pither dan air yang dapat seperti air suling  dan tahan selama SETAHUN!

Apa yang best water pitcher shaklee?

1) Selamat : Menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain. Ia juga diiktiraf  oleh Persatuan  Kualiti Air (Water Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing

2) Handal : Dapat menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan  yang mana dua kali turasan berbanding yang lain

3) Mesra alam 

4) Pilihan bijak

 
Perbezaan Water Pitcher Shaklee

Testimoni 1 :


Testimoni 2 :


Testimoni 3 : 


Testimoni 4 : 


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

Thursday, September 26, 2013

Kesan Awal, Krisis Pemulihan,Healing Crisis Pengambilan Shaklee

Pasti kita teruja untuk mencuba sesuatu yang baru akan merasa risau kesan ataupun perubahan awal yang berlaku setelah mengunakan shaklee. Kebiasannya kesan awal ini timbul setelah pengambilan makanan tambahan buat pertama kali/jarang diambil kerana tindak balas toksin yang sudah lama terperap di dalam badan. Tindak balas ini menunjukkan organ badan kita berfungsi untuk menjalankan proses penyingkiran,pengantian tisu-tisu baru dan lain-lain dengan lebih effecitive.

Usah risau! Teruskan pengambilan makanan tambahan dan minum air kosong sekurang-kurangnya  3liter dan tambah serat dalam pemakanan. Kelamaan-lamaan badan akan menyuaikan diri dengan tindak balas tersebut dan hasilnya InsyaALLAh badan anda kembali cergas dan sihat.

Dalam perubatan cina, penyembuhan terbaik didahului dengan krisis penyembuhan. Tetapi berapa lama krisis penyembuhan berlaku? Tempoh krisis penyembuhan adalah tidak sama antara individu dengan individu yang lain. Ada yang mungkin seminggu, sebulan ataupun berbulan lamanya.Ia kerana toksin dalam badan kita adalah TIDAK SAMA dan tidak mungkin akan sama. Ya, sesetengah individu mungkin tidak mengalami setelah pengambilan makanan tambahan ini.

Gaya hidup era moden seperti pemakanan fast food, pain killer (drugs), makanan berlemak, stress, tidak cukup tidur dan lain-lain mempengaruhi kesihatan dalaman tubuh badan kita. Oleh itu dengan pengambilan Shaklee membantu mendapatkan kesihatan optimun seharian kita. Sifatnya yang meningkat imunisasi dalam badan termasuklah proses detoksifikasi tubuh dan mengawal organ-organ tubuh badan. 

Apa yang kita perlu buat sekiranya mengalami healing crisis/krisis penyembuhan? Kita perlu cukupkan rehat, minum air dengan banyak .sentiasa berfikirkan positif ,berdoa (bagi yang muslim) dan jaga pemakanan harian disamping mengambil supplement shaklee diwaktu yang disyorkan.



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Saturday, September 21, 2013

Kelebihan Omega Guard Shaklee

  
Ramai yang bertanya kepada saya apa berbeza omega dengan brand lain. Amatlah penting untuk mengetahui details supplement yang kita ambik. Meh kita tengok detail pasal omega guard shaklee.



Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektraK omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 

Berbandingan omega shaklee dengan brand lain. Jadilah pengguna yang bijak ye kwn2!

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Hamil
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

Friday, September 20, 2013

Kelebihan Wanita Hamil

Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin


Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah. 


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

Thursday, September 19, 2013

Apakah Tanda-Tanda Sedang Hamil

Kadang2 kita tak perasan diri kita mengandung sebenarnya.Sedar2 dah nak masuk minggu ke 4..Siapa pernah macam tu? So, kita kena alert keadaan badan kita untuk elakkan kejadian tak diingini seperti keguguran. Sangatlah penting untuk kita sedar samada kita hamil atau pun tidak supaya kita dapat memastikan kita dan bayi dapat zat sempurna umpamanya asid folik (rujuk DISINI) . Asid folic ni sangat disarankan diambil jika kita merancang untuk mendapatkan zuriat/starting kita bergelar isteri (sebab kita tak tahu bila rezeki kita dapat zuriat kan)

 1. Rasa lapar yang berpanjangan
 Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara 
 Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
 Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
 Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada 
 Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari 
 Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah 
 Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan 
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

 9. Missed period
 Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif 
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

Monday, September 16, 2013

Khasiat Dan Kegunaan Lecithin


Lecithin yang paling best!So, sangat2 nak share tentang lechitin ni.



Testimoni best dari mak mertua aii
"Makan time raya xpun makan banyak mana pun badan still mantain berat..tak ada lah bimbang sangat lepas makan"

 

1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
* Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
* Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
* Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
* Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
* Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
* Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang 

Sunday, September 15, 2013

Fakta Ibu Mengandung

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date - minggu ke-40) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.


3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Friday, September 13, 2013

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.





Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Thursday, September 12, 2013

Garlic Complex

Garlic Complex Shaklee

Kelebihan Garlic Complex sebagai pencuci darah Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin.

Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.


Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.
Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

✅Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
✅Menormalkan keseimbangan lipoprotein
✅Menurunkan tekanan darah
✅Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
✅Berfungsi sebagai anti-oksidan
✅Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
✅Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
✅Bantu rawat asthma




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Wednesday, September 11, 2013

Tips Power Pumping

Kita semua ibu yang hebatkan?Even dengan pemakanan kita memberikan yang terbaik. Pemakanan yang terbaik untuk si manja kita sejak dari awal2 kelahiran ialah susu ibu. Tetapi masih lagi sesetengah ibu memberi susu formula seawal kelahiran.

-Susu tak keluar-Susu tak cukup-Stress ditempat kerja-suami/family tak support bf baby-
Antara salah satu masalah ibu2 yang sering diadukan. So, jom kita tambahkan ilmu mengenai power pumping.
Apa Itu Power Pumping?

Merupakan teknik yang membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia merupakan teknik dan setup mengepam yang biasa tetapi dengan cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu  ibu.

Siapa Yang Memerlukan Power Pumping?


1. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc
2. Ibu yang ingin relaktasi/menyusu semula si anak setelah berhenti menyusu
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu 



Kaedah/Teknik

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Tempoh masa keberkesanannya

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

Remarks

Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Tuesday, September 10, 2013

Collagen Shaklee Terbaik

Kulit kedut? Oh tidakkk!!
Parut Jerawat? Oh tidakk!!
Penuaan? Oh tidakk!!
Selalu fikir camne kalau jadi semua tu..hihi..pempuan kalau boleh nak je cantik untuk suami dan tersayang. So, apa tunggu lagi?Takkan baru nak jadi semua tu baru nak gelabah.Jom ambik payung sebelum hujan :D

Kat sini hanum syorkan product shaklee collagen yg sgt best. Yang penting xperlu bau busuk, senang nak sedia just bancuh dengan air dan siap untuk minum..yeah!

Shaklee Collagen Powder merupakan

*suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen
*kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
*Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*
*dapat diserap dengan mudah oleh badan
*dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

Vitamin C
: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6
: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.


Kelebihan Collagen Shaklee




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...