Wednesday, April 30, 2014

Cara Pengiraan Waktu Subur Wanita Dengan Tepat

BAGAIMANA MENGIRA WAKTU SUBUR DENGAN TEPAT?

Pengiraan waktu subur yang tepat membantu pasangan dalam merancang untuk kehamilan ataupun yang ingin menunda kehamilan. Faktor ini sangat mempengaruhi untuk memudahkan pasan

Mengapa hari ke-14 adalah hari subur?
Jawapan: Kerana purata haid adalah 28 hari. (Jawapan mudah)

Bagaimana pula purata haid selain dari 28 hari? Adakah hari ke-14 dari hari haid pertama tetap hari yang paling subur? Ohh... tidak. Sekiranya purata haid selain dari 28 hari, kira begini:

Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita.

Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.


BAGAIMANA MENGIRA WAKTU SUBUR?

Kebelakangan ni memang ramai pasangan baru kawin tapi lambat dapat anak. Mengapa? Banyak faktornya antaranya cara pemakanan yang tak sihat dan sebagainya. Tahu tak kira waktu subur? Jika anda mahir mengira waktu subur (Bagi yang normal haid setiap bulan) mudah bagi anda untuk fokus bila waktu perlu samada untuk mendapatkan zuriat atau menjarakkan kehamilan.

Sebelum nak tahu waktu subur kita yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalender kita. Di sini saya cuma ringkaskan seboleh mungkin tentang hari subur dalam bentuk gambarajah yang lebih mudah difahami. 

PURATA HAID

Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi.

Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.

Kira Purata Haid photo KiraPurata.jpg

1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.

Ok, dah dapat purata haid? Lagi senang nak tahu bila waktu subur kita. Caranya? Uhmmm... Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana 'kilang' dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak menggunakannya. Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid. Saya dah olah dalam gambarajah bagi senang faham. Baca ringkasan yang saya buat dalam setiap fasa.




Mengapa hari ke-14 adalah hari subur?
Jawapan: Kerana purata haid adalah 28 hari. (Jawapan mudah)

Bagaimana pula purata haid selain dari 28 hari? Adakah hari ke-14 dari hari haid pertama tetap hari yang paling subur? Ohh... tidak. Sekiranya purata haid selain dari 28 hari, kira begini:

Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita.

Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.


ADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU SUBUR?

Secara saintifiknya, sperma boleh bertahan selama 3-5 hari manakala ovum/telur boleh tahan dalam 1-2 hari sahaja. Jadi kemuncak hari subur tu adalah pengeluaran telur dalam ovari wanita mesti dihidupkan oleh sperma jika mahukan zuriat. Jika sperma yang dimasukkan 3 hari sebelum hari subur dan 2 hari selepas waktu subur kemungkinan untuk sperma bertemu dengan telur adalah sangat tinggi.


Bagi sesiapa yang mahu merancang untuk menjarakkan kehamilan boleh mengamalkan kaedah ini, tetapi agak berisiko dan takut tidak berapa tepat. Mungkin anda boleh tersalah kira atau haid anda yang tidak menentu sukar untuk anda guna kaedah ini. Bagi yang mempunyai kitaran haid tetap tiap-tiap bulan, anggarkan agar tidak bersama pada 5 hari sebelum dan 5 hari selepas hari subur. Walaubagaimanapun cara ini tidak berapa tepat dan mempunyai risikonya sendiri.


CARA LAIN MENENTUKAN KESUBURAN (Bagi yang period tak normal boleh cuba)

1. SUHU BADAN 

Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.

Untuk lebih detail rujuk di sini Cara yang tepat menggunakan kaedah BBT

2. LENDIRAN FARAJ

Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.

Untuk lebih detail rujuk disini Cara mengenal mukus eggwhite ketika subur


3. GUNA STRIP UJIAN KESUBURAN (OPK)

Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.

Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.

Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge".  Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda
.

Untuk detail boleh baca di sini Cara penggunaan OPK dengan tepat
 photo EVOLUTIONTESTSTRIP.jpg
(Untuk Gambar Lebih Besar right click & view Image)
keputusan ujian photo KeputusanUjian.jpg
(Untuk Gambar Lebih Besar right click & view Image)



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  




Penting Susu Ibu Untuk Si Manja (Kolostrum)

Kolostrum adalah cecair kental yang paling berharga dan susu awal bagi si ibu. Ianya terdapat seawal 3-5 hari pertama pada susu ibu selepas bayi dilahirkan. Selepas bayi lahir, kolostrum sedia untuk diberi pada baby dalam tempoh 48 hingga 72 jam. Selepas itu, tubuh kita akan beransur-ansur hasilkan susu yang matang


Kolostrum ini berwarna kuning, berlemak dan sangat kaya dengan protein dan antibodi. Susu awal ibu merujuk kepada:

  • Rendah kandungan lemak
  • Kaya kandungan protein
  • Tinggi karbohidrat
  • Kaya dengan vitamin K
  • Mudah untuk dicernakan

Amat penting untuk memulakan penyusuan kepada bayi sejurus selepas bersalin supaya bayi anda menerima faedah-faedah yang terkandung di dalam susu awal ibu. Susu awal ibu mempunyai jumlah yang terhad tetapi sangat bernilai di dalam setiap kandungan susu ibu tersebut. Ia sangat penting bagi bayi diberi susu tersebut dengan kerap supaya bayi mendapat banyak khasiat daripada cecair susu bewarna kekuningan dan berkrim ini sebelum digantikan dengan susu matang.

Susu awal ibu ini juga kerap dirujuk sebagai “cecair emas” (liquid gold) merujuk kepada ciri-cirinya yang sangat baik. Ianya bukan sahaja menyediakan nutrient yang sempurna untuk bayi yang baru lahir, tetapi juga mengandungi jumlah sel-sel hidup yang banyak dimana ia mampu memberikan sistem imunisasi yang sangat baik daripada benda dijangkiti pelbagai penyakit kepada bayi.



Kebaikan-kebaikan Susu Awal Ibu (Colostrums) termasuklah:-

  • Colostrums adalah bahan semulajadi dimana ianya 100% sebagai vaksin yang selamat. Tahap kandungan imunisasi yang terkandung di dalam colostrums adalah sangat tinggi berbanding dengan susu matang.
  • Ia merembeskan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA). Sebelum bayi lahir, plasenta akan memberikan bayi anda dengan antibodi yang dipanggil IgG tetapi sekarang bayi memerlukan antibodi baru bagi bayi menerima perlindungan daripada kuman-kuman luar.
  • Ia memainkan peranan utama dalam saluran pencernaan bayi.
  • Colostrums juga berfungsi sebagai ‘membersih’ iaitu dengan melonggarkan meconium atau bahan likat bewarna hitam yang terdapat di dalam usus. Lebihan bilirubin dibuang daripada sistem itu dan dengan itu ia mampu menghalang jaundis.
  • Colostrums juga mengandungi leucocytes iaitu sel-sel putih yang memberi perlindungan kepada bayi dan mampu melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

Susu matang pula mempunyai lebih rendah kandungan antibodi tetapi ia lebih tinggi dalam jumlah isipadu. Dengan pemberian susu ibu, bayi mampu melawan pelbagai penyakit.

Daripada artikel ini, maka penyusuan susu ibu terutama pada awal kelahiran bayi amat penting untuk bayi dan ibu. Adalah lebih baik jika mampu memberi penyusuan penuh kepada bayi sehingga bayi berumur dua tahun. Selain bayi mendapat faedah-faedah serta nutrisi yang baik daripada susu ibu, ia mampu memberikan imunisasi yang sangat baik kepada bayi.

Memandangkan terlalu banyak penyakit yang timbul akhir-akhir ini, wajarlah penyusuan ibu secara ekslusive diberi perhatian. Namun mungkin terdapat beberapa kesukaran kepada ibu-ibu bekerjaya mejayakan penyusuan penuh kepada bayi, walaubagaimanapun terdapat beberapa cara yang boleh menjayakannya. Sebagai seorang muslim, sentiasalah berdoa agar niat murni ini dipermudahkan serta disusuli dengan usaha untuk menjayakannya. InsyaAllah berjaya.

Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

Kafien Bahaya Ketika Kehamilan..Betul Ataupun Tidak


Kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa kaffien sebenarnya adalah dadah seperti nikotin dan alkohol. Ia boleh menyebabkan ketagihan dimana kita akan merasa terlalu menginginkan kopi untuk diminum. Kaffien juga dikenali sebagai guareine dan mateine dimana ia dijumpai daripada sumber semulajadi daripada tumbuhan, kekacang dan bijian. Kaffien bertindak seperti meransang sistem saraf di dalam badan kita dan ianya boleh menyerap ke dalam saluran darah dalam hanya 15 minit selepas pengambilan kaffien. Apabila ianya diserap dalam kuantiti yang banyak, kaffien boleh menyebabkan reaksi fizikal yang kurang baik.

Dimana Kaffien dijumpai?

Kebanyakan kaffien terdapat didalam kopi dan teh. Ia juga dijumpai didalam beberapa jenis makanan termasuk:
  1. Coke
  2. Minuman Coklat
  3. Coklat
  4. Sesetengah kekacang.
Bagi yang tak tahu, kaffien juga dijumpai dalam sesetenganhubat-ubatan
.

Apakah kesan pengambilan Kaffien?

Jika anda merasakan seperti kepeningan selepas meminum terlalu banyak teh atau kopi, ia adalah kesan daripada kaffien didalam minuman tersebut. Kaffien boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan pada badan termasuklah :
  • Menaikkan kadar denyupan jantung
  • Menaikkan darah tinggi
  • Menyebabkan kencing manis.

Kaffien boleh menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan dan bertindak sebagai diuratik. Ini bermakna ia boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan dimana ia akan menghilangkan kelembapan didalam badan dan keletihan. Jika badan anda menyerap lebih banyak kaffien, ia mungkin menyebabkan “caffeine overdose” dimana ia mendatangkan simptom seperti muntah-muntah, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Kesan kaffien terhadap bayi yang dikandung.

Kaffien boleh menyebabkan permasalahan semasa kehamilan. Penganalisa membahaskan tentang berapa banyak kaffein yang dibolehkan semasa hamil dan kuantiti yang akan menyebabkan kesan fizikal kepada bayi didalam kandungan. Ini adalah kerana kaffien boleh menembusi plasenta dan menyerap masuk ke dalam bayi. Badan orang dewasa mampu menggagalkan fungsi kaffien dengan agak cepat melalui proses kimia yang terdapat di dalam badan tetapi tidak pada bayi di dalam kandungan. Ini bermakna kaffien akan tersimpan didalam darah bayi tersebut untuk tempoh yang agak lama dan akan menyebabkan bahaya pada bayi jika level kaffien tinggi.

Kaffien juga mendatangkan kesan lain pada kesihatan bayi di dalam kandungan. Ia didapati akan menaikkan kadar degupan jantung bayi dan mungkin mengganggu pergerakan bayi di dalam kandungan. Disebabkan sifat kaffien adalah duratik, ia juga akan mengganggu nutrisi bayi yang diterima daripada ibunya. Pengambilan kaffien boleh menyebabkan badan kurang menyerap zat besi dan kalsium daripada makanan dan mendatangkan bahaya untuk keseluruhan perkembangan fetus.

Kaffien dan Keguguran

Kajian terbaru hanya fokus kepada kesan pengambilan kopi semasa kehamilan. Kajian terhadap lebih 80,000 perempuan hamil terhadap penghambilan kopi didalam menu makanan mereka menunjukkan perempuan yang mengambil banyak kopi sewaktu mengandung berpeluang untuk gugur. Perempuan yang meminum 2 gelas kopi sehari boleh meningkatkan risiko keguguran dan perempuan yang minum 8 cawan atau lebih kopi sehari akan meningkatkan lebih 59% risiko keguguran. Ianya sangat penting untuk anda mengetahui jumlah pengambilan kaffien anda dalam menu seharian semasa hamil.

Yang menariknya kajian ini hanya menunjukkan kopi sahaja yang berisiko besar terhadap keguguran manakala lain-lain pemakanan tidak menunjukkan risiko yang sama tetapi penganalisa-pengalisa tersebut percaya bahawa ubat-ubatan yang mengandungi kaffein juga memainkan peranan yang sama iaitu risiko yang tinggi terhadap keguguran.

Jumlah kaffein yang merbahaya

Doktor pastinya akan nasihatkan supaya ibu hamil berhenti daripada mengambil kaffien dalam rutin harian. Tapi adalah amat sukar kerana kebanyakan makanan tidak mempunyai kandungan kaffein yang sikit. Jika rasa sukar membuang tabiat ini, ambilah dalam keadaan yang selamat untuk bayi anda.


Yang terbaik solution bagi pengemar kopi macam saya, boleh tukar kepada cinch shake mix cafe latte!


Yang gambar depan sekali ialah perasa cafe latte. Yang lain perasa vanilla dan chocolate.So far, ini yang saya rasa yang terbaik untuk saya hilang " ketagih" cafffien



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

Cara Mengenal Mukus ( Eggwhite) Ketika Waktu Subur

Salam semua pembaca,

Antara salah satu yang menentukan waktu subur ialah lendiran cecair mukus pada faraj.Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lag
i.
Lendir photo Lendir.jpg

Ramai yang confius bertanya rupa cecair mukus dan bagaimanakah menanda betul-betul subur. Perkara yang paling penting dalam proses untuk mendapatkan zuriat ialah fahami diri kita betul-betul. Fahami dari segi bila tanda kita kita ovulation/ waktu subur, bila waktu tanda badan kita nak period. Hadapi lah proses TTC ini dalam keadaan yang menyeronokkan bukan dalam keadaan stress. Ingat, stress salah satu punca anda lambat hamil!

Untuk lebih memahami, boleh refer di atas untuk perbezaan lendiran cair mukus di faraj. Gambar yang paling hujung (eggwhite) menunjukkan badan kita dalam keadaan subur. Cara nak kenal, betul2 sama keadaan seperti putih telur, licin dan boleh stretch

Harus juga berhati-hati dalam menentukan eggwhite ini. Ramai yang tertukar antara lebihan semen (selepas bersama suami isteri) ataupun lendiran tanda subur. Walaubagaimanapun, saya sangat mencadangkan penggunaan OPK untuk tentukan waktu subur. Next entry, insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya gunakan kaedah-kaedah tentukan waktu subur.

Moga memberi manfaat!

Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Cabaran April Team Shaklee Kami Yang Gempak

Nak tahu tak?
Nak tahu tak?


Tangan ni dah lama tak berasa dapat jam tangan baru
Kaler purple lagi youu!!
*_* mata bersinar-sinar hihi

Apa kene jam tangan dengan cabaran april dengan shaklee ni?

Inilah kelebihan team shaklee kami!!

Setiap bulan ada je cabaran dan setiap cabaran kompem hadiah gempak..

Cabaran bulan ni ialah Juara Update Blog

Secara jujur, saya memang tak pandai nak blogging2 ni.. Terasa kaku je nak menulis apa-apa artikel dalam blog..Ayat senang, letak je picture banyak2 dan tulis lets picture talk...haha..punya la tak pandai sangat kan.

Apa yang saya, blogging sebenarnya tak susah, asalkan tulisan tu lahir dari hati semuanya nampak ikhlas dan insyaAllah sampai kepada pembaca. Elakkan daripada ambil artikel orang lain dan setiap entry dibuat haruslah dikaji. Blogging bukan sekadar isi masa lapang tetapi juga boleh dijadikan salah satu sumber kita menyampaikan ilmu dan kebaikan. Yang penting jangan digunakan secara salah.

So,pembaca yang budiman..Doakan saya lah pemilik jam itu...hihi

Haa, rugi taw tak join shaklee siapa-siapa yang dah guna shaklee..banyak kelebihan dapat selain dari supportive group yang hebat dr Master Ida Khairani

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  



Susu Ibu : Kebaikan ataupun Keburukan?

Apakah Kebaikan Susu Ibu?

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu

Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Subhanallah! banyak betul kelebihan wanita menyusu ini!
Moga kita sebagai wanita mengambil peluang atas kelebihan yang Allah beri


Apakah Keburukan Susu Ibu?


TIADA!


Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...