Sunday, June 22, 2014

Cara Yang Tepat Mengunakan Kaedah BBT (Suhu Asas Badan) : Kesan Waktu Subur

Antara salah satu cara untuk menentukan waktu subur kita ialah suhu asas badan kita ataupun dikenali sebagai BBT ( Basal Body Temperature). 

Cara Mengunakan Kaedah BBT

Kaedah bbt digunakan dengan mengunakan suhu badan kita. Pastikan kita sediakan ovulation termometer, tetapi sekiranya susah nak jumpa di farmasi boleh gunakan termometer biasa seelok-eloknya termometer digital 2 digit untuk lebih tepat. 


Waktu Mencatat Suhu 

Waktu yang terbaik untuk mengambil suhu ialah selepas bangun tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. Sebaiknya, tetapkan pukul berapa ingin mencatat suhu setiap hari untuk mengelakkan suhu tidak tepat. Saya biasa mencadangkan seeloknya letak termometer di sebelah katil untuk memastikan pergerakan minima. 

Ada yang bertanya saya, bagaimanakah ingin menggunakan kaedah BBT jika kita jenis cepat terjaga dari tidur?
Jangan risau, suhu masih boleh di catat sekurang-kurang kita tidur selama 3 jam. Cara yang paling bagus, set alarm pukul berapa kita nak catat suhu badan kita. 

Langkah-langkah Awal Untuk BerBBT

1. Mulakan mengambil suhu badan pada hari pertama period. Hari pertama ( cd1) biasa diambil kira apabila darah period dah flow bukannya spotting ya.

2. Ambil suhu sejurus bangun tidur. Seperti yang saya inform di atas, lakukan sebelum melakukan sebarang aktiviti termaksud bercakap.

3. Boleh terus isi dalam chart kita. Biasa saya menggunakan online charting iaitu fertility  friend. Bolehlah try sign up kat sini http://www.fertilityfriend.com/ffo/signup.php .Free je guna yang ni. 

Cara Bacaan Waktu Subur Pada Chart

Okey, dah tahu kaedah menggunakan BBT kita teruskan dengan cara bacaan pada chart kita. Ini saya terangkan secara umum ya. 


Sebelum ovulasi, suhu badan normal selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah celcius. Selepas ovulasi berlaku kenaikan suhu sekurang-kurangnya 0.25 darjah celsius. Sekiranya berlaku kenaikan suhu berkekalan selama 3 hari berturut-turut, boleh dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.

Graf diatas adalah graf yang paling mudah difahami. Jika kita start melakukan BBT kita akan mendapat graf yang "unik" mengikut kitaran period kita samaada teratur ataupun tidak.

Kaedah BBT mesti sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut. Ini membolehkan kita melihat pattern waktu subur kita. Waktu subur kita adalah unik dan berlainan antara satu sama lain. Tak semestinya tepat 14 hari selepas waktu haid adalah waktu subur. Ovulasi boleh bermula seawal hari ke- 6 dan selewat hari ke-21 dalam kitaran haid kita. Ia adalah maklumat mengikut pengalaman saya dan daripada google sendiri.

Boleh baca kaedah lain yang saya gunakan sepanjang saya berTTC disamping saya mengamalkan supplement untuk suami dan isteri di sini  Cara Mengetahui Waktu Subur


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...