Saturday, June 21, 2014

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah : Menjadi Jutawan Dengan Izin Allah

Ia digelar surah kaya.

Surah Al-Waqiah elok diamalkan dalam amalan seharian. Orang yang mengamalkan surah ini dengan izin Allah tidaj akan menjadi miskin. SubhanaALLAH, Itulah antara fadhilat yang disebut di dalam hadis.

Tetapi bagaimanakah untuk mengamalkannya?


Menjadi Orang Kaya Dengan Izin Allah | Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah

Sabda Nabi s.a.w
" Sesiapa yang membaca surah Al-waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran"

Sabda Nabi s.a.w
"Sesiapa yang membaca surah Al-waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a)

Sabda Nabi s.a.w
"Ajarkan surah Al-waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan"

Sabda Nabi s.a.w
" Barangsiapa yang membaca surah Al-waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya. Dan surah Al-waqiah adalah surah kekayaan maka ajarlah kepada anak-anakmu semua"

Menurut fatwa sebahagian ualama' katanya

"Barangsiapa yang membaca surah Al-waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekinya dengan tnapa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula"

Dinamakan surah Al-waqiah kerana ia diambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam surah ini yang ertinya "Kiamat".

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 dalam Al-quran terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Di dalam surah ini menerangkan mengenai hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang mukmin dan orang kafir. Selain itu, diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Khasiat yang terkandung dalam Surah Al-Waqiah

Antaranya ialah

  • Orang membiasakan dirinya membaca surah Al-waqiah setiap malam satu kali, maka dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Orang yang membaca surah Al-waqiah 14 kali setiap selesai solat asar, maka orang itu akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.
  • Suapaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah Al-waqiah sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak. InsyaALLAH tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.
  • Amalan orang-orang supaya dilimpahkan rezeki. Hendahlak berpuasa selama seminggu bermula pada hari jumaat. Setiap selesai solat fardu, bacalah surah Al-waqiah sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam jumaat itu, selepas solat magrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat isyak sebanyak 125 diikuti oleh selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkan membaca surah Al-waqiah pada waktu pagi dan petang. InsyaALLAH berhasil.
Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :

  • Bila hendak mengamalkan Surah al-waqiah ini terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat terakhir pada hari khamis. Puasanya tidak makan sesuati yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardu, membaca surah Al-waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat subuh pada hari jumaat pertama, maka di akhiri lah pembacaan tersebut pada setelah solat fardu isya pada jumaat berikutnya.
  • Pada malam jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-waqiah sebanyak 125 kali kali kemudian selawat 1000 kali
InsyaALLAH dengan mengamalkan surah Al-waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi s.a.w kita kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...