Monday, December 2, 2013

Perbezaan Omega Guard Dengan Lecithin Untuk Kurus

Kebelakangan ini ramai yang bertanya mengenai perbezaan Omega Guard dan Lecithin dalam pilihan supplement untuk bakar lemak dalam set pelangsingan berat badan.

APA perbezaan omega guard dengan lecitin?

MANAKAH yang paling cepat untuk turunkan berat badan?

BOLEHKAH ibu menyusu mengambil omega dengan lecithin?

Jom kita sama-sama kita fahami omega guard dan lecithin berfungsi dan yang mana sesuai untuk anda


LECITHIN MEMBAKAR LEMAK???

Lecithin berasal daripada ekstrak dari kacang soya organik. Salah satu fungsi lecithin ialah mengemulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran.

Emulsi lemak bukan bermaksud "membakar' lemak TAPI bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi kita boleh simpulkan disini, lecithin sangat membantu membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu. Dan ianya bukan membakar lemak yang sudah berada lama dan termendap di tubuh kita

Jadi bolehkan nak kurus dengan lecithin ni?
Untuk lebih berkesan,jika peratusan body fat dalam tubuh kita berkurang,maka lemak itu makin berkurang. 
Umpamanya enjin kereta baru dan kereta lama. Kereta baru  "diservis" dan dijaga dengan elok. Sememangnya akan memberi impak pemanduan yang maksima. Berbanding dengan enjin kereta lama yg "diservis" tapi tidak dibuang dan ditukar apa yang patut.

Customer saya memberi banyak feedback yang positif dalam proses pengurangkan berat badan. Ada yang turun berat dalam  dan ada yang mantain sahaja. So.harus diingatkan lecithin bukan PEMBAKAR lemak tetapi PENGEMULSI lemak ya! Jangan lupa mengambil sesuatu untuk keluarkan lelemak yang telah teremulsi iaitu HERBALAX DAN ALFALFA

Ibu menyusu pun nak kurus jugak! Boleh ambik lecithin tak?

Lecithin sangat disyorkan untuk si ibu
  • Boleh mengurangkan risiko clog duct/ductus sus tersumbat. Salah satu punca bengkak susu
  • Mengurangkan masalah mudah lupa dan short memory selepas bersalin
  • Menyalurkan inosital  dan kolin untuk perkembangan otak bayi melalui susu ibu


Ambik Omega je boleh kurus ke?

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? 

Fungsi Omega 3 membantu membakar lemak dengan mambantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk kurangkan selera makan supaya anda boleh kekalkan or kurang berat badan.

Omega 3 berfungsi secara begini:


Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak

Ia juga berfungsi:

  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.

Testimoni daripada pengguna omega dan lecithin

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before.Sangat happy la kak! Omega tu rasanya bagus dr lecithin.Berbaloi la walaupun mahal tapi result dia superb!Lecithin slow bg saya.Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat slim!suka!!!Saya kurangkan lecithin cuma mantainkan alfalfa macam akak ajarkan.Anyway!thanks you so much akak!Sy na order 2 botol omega taw.suami pulak nak!"




Kesan setiap individu adalah berbeza. Selagi kita mampu,teruskan mencuba dan mencuba.

Yang penting,jika ditanya bagaimana cara untuk kurus?? Saya sangat menyarankan kawal pemakanan,bersenam serta banyak mengambil pemakanan yang sihat. Banyakkan minum air kosong. Pemakanan supplement menolong proses penurunan berat badan. Usaha untuk hidup dengan sihat haruslah berpanjangan bukannya dilakukan sehari dua.

Jom buat pilihan bijak!!

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Bila saya baca blog puan, saya lebih faham perbezaan lecithin dan omega dalam tindak balasnya terhadap lemak dan fungsi dalam badan..syabbas! saya mohon dari puan agar dapat memberi keizinan kepada saya untuk berkongsi pengetahuan ini bersama dengan pelanggan shaklee saya dan pembaca blog saya..mohon keizinan..dan didahului dengan ucapan terima kasih..moga ALLAH memberkati dan meluaskn lagi gedung pengetahuanNYA untuk puan..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Ilmu untuk dikongsi. Silakan untuk share jika bermanfaat ;)

      Delete
  2. Barulah faham ! Jenuh saya cari perbezaan antara lecitin dan omega. Rupanya kat sini. Thanks ye!

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...