Assalamualaikum dan Selamat Petang..
Sekarang dah start musim hujan. nyummyy je ada makanan petang setiap kali hujan. Perut pulak asyik lapar je memanjang. Dengan gigihnya hanum duduk uli roti doh pizza ini. Suami duk request sebab awal2 buat tu xbape nak pro..Kali ke 2 alhamdulillah dah jadikk..Tp buat time adik beradik ada,sekeping je la suami dapat merasa.
Tak de breadmaker?? Xpe,hanum pun uli pakai tangan je. Tapi naik mucle2 duk uli..hohoho..tak de la macam tu sekali..
Tips hanum buat
1. Hanum uli bagi rata dulu adunan,lepas tu masukkan ke dalam plastik. Dan, bolehlah uli sambil tengok tv..hihi
2. Adunan hanum buat 2 adunan sekaligus.. Adunan ni boleh simpan dalam fridge (dekat bahagian sejuk beku taw) dan bahagikan jadi 4 bahagian. Nak guna boleh buat keluar dan just topping je kat atas.
Dah sedia? Jom menguli! hihi..Resepi ni hanum ambil dalam kelab roti. Merujuk owner resepi tu, resepi asal dari chef wan dalam majalah Jelita.
Bahan Doh Pizza
285 gm tepung roti
1 sb gula
1 sk garam
1 sk oregano
15 gm yis basah (8 gm yis kering)
2 sb minyak zaitun
1 sb madu
3/4 cwn (180 ml air) suhu bilik
Cara:
1. Ramas yis basah bersama sebahagian air & gula hingga sebati, biarkan 10 minit hingga ragi berbuih. seeloknya guna bekas logam spy ragi cepat kembang.
2. Satukan tpg dgn semua bahan kering, gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaitun & madu, putar sebati.
4. Tuangkan baki air sedikit demi sedikit sambil memutar menggunakan pemukul doh hingga adunan sebati & tak melekt di jari. Jangan bimbang jika air tidak habis digunakan.
5. Keluarkan doh, uli guna tangan selama 10 minit.
6. Letakkan doh di dalam mangkuk yg dilengser sedikit minyak, tutup mangkuk dgn kain biar doh naik 2x ganda baru digunakan buat pizza.
7. Tumbuk doh rata2, canai hingga rata.
*. Letak doh di atas dulang pizza, tekan2 spy rata & mudah ditabur inti.
Sos Utk Pizza:
3 sb minyak zaitun.
1 bj bwg besar didadu
3 ulas bwg putih dicincang
2 kaleng tomato jenis Itali diramas- saya guna tomato puree + tomato fresh kisar.
1 helai daun salam - jika takde saya tak letak
1/2 sk thyme
1 sb tomato puree - abaikan sbb dah ada no.4
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
- Panaskan minyak, tumis ke-2 bwg hingga layu.
- Masukkan semua bahan, masak hingga didih, angkat & sejukkan sebelum sapu pd doh pizza.
- toppingnya tu boleh dipelbagaikan ikut citarasa anda.. asasnya: yellow onion di mayang, capsicum dipotong nipis.
- sausage/frankfurter dipotong serong, button mushroom dihiris last sekali tabur parutan cheddar & mozarella cheese.
Jemput acu try test. Jimat berganda dari pizza hut dan makan lah sampai muak..kekeke
Jap lagi hanum upload gambar sebelum bakar dan selepas.. ^^
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment