Friday, February 28, 2014

Kenali Masalah Ruam Pada Kulit Bayi

Bayi yang baru lahir adalah normal menunjukkan ruam di kulit dan ianya adalah kesan daripada penerimaan kulit si bayi dengan persekitaran. Kebanyakan ruam ini adalah tidak merbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.

Namun, jika ruam pada bayi menunjukkan kesan yang makin teruk, segeralah berjumpa dengan pakar kulit bayi untuk mengenalpasti punca dan rawatan sesuai. 

Ruam-ruam yang biasa didapati pada bayi baru lahir termasuklah :

1) Milia

Bintik-bintik putih kecil (1-2mm) yang tumbuh di sekitar muka. Ini disebabkan kelenjar  minyak pada bayi tertutup dan biasanya akan hilang selepas 4 minggu



2) Erythema toxicum

Hampir separuh bayi yang lahir akan menunjukkan timbul bintik-bintik merah /blotchy merah selepas 2 - 3 hari kelahiran. Ada juga sesetengah bintik merah mempunyai titik putih dan merah di tengah. Ini adalah kesan ruam yang normal dan biasanya akan hilang selepas beberapa hari.

3) Neonatal acne ( baby acne)

Jerawat kecil yang terjadi kesan daripada bayi terdedah dengan maternal hormon ketika di dalam perut. Ianya biasa timbul di pipi, dahi dan hidung dan biasanya akan hilang selepas sebulan selepas kelahiran. Basuh muka dengan sabun yang sesuai dan jangan gunakan ubat jerawat.



4) Cradle Crap / Seborrheic Dermatitis

Kerak di kepala (cradle crap) adalah lapisan tebal yang berkeping  berwarna keperangan/kekuningan  hasil daripada sel-sel mati dan kulit berminyak. Kerak di kepala adalah tidak berbahaya dan mengambil masa untuk dipulihkan. Cara memulihkan dengan membasuh dan mengeringkan kulit bayi setiap hari. Cara ke 2 sikat dengan sikat berus dalam satu arah dan tukar ke arah yang lain selepas itu.



5) Ekzema

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.


6) Cutis marmorata

Cutis marmorata adalah suatu keadaan di mana kulit tampak kemerahan dengan bintik-bintik biru seperti marmer ketika mengalami suhu dingin. Ini terjadi pada sekitar 50% dari anak-anak dan biasanya terlihat di seluruh bayi. Dewasa juga mungkin terpengaruh. Penghangatan (rewarming) biasanya mengembalikan penampilan normal kulit. Cutis marmorata telangiectatica congenita (CMTC) adalah gangguan pembuluh darah yang biasanya tampak pada saat lahir . Ianya tidak memerlukan rawatan.



Hanum Syahirah
Sms/Whatsapp 016-278 6834

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
  

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...