Tuesday, February 4, 2014

7 Kelebihan Solat Dhuha

Solat merupakan kunci diterima atau ditolaknya keseluruhan ibadah yang telah dilakukan seorang mukmin. 
Dalam sebuah hadits diterangkan bahawa yang pertama dihisab oleh Allah Swt dari amal seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya. Sebaiknya jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga akan turut rosak.
Kerananya solat yang kita kerjakan harus benar-benar terjaga kesempurnaannya. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.
Banyak sekali pilihan solat sunat yang dapat kita kerjakan untuk menyempurnakan pahala solat wajib yang telah kita kerjakan. Sebut saja solat sunat rawatib yang biasa kita kerjakan sebelum dan setelah mengerjakan solat lima waktu.
Selain solat sunat rawatib kita juga mengenal banyak sekali jenis solat sunat di antaranya adalah Tahiyatul Masjid, Syukrul Wudhu, Tahajud, Witir serta Dhuha.
Yang disebutkan terakhir itu sering kita lupa kerana meskipun kita tahu fadhilahnya tapi kerana waktu pelaksanaannya bertepatan dengan aktiviti harian maka solat Dhuha sering tidak dikerjakan.
Ya solat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik, iaitu kira-kira setinggi lebih kurang 7 (tujuh) hasta atau sekitar setinggi satu tombak antara pukul 08.00 pagi sampai dengan masuk waktu zuhur. 
Solat Dhuha hukumnya sunat muakad (sangat dianjurkan dan mendekati wajib) kerana Rasulullah sentiasa mengerjakannya dan berpesan kepada para sahabat untuk mengerjakannya juga.
Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:
‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.
1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”
Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
2. Solat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui. 
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.
3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.
“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).
Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
6. Tercukupnya keperluan hidup.
Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)
7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.
Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.
Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.
Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 
Begitu banyaknya fadhilah di atas cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw. mengingatkan umatnya untuk sentiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilah-fadhilah tersebut diharapkan kita lebih termotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. 
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...