Thursday, November 27, 2014

DIARI KEHAMILAN : Cara Untuk Mengelakkan StrechMarks Ketika Hamil

Salam Pembaca

Macamana mommy to be prevent strech mark ketika hamil ni?

Untuk yang mommy to be macam hanum ni, hanum dah start pakai awal-awal tahu hamil Palmers Cocoa Butter Strech Mark. Al kisahnya, tahu je mengandung kakak ipar start mesej bagitahu kena makan apa, ambik supplement apa dan termasuklah suggest pakai lotion ni.

Berkesan ke tak? Kena tunggu hanum lahir baby ni dulu lah..haha..So far kakak ipar cakap masa lahir anak sulung, strech mark langsung tak ada lepas bersalin. Review daripada mommy dari blog yang lain pun berkesan guna palmers cocoa butter ni. Tu yang buat teruja nak guna lotion palmers cocoa butter ni.

Ngeri tengok badan ada tanda-tanda strech mark ni. Daripada badan tak ada lagi kesan strech mark, baik kita cegah awal-awal. Semangat pergi cari lotion ini alamanda. Senang ada watson dengan guardian sekaligus. Plus2 boleh pergi jejalan sekali. hehe

Ni yang hanum beli. Ada double pack, satu untuk massage lotion dan satu lagi massage cream. Price dalam Rm47++. Bau lotion ni sedap giler! Bau ala-ala almond gitu. Awal-awal pakai lotion ni, asben siap tanya buang tabiat ke pakai wangi-wangi ni tiap-tiap hari. Haha. Padahal dia tak tahu tu bau lotion. Wangi..wangi..wangi..




Selain sapu lotion ni jugak, hanum amalkan ambil ESP shaklee. Dah masuk 6 bulan kulit tak timbul lagi strech mark dan tak ada rasa gatal-gatal kat perut. Ikut petua orang tua, nak perut tak ada tanda, jangan garu kalau gatal. Kalau tak strechmark makin ketara. Yang tu hanum tak tahulah,sebab tak pernah lagi gatal. hihi

Macamana ESP Soy Protein ini boleh kurangkan strechmarks?

 ESP ini adalah supplement nutrien yang berasaskan protein tumbuhan soya yang mana rendah lemak dan tiada kolestrol. So,ianya berperanan membaiki struktur kulit kita kerana ianya merupakan sumber protein yang terbaik.

Apa yang penting protein ni? ----> Protein penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk "elastic fiber" untuk penegangan sel kulit !!. Sel-sel lama dan rosak akan digantikan dengan sel-sel baru yang sihat.

Perasan tak parut lama kita susah nak hilang jika kita kurang pengambilan protein dalam diet seharian. Ini kerana, protein dalam diet harian tidak mencukupi dan sel-sel lama tidak dapat diganti dengan sel baru. ESP juga membantu membantu penyerapan vitamin lain dalam keadaan optimum. So beruntunglah sebab of coz ibu pregnant kan ambil supplement sepanjang pregnant.


Nak dapatkan ESP shaklee?


Cepat2 order dari hanum ya! InsyaALLAH fully consult ;)


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Sunday, November 23, 2014

Resepi Goreng Pisang Crunchy.. Krap Krup Krap Krup..Cicah Sambal Kicap

Salam Pembaca

Hari ini betul-betul craving nak makan goreng pisang ala-ala kedai. Biasa kalau kedai, tepung salut pisang tu macam crunchy sikit. Tengok atas kedai jugaklah. Selalu yang hanum rasa best goreng pisang dekat taman greenwood. Kedai tu siap kena ambik angka giliran lagi. Mantap!.

Makan pisang cicah sambal kicap pedas. Terliur je tekak ni. hihi. Dulu tak berapa suka cicah sambal kicap. Sejak pregnant ni tekak pelik je. Layan je la. Mujurnya tak craving benda yang pelik-pelik, jenuh nak cari kan.

Untuk resepi ni hanum ambil dari blog k.azlita masam manis. Rugi tak ikut resipi ni tau. InsyaALLAH sesuai dengan nama dia, Pisang Goreng Crunchy. Even dah sejuk pun, pisang still crunchy lagi. Tu yang best. Hanum suka goreng pakai pisang nangka. Feveret all the time pisang nangka buat goreng ni.

Kat sini hanum sertakan sekali resepi yang hanum copy dari blog k.ita. Mintak halal ya k.ita. Senang nak jadi rujukan setiap kali nak buat balik.



Okey,dah boleh bukak gerai goreng pisang!..haha

Pisang Goreng Crunchy

Pisang yang sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


SAMBAL KICAP


8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
Kicap manis secukupnya

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy


Sekian, dari dapur mommies journey


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Thursday, November 13, 2014

Saya Jual OPK (Test Ovulation Test) dan UPT (Test Pregnancy Test) Murah

Salam Pembaca

Alkisahnya bermula hanum start beropk ini bila try to conceive anak pertama. Masa ni tak tahu apa apa pun pasal OPK ni. Dulu pun start beli OPK dekat watson. Oh mak kau, mahal giler! dapat 3 pieces RM49.90 yang jenis mainstream. Pastu cari dekat farmasi jumpalah harga dalam Rm5.00 ke Rm10.00. Tu pun fikir tak berbaloi lagi sebab pakai buang..hahaha

Sekarang tak perlu risau. Nak test hari-hari pun rasa berbaloi. Saya dah jual ovulation test dan pregnancy test.

Hanum jual jenis yang strips je sekarang. InsyaAllah lepas ni perluaskan lagi dengan jualan midstream dan cassette.

Untuk Harga OPK dan UPT ni hanum jual rate yang sama. Senang customer nak campur2 atau beli opk buat stok banyak2.

 

Bagi memudahkan yang nak buat pembelian test ovulation strip dan pregnancy strip,boleh refer gambar di bawah ye :)

1. Ovulation Test Strip

Harga : Rm 0.90 per pcs

2. Ovulation Test Midstream

 Harga : Rm 5.00 per pcs

3. Pregnancy Test Strip

 Harga : Rm 0.90 per pcs

*Postage : Rm7 ke semenanjung, Rm10 ke sabah sarawak

Kenapa untung beli ovulation strip murah? Yang murah tak semestinya tak berkualiti. Yang hanum jual ini boleh kesan sensitivity 25 mil utk OPK dan UPT 10mil. Setanding yang mahal. OPK ni kita test hari-hari sehingga kita dapat waktu subur, so tak perlu la yang mahal-mahal kot bagi hanum.

Cara-cara penggunaan opk ni hanum ada kongsi dalam entry di sini [KLIK SINI]

Untuk lihat testimoni yang dah berjaya pregnant dengan buat pembelian opk/upt murah ni di sini [KLIK SINI]

Boleh jugak refer testimoni kat dalam bulatan merah tu. Okey!Harap memudahkan customer nak tengok testimoni. ~akan update dari semasa ke semasa~

Jemput juga like page mommies journey. InsyaALLAH akan update more pasal kesuburan,pasal penggunaan opk dan stok upt/opk :)
  Khas untuk customer hanum, untuk yang 1st time guna opk dan upt tak tahu nak baca result macamana boleh direct whatsapp hanum. Bukan tak boleh tanya kalau bukan customer hanum, tapi lately ni hanum selalu dapat whatsapp tanya opk positif ke tak pukul 1 PAGI.. Adoii..haha..tapi hanum jawab je kalau belum tidur lagi. Tapi keutamaan tetap diberi kepada customer dahulu.



Stok OPK panas-panas! haha

Untuk berminat nak order
Terus whatsapp 016-278 6834

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

 

Monday, November 10, 2014

Tips Dan Amalan Secara Islamik Untuk Mengelakkan Anak Degil

Salam Pembaca


Anak adalah anugerah terindah dan amanah terindah daripada ALLAH SWT kepada ibu bapa. Secara fitrah kita sebagai ibu bapa mahukan anak yang menghormati ibu bapa, baik, ikut cakap dan soleh/solehah. Tapi bagaimanakah cara kita menangani anak-anak yang sebaliknya (degil).

Untuk ibu bapa yang memiliki anak-anak yang degil, selalulah mendoakan dan berkata yang baik-baik kepada si anak kerana kata-kata adalah doa. Sebagai orang islam, antara amalan yang kita boleh amalkan dikongsi di bawah. Amalan ini bukan sahaja untuk anak-anak yang degil malah boleh diamalkan untuk suami / isteri yang degil.

Amalan-amalan Untuk Anak Degil

1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur, inilah wakru yang paling sesuai terutamanya waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah tahap yang paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakap dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya> Beritahu apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatnya agar tidak selalu melewatkan solat,banyak bersabar, banyakkan berselawat. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa saja yang anda inginkan. Jangan putus zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu matanya bergerak-gerak. InsyaALLAH anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), Seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ( Bapa imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididk sejak dari kandungan lagi.


Bagaimana acuan begitulah hasilnya. Didikan anak-anak bukan bermula seawal kelahiran, tetapi seawal kandungan bayi lagi. 

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  



Sunday, November 9, 2014

10 Makanan Yang Perlu Di Elak Ketika Mengandung

Salam Pembaca

Penjagaan pemakanan sewaktu hamil harus diambil berat, terutamanya di awal kehamilan untuk mengelakkan keguguran ataupun nutrisi yang tidak cukup. Untuk yang baru bergelar "mommy to be", info-info di bawah mungkin akan membantu dalam membuat pemillihan pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan.

1) Produk tenusu yang tidak dipasteur


   Produk tenusu seperti keju dan susu segar yang tidak dipasteurkan boleh membiakkan bakteria Listeria. Bakteria ini dapat menjangkiti janin melalui uri dan boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, semak label produk tenusu yang anda ambil dan pastikan dilabel dengan "TELAH DIPASTEUR"

2) Daging mentah atau separuh masak

Daging mentah atau separuh masak menganduungi bakteria toksoplasma dan bakteria berbahaya seperti salmonella dan E.coli. Jika makan di luar, pastikan daging betul-betul masak dan panas untuk mengelakkan keracunan.

3) Sushi



Makanan laut yang tidak di masak sempurna mengandungi bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan keracunan dan merencatkan perkembangan janin.

4) Ikan yang mengandungi kadar merkuri tinggi

Ikan yang mengandungi merkuri jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kerosakan saraf dan merencatkan pembentukan otak bayi.
  • Kandungan merkuri sederhana (boleh diambil kurang daripada 6 kali dalam tempoh sebulan) : ikan kod, ikan halibut, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang, ikan trout
  • Kandungan merkuri tinggi (hanya boleh diambil kurang 3 kali) : Ikan kerapu, ikan makarel, tuna kuning, sea bass dan blue fish.
5) Daging yang diproses (deli meats)

Daging proses seperti ham, ayam turki, bologna, hotdog atau salami boleh membiakkan bakteria listeria.

6) Kekacang
 Seboleh-bolehnya elakkan makan kekacang jika diri, suami atau anak-anak yang lain mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema. Hal ini penting untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mendapat alahan kekacang yang teruk. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti sederhana.

7) Sayuran dan buah-buahan yang tidak dibasuh

Pastikan sayur yang hendak dimakan dibasuh dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis.

8) Minuman berkafein



Kafein adalah selamat diambil dalam jumlah yang sederhana ketika hamil. Hadkan pengambilan kafein dalam 200mg sehari (12oz cawan kopi). Harus ingat kafein juga terdapat dalam minuman bergas, coklat dan teh. Kafein boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan, meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung.

9) Minuman beralkohol

Pengambilan alkohol boleh menyebabkan keabnormalan pada janin dan masalah emosi.

10) Hati dan produk hati

Elakkan kerana mungkin mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang sangat tinggi dan ini tidak baik untuk perkembangan bayi.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ini SET KEHAMILAN SHAKLEE yang menjadi pilihan. Untuk yang masih mencari pemakanan tambahan yang diproses semulajdi dan selamat boleh terus hubungi saya untuk dapatkan set kehamilan shaklee

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Friday, November 7, 2014

Omega Guard Shaklee - Adakah Bagus untuk Otak?

Salam Pembaca

Ramai yang tahu dan pastinya mengetahui kepentingan minyak ikan untuk perkembangan otak. Malah, doktor sendiri akan bekalkan ibu mengandung khususnya dengan minyak ikan untuk pembentukan bayi dan perkembangan otak bayi.

Antara minyak ikan yang paling yang disharekan ialah minyak ikan OMEGA GUARD SHAKLEE. Omega guard adalah minyak ikan yang mengandungi kepekatan tinggi dengan spekstrum penuh. Secara mudah faham, omega guard tidak dicampur dengan mana-mana bahan lain. Ianya minyak ikan TULEN.
Jumlah Omega-3 Fatty acid ialah 330 mg dalam setiap kapsul.

Pengambilan omega-3 Fatty acids membekalkan sebanyak 990 mg omega. Ini membekalkan kita EPA 540 mg manakala DHA sebanyak 350 mg.

Pengambilan omega sangat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan seta kanak-kanak yang sedang membesar.

Perbezaan Omega Guard Berbanding Jenama Lain

1. Di ekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk

2. Bukan dari hati ikan kerana hati ikan mengandungi toksik.

3. Mempunyai ketumpatan lemak yang lebih tinggi.

4. Minyak ikan paling tulen kerana lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuklah RPA dan DHA.

5. 1 Kapsul Omega Guard mengandungi 905mg asid lemak.

6. Menggunakan kaedah farmaseutikal berteknologi tinggi di mana proses penyulingan propretiari 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulin dan menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, kadmium, dioksin dan PCB

Untuk memahami lebih lanjut jemput tonton video ni. Rugi tak tonton okey!




Siapa Yang Memerlukan Omega Guard :
  • Ibu Hamil dan Ibu Menyusu
  • Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Golongan pelajar yang mudah pelupa/lemah daya ingatan
  • Mereka yang mengalami masalah sakit jantung dan paru-paru
 Ingin terus mendapatkan Omega Guard Shaklee sempena bulan Promosi. Terus dapatkan dari HANUM SYAHIRAH di talian 016-278 6834

Rugi tak grab!



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

Promosi November 2014 : Omega Guard Shaklee Buy 6 Free 1

Salam Pembaca

Untuk yang belum tahu, bulan ini promo shaklee ialah OMEGA GUARD. Seingat hanum, last promo Omega ialah bulan Disember 2013. Bukan senang untuk dapatkan harga dan faedah penjimatan berganda-ganda ini.


Apa yang akan dapat setiap pembelian bulan promo ni?
  • Pembelian 6 botol akan mendapat PERCUMA 1 botol OMEGA
  • Layak mendapat FREE MEMBERSHIP
  • Nikmati BONUS PEMBELIAN sebanyak 5% iaitu lebih kurang dalam RM32!
See, untungkan?

Untuk yang masih belum tahu kelebihan dan perbezaan Omega berbanding yang lain, hanum kongsikan di bawah ini. Jom kita sharekan kelebihan omega ini dalam supplement harian lebih-lebih untuk ibu mengandung dan menyusukan baby.

Kelebihan Omega 3

Omega 3 adalah asid lemak yang penting untuk keperluan tubuh kita. Ia mengandungi 2 jenis yang penting iaitu DHA dan EPA.

Badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri Omega 3. Jadi seeloknya sumber omega 3 diambil daripada pemakanan harian ataupun supplement. Kerana ianya penting untuk perkembangan memori dan fungsi kognitif.

Sumber omega boleh didapati antaranya dalam ikan dan bijirin. Namun bijirin mempunyai omega yang sukar ditukar kepada enzim yang diperlukan oleh badan

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Antara yang bakal kita dapat daripada khasiat Omega Guard Shaklee ialah :



  • Perkembangan minda dan otak. Omega guard membantu perkembangan sel-sel otak bayi jika diambil oleh ibu mengandung kerana mengandungi khasiat DHA didalamnya.
  • Meningkatkan fokus dan daya ingatan
  • Menyokong kesihatan jantung dan sistem cardiovascular kerana boleh membantu mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan yang menyumbang kepada salur darah tersumbat.
  • Mengurangkan sakit sendi kerana sifatnya yang anti inflamasi terutamanya jika anda mempunyai masalah Rheumatoid Arthtitis.
  • Menangani masalah saluran pernafasan dan paru-paru disebabkan sifat anti radang juga boleh membantu kita dan anak-anak yang mempunyai masalah asthma ataupun radang paru-paru(pneumonia)
  • Membantu masalah berat badan dan obesiti kerana peranan asid lemak dalam menguraikan lemak-lemak jahat yand ada di dalam badan
  • Memelihara kesihatan kulit seperti masalah jerawat, ekzema. Ini kerana omega mempunyai sifat anti radang dan menguatkan imuniti
Ingin dapatkan OMEGA GUARD sempena bulan promosi berserta dengan konsultasi?

Terus hubungi HANUM SYAHIRAH whatsapp  016-278 6834



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Thursday, November 6, 2014

Testimoni Saya Jual Ovulation Murah (OPK) dan Pregnancy Murah (UPT)

Salam Pembaca

Soalan paling kerap tanya yang masuk dalam whatsapp hanum selain daripada produk shaklee ialah 

"akak ada jual OPK tak?" 

"Macamana nak guna betul2 ya?" 

"Akak tau tak nak dapat opk murah kat mana, saya beli dalam RM5-RM10 satu strip". 

Atas sokongan asben hanum sendiri yang cari supplier untuk hanum tergerak hati hanum nak tolong siapa yang try to conceive untuk dapatkan baby. Sebab hanum dah guna, dah ada pengalaman beropk dan dah dapat result positif dengan beropk. Result positif tu dapat baby leee..haha..So, hanum bukak jualan ovulation test ini. Lepas ni, bolehlah mencelup dengan puas hati. hihi

Salah satu cara yang tepat untuk tahu tarikh waktu subur dengan gunakan OPK. OPK strips ni akan mengesan hormon LH. Apa pulak horman LH ni? Luteinizing Hormon (LH) ini hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari subur, kandungan LH berada dalam tahap tertinggi

Untuk lebih detail, hanum ada kongsikan di sini ya [Cara Menggunakan OPK Ovulation Test]

Testimoni yang sudah membuat pembelian OPK dengan hanum







Di atas saya kongsikan testimoni yang dah berjaya menggunakan OPK. OPK adalah satu satu usaha, selebihnya pergantungan dengan ALLAH adalah sebaiknya :)





Jangan mudah putus asa semua! Yakin dengan rezeki dariNYA.

Untuk terus order OPK ataupun UPT direct whastapp ataupun mesej hanum ya.

 
Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...