Monday, November 10, 2014

Tips Dan Amalan Secara Islamik Untuk Mengelakkan Anak Degil

Salam Pembaca


Anak adalah anugerah terindah dan amanah terindah daripada ALLAH SWT kepada ibu bapa. Secara fitrah kita sebagai ibu bapa mahukan anak yang menghormati ibu bapa, baik, ikut cakap dan soleh/solehah. Tapi bagaimanakah cara kita menangani anak-anak yang sebaliknya (degil).

Untuk ibu bapa yang memiliki anak-anak yang degil, selalulah mendoakan dan berkata yang baik-baik kepada si anak kerana kata-kata adalah doa. Sebagai orang islam, antara amalan yang kita boleh amalkan dikongsi di bawah. Amalan ini bukan sahaja untuk anak-anak yang degil malah boleh diamalkan untuk suami / isteri yang degil.

Amalan-amalan Untuk Anak Degil

1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur, inilah wakru yang paling sesuai terutamanya waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah tahap yang paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakap dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya> Beritahu apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatnya agar tidak selalu melewatkan solat,banyak bersabar, banyakkan berselawat. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa saja yang anda inginkan. Jangan putus zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu matanya bergerak-gerak. InsyaALLAH anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), Seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ( Bapa imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididk sejak dari kandungan lagi.


Bagaimana acuan begitulah hasilnya. Didikan anak-anak bukan bermula seawal kelahiran, tetapi seawal kandungan bayi lagi. 

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  



No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...