Monday, November 3, 2014

9 Tips Elakkan Bayi Jaundice @ Demam Kuning

Salam Pembaca


Penyakit Jaundice ataupun dikenali sebagai demam kuning adalah perkara biasa yang berlaku pada kalangan bayi masa sekarang. Menurut Dr. Azwan lebih 60% kelahiran bayi menghidap penyakit demam kuning iaitu persamaan 6 orang bayi yang lahir demam kuning daripada 10 kelahiran. Kebiasaannya bayi akan menjadi kuning pada hari ke-3 kelahiran dan akan beransur-ansur hilang selepas beberapa hari.

Apa itu Jaundice( Demam kuning)?

Jaundice terjadi apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan dalam badan.Sel darah merah yang terurai akan menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bayi yang baru lahir mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang angkut oksigen dan kadangkala ginjal mereka masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan.

Jaundice adalah tidak bahaya jika dicegah dari awal. Antara amalan yang dikongsikan dibawah mungkin dapat membantu ibu-ibu mengandung mencegah jaundice seawal bayi dalam kandungan.

Amalan-amalan ibu hamil untuk mengelak bayi terkena demam kuning :

1. Sangatlah digalakkan memakan kurma seawal kehamilan dan sepanjang kehamilan.


2.Amalkan meminum jus pegaga.



3. Elakkan meminum kopi dan teh secara berlebihan.



4.Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.



5. Amalkan minum susu kambing segar. Seelok-eloknya diamalkan ketika trimester kedua kerana susu kambing dikatakan "panas". Walaupun begitu, ia bergantung pada penerimaan tubuh si ibu.



6. Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan daripada kerap mengamalkan makanan yang sudah diproses dan junk food.
7. Dua bulan sebelum kelahiran amalkan pengambilan supplement vitamin B. Jika vitamin B anda lengkap dengan asid folic,disarankan amal diawal kehamilan.



8. Banyakkan bacaan Al-Quran bagi kaum islam dan banyakkan berdoa.



9. Bersikap positif dan hindari stress keterlaluan.



Sedikit perkongsian untuk diamalkan oleh ibu mengandung. Walaupun tiada kajian saintifik samaada ia benar ataupun tidak, tetapi ianya boleh diambil langkah pencegahan untuk mengelakkan demam kuning seawal bayi dalam kandungan.

Semoga artikel ini bermanfaat :)



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...