Friday, June 20, 2014

16 Tanda Awal Mengandung / Pregnancy

Anda ada tanda-tanda awal kat bawah??? Jom semak tanda awal kehamilan anda!

1. Sakit breast 

Sakit breast ini subjective. Certain orang ada yang rasa 'sakit' sama macam nak period, ada yang rasa sakit lebih ngilu dari biasa. Opss, sorry ya! Even nampak tak patut bincang secara umum, tetapi sewajarnya kita ambil tahu dan kenali proses kehamilan ini :) .Rasa tender breast, rasa "berat dan penuh" , puting payudara sekaing gelap, urat darah lebih kelihatan di bahagian dada adalah tanda pertama yang anda mungkin hamil! Pakailah bra yang full support untuk lebih selesa.

2. Sesak Nafas

Pernah tak terasa mengah ketika naik tangga secara tiba-tiba? Ia terjadi mungkin kerana anda hamil. Perkembangan janin dalam rahim memerlukan oksigen, memberi impak kepada si ibu. Maaf ya, kemungkinan perkara ini akan berterusan sepanjang kehamilan, terutamanya baby mula memberi tekanan kepada paru-paru dan diafragma

3. Cepat letih

Dulu mampu balik kerja dan stay up sampai kul 11 malam, sekarang pukul 8 malam pun dah jenuh nak bukak mata. Siapa ada pengalaman macam ni? Sepp sikit!
Jika kita tiba-tiba letih, ini kemungkinan ini mungkin kesan tindakbalas  kepada hormon yang semakin meningkat dalam badan. Sesetengah perempuan hanya merasai keletihan pada trimester pertama dan akan hilang apabila masauk trimester kedua.

4. Loya

Kebanyakan wanita hamil mula loya apabila kandungan mencecah usia 6 minggu tetapi ada juga yang mengalami lebih awal daripada itu. Morning sickness ini boleh berlaku waktu pagi, tengahari ataupun malam. Ia kemungkinan besar akan reda apabila memasuki trimester kedua. Dalam masa yang sama, cuba makan makanan yang boleh diterima perut seperti biskut ataupun masakan/minuman bercampur halia.



5. Kerap kencing

Salah satu tanda ialah kerap ke tandas untuk buang air kecil. Semasa mengandung, badan kita menghasilkan cecair tambahan, yang mana menyebabkan pundi kencing lebih "berkerja" dan anda banyak ke tandas



6. Sakit Kepala

Salah satu tanda awal kehamilan ialah sakit kepala akibat daripada perubahan horman badan. Sekiranya anda betul-betul hamil, berwaspadalah dalam mengambilan ubat-ubatan sakit kepala.

7. Sakit Belakang

Adakah belakang badan anda terasa sedikit lenguh? Jika anda jarang menpunyai sakit belakang, ini bermaksud ligamen badan longgar. Ini mungkin akan berterusan sepanjang kehamilan kesan daripada berat badan yang bertambah.



8. Kekejangan

Adakah kekejangan akibat PMS ataupun mengandung? Ianya sukar ditentukan, tetapi sekiranya tegang dan tak selesa, ia kemungkinan rahim sedang meregang untuk memberi ruang kepada rahim bersedia menerima bayi.



9. Mengidam

Tetiba tekak mula tak dapat terima makanan kegemaran kita! Atau tetiba kita nak makan makanan yang kita paling tak suka. Jika kita meyedari perubahan-perubahan yang berlaku ini, kemungkinan badan kita nak berituhu yang kita sedang mengandung!

10. Sembelit dan kembung

Jika anda mula rasa perubahan terutamanya seluar jean anda semakin ketat dan sedat peluang kehamilan semakin positif. Badan mula kembung dan sembelit, ini kemungkinan extra progesteron disebabkan kehamilan, di mana ia melambatkan sistem pencernaan.



11. Perubahan mood

Perkara yang remeh temeh kini dipandang serius oleh ibu hamil. Jika anda berlaku perubahan mood, jangan risau. Ini kerana badan sedang mengalami perubahan untuk horman baru. Pastikan suami memainkan peranan penting bagi memastikan ibu hamil sentiasa gembira.

12. Suhu Basal Badan Tinggi


Jika anda adalah orang yang aktif mencuba untuk hamil, anda mungkin pernah dengar mengenal BBT. Ia dimana proses pengambilan suhu badan untuk menentukan tarikh ovulasi. Secara amnya, jika graf chart anda semakin menaik dari tarikh ovulasi sehingga anda mendapat haid 2 minggu kemudian. Sekiranya, ia kekal suhu tinggi di luar 2 minggu, ia kemungkinan anda sedang hamil.

13. Sensitif pada bau

Ibu yang mengandung sesetengahnya ada yang mengalami tanda sensitif pada bau. Ada yang sampai pening dengan bau masakan daripada dapur sendiri tak kurang juga ada yang tak boleh bau badan suami sendiri. Berjaga-jaga mungkin itu salah satu kehamilan anda.

14. Pening ataupun Pengsan

Kebiasaan kita lihat drama Tv, kebanyakan ibu mengandung akan ada scene pengsan. Perasaan tak? Secara realiti, ianya adalah benar. Kandungan gula dalam darah rendah dan tekanan darah rendah menyebabkan  berlakunya perkara ini. Pastikan anda mendapat makanan yang berkhasiat dan minum air secukupnya untuk mengelakkan badan terhidrat.

15. Spotting

Adoi, dah period! Betulkah period ataupun tanda sebaliknya. Jika tanda darah yang keluar adalah sedikit daripada normal dan beberapa hari awal daripada tarikh period biasa mungkin kita mengalami pendarahan akibat daripada implantasi. Ia merupakan tanda  di mana telur disenyawakan melekat pada dinding rahim dan menyebabkan darah keluar sedikit (bleeding).

16. Tarikh Haid Lewat

Kesemua tanda awal kehamilan merupakan juga tanda PMS. Bagaimanakah nak menentukan kelainan antara haid dan PMS? Tanda yang paling ketara ialah lewat datang haid. Jika kitaran haid adalah tetap setiap bulan dan haid tak datang pada bulan tersebut, segeralah cek!



17. Ujian Kehamilan Positif

Kita tak akan tahu kita bakal menjadi ibu sekiranya kita tak menjalani ujian air kencing. Jika anda mendapat result yang negatif tetapi kitaran haid masih lagi tidak muncul kemungkinan ianya masih awal untuk dikesan. Tunggu sehingga beberapa hari dan cubalah uji sekali lagi. Jika positif, tahniah!!!



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


1 comment:

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...