Tuesday, June 24, 2014

Cara Menggunakan OPK (Ovulation Test) Dengan Tepat : Kesan Waktu Subur

Salam pembaca

*khas untuk yang dah berkahwin je taw

Hari ini nak kongsi salah satu kaedah nak kesan waktu subur. Entry yang sebelum ni saya ada kongsi jugak kaedah lain untuk kesan waktu subur ni, boleh baca info kat bawah ni ye 



okey, disebabkan ramai yang tanya saya bagaimana nak guna opk dengan betul. Saya kongsikan di sini mengikut pengalaman saya. Penggunaan opk ni meningkat lagi peratus peluang untuk mendapatkan zuriat. Mudah-mudahan kan. Tak salah kita mengambil langkah untuk berikhtiar :)

Bagaimana OPK ini berfungsi?

OPK ini berfungsi detect waktu paling subur wanita. Alat ini membantu mengesan berlaku ovulasi dengan tepat (99.6%) 

Ovulasi = telur (ovum) bersedia untuk disenyawakan telah berpisah dari organ ovari (refer pada gambar di bawah)

Opk ni mengesan kehadiran hormon LH (lutenizing hormane) ialah hormon yang berfungsi mengeluarkan  ovum dari ovari. Time ini horman LH adalah kemuncak untuk detect positif OPK.

Bila nak guna OPK?

Seelok-elok selepas period. Celup dalam urin dengan menggunakan urin dari pukul 10.00am - 8.00 pm. Jangan gunakan 1st urin seperti test UPT ya. Saya sarankan berpuasa air 3 jam sebelum test urin dibuat. 

Contohnya : Test urin pukul 2, start puasa air daripada pukul 11 stop minum air.

Ianya mengelakkan ujian OPK yang kita buat lebih tepat. Yap, sememangnya ada perbezaan bila kita buat ujian ini dengan berpuasa air ataupun tidak. Selain itu, seelok-eloknya tetapkan masa yang sama setiap hari. 

Saya terangkan hari ke berapa kita start gunakan OPK ni :

1. Untuk period yang teratur

Mudah untuk kira tarikh waktu subur untuk period teratur. Tapi tak semestinya hari ke-15 adalah hari betul-betul subur. Setiap wanita berlainan, if gunakan OPK lebih tepat lagi. 
  • Cari purata kitaran haid untuk 3 bulan
  • Tolak kan 17 hari daripadan kitaran haid terpanjang. Contohnya : 29-17 = hari ke 12. Teruskan guna opk dari hari ke 12 sehingga mendapat double line/positif line
2. Untuk period yang tidak teratur

Jangan risau, untuk period yang tak teratur masih boleh detect ovulation. Yang penting kena sabar sedikit. Saya akan bagi option untuk detect waktu subur. 
  • Boleh guna seperti cara di atas dengan kira purata haid untuk 3 bulan
  • Gunakan kitaran haid terpendek dalam tempoh 6 bulan. Contohnya, haid terpendek dalam 6 bulan ialah 25 hari. Bermakna boleh start gunakan OPK pada CD ke 8 kitaran perioad
  • Jika bimbang untuk buat kiraan seperti ini, boleh start gunakan OPK selepas habis period.
Boleh guna chart kat bawah tentukan hari untuk mulakan test OPK

Cara nak guna OPK?

Sama seperti alat untuk test kehamilan, just celup strip dalam urin. Celup dalam 15 saat (bergantung pada brand dan arahan pada OPK ya). Pastikan celup tidak melepasi garisan yang ditetapkan dan baringkan di permukaan yang rata.

Bagaimana nak baca result OPK?


Negative : Bila line T (test) kabur ataupun tiada daripada line C (control)
Positive : Bila line T (test) sama terang ataupun lebih terang daripada line C ( control)


OPK Positif

OPK Negatif.

Nampak tak perbezaan result OPK ni? OPK masih lagi dianggap negatif jika line Test masih tak sama terang dengan line control. Selalunya bagi sesetengah wanita jika dapat result seperti OPK negatif, itu tandanya waktu subur makin hampir. Jangan miss celup urin ya.

Mengapa OPK masih ada double line setiap kali test?  

Harus ingatkan OPK dan UPT adalah test berlainan. UPT bila dapat line kabur sudah dikira POSITIVE, tetapi tidak bagi OPK.

Kenapa OPK double line? Kerana hormon LH sentiasa ada dalam badan kita. Penentu positif ataupun tidak bergantung pada ke'terang'an line T (test).  

Bolehkah OPK mengesan kita hamil @ tidak?

Boleh! Tetapi tidak digalakkan kerana ianya bergantung pada hormon seseorang. Mengikut info dari website  www.peeonastick.com , molekul hormon LH dengan HCG hampir sama bentuknya. Umpama sepasang kembar yang hanya berbeza seorang pakai topi dan seorang lagi tidak pakai topi. Jadi jika kita buat test ujian OPK pada hari ke 7-16 selepas ovulasi berlaku (walau belum delay period) dan result yang diperolehi OPK POSITIF kemungkinan positif hamil!

Di sini saya nak nasihatkan 
1. Penggunaan opk ini bukanlah 100% akan berjaya mendapat zuriat, tetapi menolong mengesan waktu subur untuk meningkatkan peluang untuk hamil
2. Pastikan ambil peluang untuk bersama selama 3 hari berturut-turut/ selang sehari selepas OPK positif.
3. Harus ingat ovum hanya boleh hidup 12-48 jam selepas menetas dan sperma boleh bertahan dalam rahim/uterus dalam 3-4 hari bergantung pada kualiti sperma juga.
4. Ketika bersama/ BD (bed dance) , ada sesetengah bagi petua meletakkan bantal kecil pada bawah punggung dan kurangkan pergerakan.
5.Jangan stress. Stress mengurangkan lagi peluang untuk mendapatkan zuriat. Be happy dan enjoy waktu berdua-duan dengan suami.

Remind
Untuk yang masih ragu-ragu nak baca result OPK, boleh terus whatsapp @ contact saya. InsyaALLAH saya akan bantu. Moga dipermudahkan urusan kalian untuk dapatkan zuriat (Maaf, buat masa sekarang consult under pembelian dengan saya shj ataupun dengan agent mommies journey)

Untuk dapatkan OPK murah boleh juga direct tanya saya :)

Pembelian OPK dan UPT murah -----> [KLIK DISINI]



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  



6 comments:

  1. hi.. sy nak tanya. kalau x puasa air, kalau di ikutkan result akan negatif atau positif?

    ReplyDelete
  2. Klau line T kabur dan line C jelas,adakah sy hamil?

    ReplyDelete
  3. Klau line T kabur dan line C jelas,adakah sy hamil?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas penerangan puan...

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...