Gemokkk!!! Malunya kan...Sebagai wanita mesti kita menginginkan berat dan bentuk badan yang diinginkan. Ramai yang bertanya bagaimana lecithin membantu dalam menurunkan berat badan.
Ramai orang yang hanya memikirkan turun berat dengan angka di jarum penimbang semakin berkurangan. Sampai setiap hari melihat jarum penimbang. Awas! jangan amalkan tabiat ini. Akhirnya kita merasa stress dalam proses penurunan berat badan. Ianya adalah konsep yang salah. Walaupun kita mengambil supplement dalam pemakanan harian, kita harus mengetahui cara pemakanan yang betul dan mengawal pengambilan kalori.
Umumnya pengambilan kalori wanita lebih kurang 1600-2000 kalori manakala lelaki dalam 2000-2500 kalori. Setiap pemakanan yang diambil haruslah diambil kira berapa kalori,untuk memastikan defisit kalori
Persamaan mudah untuk yang ingin lost weight
Defisit kalori = Kurangkan pengambilan kalori + Bakar kalori yang diambil
Perkara yang harus kita ingat
1) Pembakaran lemak dalam badan dibakar bergantung kepada tahap metabolisma kita.Pastikan rate metabolisma badan kita meningkat dengan cara jangan skip makan!Makan bukan pelahap ye ^^
2) Never say NO to exercise. Banyakkan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan tenaga
3) Kurangkan pengambilan makanan berminyak,fast food, makanan ringan, dan air kandungan gula tinggi. Sebaliknya banyakkan minum air masak yang "0" kalori
Bagaimana lecithin membantu dalam loss weight?
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
- Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
- Kolin – satu komponen neurotransmitter.
- Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
- Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
- Membantu kawal paras triglycerides.
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
- Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment