Wednesday, January 29, 2014

Cara Mengatasi Masalah Jerawat - Part 1-

APA ITU JERAWAT?


Jerawat adalah keadaan umum di mana pori-pori kulit tersumbat sehingga terbentuk kantung minyak yang dipenuhi dengan kotoran dan sel-sel kulit mati. Bakteria penyebab jerawat akan tumbuh dalam keadaan ini dan berkembang biak. Jika keadaan ini dibiarkan maka pori-pori yang tersumbat akan membengkak dan akan terbentuk timbunan nanah. Apabila permukaan kulit telah matang maka akan pecah dan akan mengeluarkan nanah.



APA YANG MENYEBABKAN JERAWAT?

Banyak faktor penyebab jerawat muncul di wajah seperti :-

  • genetik / keturunan
  • pengeluaran racun dalam tubuh
  • ketidakseimbangan hormon dalam tubuh
  • pengeluaran minyak berlebihan
  • sel-sel kulit mati
  • bakteria
  • kosmetik
  • ubat-ubatan

JENIS JERAWAT YANG PATUT KITA TAHU

Mengenal jenis jerawat adalah sangat penting terutama bagi yang ingin serius di dalam mencegah, mengatasi dan menghilangkan jerawat. Pengetahuan ini pastinya akan memberikan gambaran yang jelas bagaimana anda menangani masalah jerawat yang sering menjadi ketakutan bagi anda dengan benar dan tepat.

Berikut ini akan kami paparkan secara ringkas tentang beberapa jenis jerawat yang sering menjangkiti kita :-

1. Follicular Cast atau Filament

Jenis ini sering terdapat di bahagian hidung, kelihatan seperti bubur kerana dipenuhi oleh sebum yang tersumbat

2. Mikro Bintik Hitam

Jenis jerawat yang berlaku sebelum menjadi bintik hitam baik tertutup atau terbuka. Jerawat ini hanya boleh dilihat dibawah mikroskop

3. Whitehead (Bintik hitam Tertutup)

Berupa bintik kecil kerana sebum yang disertai bakteria terkumpul di liang kulit dan tidak boleh keluar

4. Blackhead (Bintik hitam Terbuka)

Jenis bintik hitam ini merupakan proses lanjut dari bintik hitam tertutup (whitehead). Terjadi kerana liang terbuka sehingga sebun yang mengandungi pigmen melani teroksida dan berubah menjadi coklat/hitam

5. Papule

Terjadi ketika dinding folikel rambut mengalami kerosakan atau pecah sehingga sel darah putih keluar dan berlaku inflamasi di lapisan dalam kulit. Papule ini berbentuk ketulan-ketulan lembut kemerahan di kulit tanpa mempunyai kepala. Jerawat jenis ini sering disebut kebanyakan orang sebagai "jerawat batu"

6. Pastule

Berlaku beberapa hari kemudian apabila sel darah putih keluar ke permukaan kulit. Pastule berbentuk benjolan merah dan mata putih atau kuning di tengahnya yang mengandungi sel darah putih.

7. Nodule

Apabila folikel pecah dan dasarnya maka terjadi ketulan yang besar yang sakit bila disentuh. Jenis ini terjadi akibat rangsangan keradangan oleh serpihan rambut yang berlaku lama

8. Abses

Kadang-kadang beberapa papule atau pastule mengalami pengelompokan dengan membentuk abses yang berwarna kemerahan, kesakitan dan cenderung mengeluarkan bahan berupa campuran darah, nanah dan sebum. Pada proses penyembuhan ia akan meninggalkan lubang yang luas

9. Sinus

Jenis jerawat paling kritikal. Sering terdapat di sudut hidung, rahang dan leher. Penyembuhan jerawat ini memakan masa berbulan-bulan, malah tahun dan boleh berulang lagi bila mengalami proses keradangan. Sinus harus ditangani dengan pembedahan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita sambung mengenal jerawat dan cara mengatasi di Part 2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang




Tuesday, January 21, 2014

10 Khasiat Coenzyme Q10 (COQ10) Wajib Tahu dan Testimoni CoQ10!

Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.


10 Khasiat Coenzyme Q10 (COQ10) wajib anda tahu!

Suplemen ini sejak dahulu lagi terkenal dengan memberikan kesan positif terhadap beberapa penyakit berikut
  1. Sakit jantung
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Asma
  4. Migrain
  5. Parkinson
  6. Alzheimer
  7. Beberapa jenis kanser
CoQ10 juga dipercayai boleh membantu dalam menghalang penuaan, serta mengelakkan kehilangan memori. Mlaah CoQ10 digunakan oleh jutaan penduduk di Jepun untuk merawat penyakit berkaitan dengan kardiovaskular.

Perbezaan Shaklee CoQ10 Health Plus

CoQHealth  Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimun dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah menunjukkan dapat :

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL.
  • Meningkatkan peredaran darah.
  • Membantu menambahkan dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah.

Ramai yang memberi feedback positive dengan pengambilan CoQ10 secara berterusan. Di bawah disertakan sekali dengan testimoni daripada pengguna CoQ10. Berikan yang terbaik supaya jantung sihat dan badan makin cergas. Ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Selamat membuat pilihan yang tepat ^^

TESTIMONI 1 : Kulit makin cerah dan tidak kusam

TESTIMONI 2 : Badan lebih cergas, kurang letih



Rujukan:
*Book of Alternative Medicine
*Shaklee Coq Health Plus Booklet
*Website : Shaklee (M)


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Monday, January 20, 2014

Tips Mengetahui Tanda Kehamilan

Bagaimana mengetahui dan mengesan diri mengandung?

Hai bakal-bakal mommy-to-be? Sihatkah? Mesti tengah goggle pasal kehamilan kan^^..

So hari ini saya nak sharing sedikit tips tanda-tanda awal kehamilan supaya lebih bersedia menerima kehadiran orang baru dalam little tummy! Rata-rata mommy mengalami pengalaman yang berbeza dan tak semuanya sama.

1.Mengidam

Ya, bunyi macam klise, tapi mengidam kadang kala boleh menjadi salah satu tanda kehamilan. Ianya bergantung kepada diri sendiri sama ada simpton itu pasti ataupun ianya tanda kekurangan nutrien tertentu. Tetapi apapun  ianya diikuti dengan simpton lain dalam senarai di bawah, bolehlah mula mengira kitaran haid

2. Warna aerola/puting payudara sedikit gelap

Warna sekeliling puting payudara menjadi gelap kerana ia mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Jika tidak,ia mungkin dari ketidakseimbangan horman ataupun kesan daripada kehamilan dahulu.

3. Muncul darah

Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

4. Kerap Buang Air Kecil

Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda. 
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

5. Keletihan

Perubahan simptom letih disebabkan dari perubahan dan juga akibat dari keja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Tahap hormon progestron yang tinggi membuatkan diri sendiri seperti baru selesai melakukan kerja-kerja berat. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

6. Payudara membengkak dan sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

7. Deria rasa berubah

Sesetengah mommy to be mengalami perubahan deria rasa makanan. Ada yang mengatakan ada terasa sedikit payau di mulut dan sesetengah tak dapat menerima makanan yang kebiasaan mereka suka.

8. Sakit Punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan  bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Morning sickness @ muntah-muntah

Seawal dua hari selepas persenyawaan,mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. Jika bernasib baik, alahan sebegini tidak akan menyerang selepas beberapa minggu kehamilan

10. Pening atau pengsan 

Biasa kita menonton adegan dalam cerita wanita hamil akan mengalami pengsan. Namun faktanya ini dapat terjadi kerana kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh sebab itu, pastikan cukup makan dan sudah tentu banyakkan minum supaya tidak kekurangan air dalam tubuh.

11. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

12. Sakit punggung 

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil kerana beberapa ligamen di punggung sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 


13. Kram 

Memang kram akan dialami oleh wanita hamil kerana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi. 

14. Peningkatan suhu tubuh 

Jika terjadi kehamilan ataupun ovulasi, maka suhu tubuh  akan meningkat. Keadaan ini akan bertahan selama kehamilan berlaku. 

15. Bau Badan
 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

16. Lewat datang period

Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlaku­nya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. 

Ini membolehkan lang­kah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya. 

17. Ujian air kencing positive

Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan sudah mengandung. 
Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.


Selepas disahkan hamil eloklah mengambil langkah-langkah berjaga untuk memastikan kandungan dan kondisi keadaan mommy to be dalam keadaan cergas dan sihat.

Si ibu digalakkan mengambil asid folic semasa kehamilan. Adalah lebih baik pengambilan asid folic semasa merancang untuk hamil. Boleh refer di sini untuk info lanjut




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...