Tuesday, February 4, 2014

7 Kelebihan Solat Dhuha

Solat merupakan kunci diterima atau ditolaknya keseluruhan ibadah yang telah dilakukan seorang mukmin. 
Dalam sebuah hadits diterangkan bahawa yang pertama dihisab oleh Allah Swt dari amal seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya. Sebaiknya jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga akan turut rosak.
Kerananya solat yang kita kerjakan harus benar-benar terjaga kesempurnaannya. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.
Banyak sekali pilihan solat sunat yang dapat kita kerjakan untuk menyempurnakan pahala solat wajib yang telah kita kerjakan. Sebut saja solat sunat rawatib yang biasa kita kerjakan sebelum dan setelah mengerjakan solat lima waktu.
Selain solat sunat rawatib kita juga mengenal banyak sekali jenis solat sunat di antaranya adalah Tahiyatul Masjid, Syukrul Wudhu, Tahajud, Witir serta Dhuha.
Yang disebutkan terakhir itu sering kita lupa kerana meskipun kita tahu fadhilahnya tapi kerana waktu pelaksanaannya bertepatan dengan aktiviti harian maka solat Dhuha sering tidak dikerjakan.
Ya solat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik, iaitu kira-kira setinggi lebih kurang 7 (tujuh) hasta atau sekitar setinggi satu tombak antara pukul 08.00 pagi sampai dengan masuk waktu zuhur. 
Solat Dhuha hukumnya sunat muakad (sangat dianjurkan dan mendekati wajib) kerana Rasulullah sentiasa mengerjakannya dan berpesan kepada para sahabat untuk mengerjakannya juga.
Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:
‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.
1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”
Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
2. Solat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui. 
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.
3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.
“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).
Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
6. Tercukupnya keperluan hidup.
Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)
7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.
Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.
Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.
Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 
Begitu banyaknya fadhilah di atas cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw. mengingatkan umatnya untuk sentiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilah-fadhilah tersebut diharapkan kita lebih termotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. 
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Friday, January 31, 2014

Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee

Hari ini saya terangkan mengenai HERBAL BLEND shaklee yang mana ramai sangat customer saya asyik repeat order dan saya nak berkongsi kepada semua kelebihan yang ada dekat produk ni.

Ada banyak sebenarnya kegunaan HERBAL BLEND CREAM SHAKLEE ni.. kalau nak cerita semua dalam ni, memamg 1post ni pun tak cukup kot. Saya ringkaskan beberapa kegunaan Herbal Blend Cream Shaklee yg di katakan krim serbaguna ni.

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga.
Krim ni memang saya bawa kemana saja terutamanya bila pulang ke kampung. Krim khas untuk anak2 saya especially bila kena gigit nyamuk.. bila sapu krim ni memang kurang lah gatal tu.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah.
Kebanyakan customer saya memang berikan testimoni yang positif bila 1st time gunakan herbal blend untuk masalah tumit kaki pecah ni. Kulit di bahagian tumit tu mmg tak akan kering dan rekahan tumit memang berkurangan.



3. Ubat luka / lecur
Ada juga yang jadikan krim ini pengganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau, Kena cakar kucing, Terkena minyak panas, Semua pun boleh.

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di rumah ye. Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat. Pelanggan2 sy di kalangan ibu menyusu pun memang dah ramai yg jadikan sahabat tau.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang. Sorang kawan sy yang juga merupakan SID juga dah try gunakan krim ni pada parut cikenpox nye.. alhamdulillah memang kesan yg sangat ajaib!!

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Yang ni memang adik saya sendiri dah cuba tau. Anaknya memang hadapi masalah ruam susu, lepas beberapa bulan konsisten guna krim ni, alhamdulillah..ruam dah hilang.



7. Losyen harian
Boleh juga di gunakan sebagai losyen harian Supaya tangan sentiasa lembut. Herbal blend ini tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa dan tak melekit


Sampai sini dulu. Nak taw mengenai herbal blend ni kenalah gunakan sendiri. Baru boleh rasai kelebihannya dan anda pasti jatuh cinta berkali-kali :)



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Thursday, January 30, 2014

Cara Mengatasi Jerawat - Part 2 -

Semalam kita sharing mengenai apa itu jerawat dan jenis jerawat ni. Kenal dahulu baru jatuh cinta..opss!!.. baru kita cegah :) Hari ini kita bincang balik cara cegah jerawat dan merawatnya. Moga memberi manfaat.

CARA CEGAH JERAWAT

Jika kita mencari cara mencegah jerawat yang paling tepat, maka kita harus sedikit banyak mengerti dan memahami apa itu definisi atau pengertian jerawat dan penyebab jerawat.

Di bawah ini akan kita huraikan secara ringkas bagaimana kita boleh menangani jerawat :-

- boleh diatasi dengan mengubah cara hidup dari sudut pengambilan makanan yang kurang berlemak dan berminyak

- boleh diatasi dengan mengurangkan tekanan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh
- mengurangkan pengambilan makanan segera yang mengandungi terlalu banyak pengawet dan perisa
- mengamalkan kebersihan yang optimum bagi mengelak daripada bakteria merebak
- mengurangkan pengambilan ubat-ubatan
- menggunakan produk penjagaan kulit wajah dan kosmetik yang selamat dan 100% daripada bahan semulajadi


CARA RAWAT JERAWAT

Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.

Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu merawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.

Empat pemakanan tersebut adalah: 

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.



3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple

.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...