Wednesday, February 5, 2014

Testimoni Kurus Dengan Set Berpantang Shaklee

Dilema seorang wanita selepas bersalin ialah BERAT BADAN. Rata-rata berat makin menaik selepas bersalin,tambahan pula produk set berpantang tidak menolong dalam proses penurunan berat badan, Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai set berpantang Shaklee.

Mencari set berpantang haruslah tepat dan memberi banyak kelebihan pada si ibu sepanjang tempoh berpantang selama 44 hari. Pengambilan supplement dan makanan tambahan adalah digalakkan untuk memastikan badan yang masih dalam proses penyembuhan pulih sepenuhnya. Sesetengah ibu menganggap tempoh berpantang adalah tempoh yang paling azab dan lama kerana pada waktu ini badan kita masih lemah kesan daripada kehilangan darah dalam proses kelahiran,sakit akibat luka bersalin, emosi yang tidak stabil dan ditambah dengan rutin tidur yang sudah bertukar.

Berikut saya senaraikan panduan dalam membuat pilihan memilih set berpantang :

1. Selamat untuk si ibu dan si anak 
2. Selamat di ambil walaupun bayi mengalami jaundice/ kuning ,dan tidak menyebabkan jaundice semakin teruk
3. Tidak menyebabkan si ibu dan si anak rasa panas
4. Membantu menurunkan berat badan si ibu.
5. Membantu dalam proses penyusuan dan mengalakkan proses penghasilan susu.
6. Membantu si ibu lebih lawas dalam membuang. Ini kerana ramai si ibu mengalami sembelit yang teruk dalam tempoh berpantang dan menyebabkan luka semakin teruk.
7. Membantu luka bersalin baik dengan cepat.
8. Membantu si ibu lebih bertenaga 
9. Tidak memberi kesan sampingan

Alhamdulillah SET BERPANTANG SHAKLEE ada semua ciri-ciri yang tersenarai di atas :)

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis supplement. Yang mana secara amnya 1 set berpantang ini boleh tahan dalam 4 bulan hingga 6 bulan. Wow, jimat!
  • Multivitamin (vita lea)
  • Vitamin C
  • B complex
  • Zinc
Setiap daripada vitamin ini memberi zat-zat yang diperlukan oleh si ibu  dan juga kepada si anak disamping menyembuh luka si ibu dengan cepat.

Lazimnya, saya akan menyarankan pengambilan set bersalin dengan ESP dan ostematrix. Ostematrix sangat membantu si ibu mengelakkan sembelit yang teruk. Kebanyakan customer @ si ibu pasti tidak lupa add on setiap pembelian dengan ESP yang banyak manfaat ini.

Tak percaya hasil yang menakjubkan dengan SET BERSALIN +ESP +  OSTEMATRIX??? 
Jom kita baca testimoni di bawah




Syukur melihat setiap customer dan feedback positive setelah menggunakan set shaklee. Ada yang menyesal terlewat menggunakan set shaklee, tapi better late than never :)
Mudah-mudahan dapat membantu lebih ramai si ibu di luar sana mendapat manfaat dari shaklee.

Jika berminat boleh terus hubungi saya melalui FB, Fanpage ataupun direct phone

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
  

Tuesday, February 4, 2014

Perbezaan Antara Ubat Dengan Supplement

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

UBAT

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat. 

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.



3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian. 

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan. 

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan. 

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

 7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam. 

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system. 


9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda. 

~SUPPLEMENT~ ( Vitamin ) 

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ. 

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim. 

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan. 

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik. 

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino. 

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan. 

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan. 

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi. 

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah. 


RINGKASANNYA... 

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja... 

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement... 

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat.... 

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit.... 

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI!!




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.


Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


7 Kelebihan Solat Dhuha

Solat merupakan kunci diterima atau ditolaknya keseluruhan ibadah yang telah dilakukan seorang mukmin. 
Dalam sebuah hadits diterangkan bahawa yang pertama dihisab oleh Allah Swt dari amal seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya. Sebaiknya jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga akan turut rosak.
Kerananya solat yang kita kerjakan harus benar-benar terjaga kesempurnaannya. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.
Banyak sekali pilihan solat sunat yang dapat kita kerjakan untuk menyempurnakan pahala solat wajib yang telah kita kerjakan. Sebut saja solat sunat rawatib yang biasa kita kerjakan sebelum dan setelah mengerjakan solat lima waktu.
Selain solat sunat rawatib kita juga mengenal banyak sekali jenis solat sunat di antaranya adalah Tahiyatul Masjid, Syukrul Wudhu, Tahajud, Witir serta Dhuha.
Yang disebutkan terakhir itu sering kita lupa kerana meskipun kita tahu fadhilahnya tapi kerana waktu pelaksanaannya bertepatan dengan aktiviti harian maka solat Dhuha sering tidak dikerjakan.
Ya solat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik, iaitu kira-kira setinggi lebih kurang 7 (tujuh) hasta atau sekitar setinggi satu tombak antara pukul 08.00 pagi sampai dengan masuk waktu zuhur. 
Solat Dhuha hukumnya sunat muakad (sangat dianjurkan dan mendekati wajib) kerana Rasulullah sentiasa mengerjakannya dan berpesan kepada para sahabat untuk mengerjakannya juga.
Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:
‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.
1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”
Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
2. Solat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui. 
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.
3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.
“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).
Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
6. Tercukupnya keperluan hidup.
Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)
7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.
Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.
Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.
Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 
Begitu banyaknya fadhilah di atas cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw. mengingatkan umatnya untuk sentiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilah-fadhilah tersebut diharapkan kita lebih termotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. 
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...