Wednesday, November 5, 2014

7 Panduan Memillih Soya Protein Sumber Minuman Harian

Salam Pembaca ♥

Secara jujur, hanum adalah peminat tegar soya tegar. Hari-hari comfirm tak akan miss minum air soya. Lebih-lebih lagi ketika sibuk kerja ataupun tak sempat nak lunch. Minum air soya bagi hanum cepat kenyang dan tahan lebih lama rasa kenyang. Lepas hanum kenal shaklee, hanum terus tukar pada ESP soy protein shaklee. Lagi syok sebab dapat extra benefit.
Hanum nak kongsikan panduan pemilihan soya terbaik supaya semua dapat khasiat soya terbaik :)

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik/

Kenapa harus kacang soya di tanam secara organic? Kajian penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dari segi kajian pula, sudah terbukti ada hubungkait dengan kanser dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.

2. Kacang soya mestiah NON GMO (tak dihasilkan secara genetic)

Kenapa kacang soya mestilah non genetik engineered? Secara umumnya,kacang soya dari jenis genetic ini adalah murah untuk dihasilkan dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos. Dr. Louis J.Pribyl, seorang saintis Brazil menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

3.Kacang soya mestilah mengandungi 9 asid amino perlu

Ciri ini adalah amat penting. Badan memerlukan 9 asid amino untuk menghasilkan hormon,jus penghadaman,antibodi,enzim. Jika salah satu keperluan asid amino ini tiada, sistem imunisasi badan akan jatuh sebanyak 30% dan sesetengah fungsi badan yang penting kemungkinan akan lemah ataupun berhenti.

4. Soyflakes mestilah dibersihkan dengan air bukan alkohol semasa proses pembuatan soy isolate.

Untuk yang islam, soya yang bersih dengan alkohol memang hukumnya haram. Dari segi khasiat soya yang dibersihkan dengan alkohol akan memusnahkan isoflavone sehinga 88%! Sedangkan isoflavone sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru selain beri manfaat dalam seimbangkan hormon dan menaikan berat tulang.

5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance dalam kacang soya mesti disingkirkan.

Soya yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance, sedangkan kekurangan bahan ini menyebabkan low blood pressure, low body temperature, dan restless leg syndrome.
"Find a brand that uses an extracting process that removes that substance,yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVAONES which are very sensitive to heat".

6. Proses pembuatan soya protein sebaiknya tanpa pemanasan.

Asid amino amatlah sensitif dengan suhu yang panas. Dalam kajian mengatakan, memasak bahan yang mengandungi protein akan memusnahkan sehingga 50% daripada keperluan asid amino. Jika sesorang itu secara konsisten mengambil pemakanan yang kekurangan keperluan asid amino perlu, perkembangan otak dan hormon akan terjejas ataupun perkembangan tisu badan turut beri impak negatif.

 7. Soya isolate HARUS ditambah dengan unsur kalsium?

Kenapa?

Kajian melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. So, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein untuk meneutralkan balik serbuk soya tersebut. Kebanyakan pengeluar dan pengusaha soya protein tidak menambahkan unsur kalsium tersebut.

Dah tahu panduan pemilihan soya yang tepat?

Okey, sangat rugi peminat tegar soya macam hanum ni tak bertukar pada ESP shaklee :)


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Monday, November 3, 2014

9 Tips Elakkan Bayi Jaundice @ Demam Kuning

Salam Pembaca ♥


Penyakit Jaundice ataupun dikenali sebagai demam kuning adalah perkara biasa yang berlaku pada kalangan bayi masa sekarang. Menurut Dr. Azwan lebih 60% kelahiran bayi menghidap penyakit demam kuning iaitu persamaan 6 orang bayi yang lahir demam kuning daripada 10 kelahiran. Kebiasaannya bayi akan menjadi kuning pada hari ke-3 kelahiran dan akan beransur-ansur hilang selepas beberapa hari.

Apa itu Jaundice( Demam kuning)?

Jaundice terjadi apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan dalam badan.Sel darah merah yang terurai akan menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bayi yang baru lahir mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang angkut oksigen dan kadangkala ginjal mereka masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan.

Jaundice adalah tidak bahaya jika dicegah dari awal. Antara amalan yang dikongsikan dibawah mungkin dapat membantu ibu-ibu mengandung mencegah jaundice seawal bayi dalam kandungan.

Amalan-amalan ibu hamil untuk mengelak bayi terkena demam kuning :

1. Sangatlah digalakkan memakan kurma seawal kehamilan dan sepanjang kehamilan.


2.Amalkan meminum jus pegaga.



3. Elakkan meminum kopi dan teh secara berlebihan.



4.Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.



5. Amalkan minum susu kambing segar. Seelok-eloknya diamalkan ketika trimester kedua kerana susu kambing dikatakan "panas". Walaupun begitu, ia bergantung pada penerimaan tubuh si ibu.



6. Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan daripada kerap mengamalkan makanan yang sudah diproses dan junk food.
7. Dua bulan sebelum kelahiran amalkan pengambilan supplement vitamin B. Jika vitamin B anda lengkap dengan asid folic,disarankan amal diawal kehamilan.



8. Banyakkan bacaan Al-Quran bagi kaum islam dan banyakkan berdoa.



9. Bersikap positif dan hindari stress keterlaluan.



Sedikit perkongsian untuk diamalkan oleh ibu mengandung. Walaupun tiada kajian saintifik samaada ia benar ataupun tidak, tetapi ianya boleh diambil langkah pencegahan untuk mengelakkan demam kuning seawal bayi dalam kandungan.

Semoga artikel ini bermanfaat :)



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Saturday, November 1, 2014

TIps Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Salam Pembaca♥

Rutin bila sudah berumahtangga, soalan WAJIB yang ditanya adalah soal anak. Lebih kerap lagi ditanya bila usia perkahwinan kita sudah mencecah setahun.



Untuk kaum lelaki, harus ingat masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada si isteri malahan masalah daripada kaum lelaki harus diambil cakna.Kira-kira 30 peratus faktor masalah kesuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus lagi perpunca dari lelaki. Sebanyak 10 peratus berpunca daripada kedua-duanya sekali, manakala 25 peratus disebabkan punca tidak dikenali dan 5 peratus daripada faktor lain.

Pakar perunding urologi pusat perubatan tropicana Dr. Muhilan Parameswaran berkata, faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki dibahagikan kepada 3 punca ialah hormon, alat sulit dan sperma.

Antara screen shot yang diambil daripada page Dr. Hamid Arshat mengenai cara meningkatkan kesuburan lelaki ialah melalui faktor pemakanan

 
Di sini kita tekankan kepentingan Vitamin E dalam kesuburan lelaki. Kenapa Dr. Hamid sendiri mengalakkan pengambilan vitamin E dalam pemakanan harian?

Vitamin E memainkan peranan dalam fungsi seksual dan kesuburan seorang lelaki, BENARKAH?

Kajian ini dibuat oleh Mohammad K Moslemi dari Highly Specialized Jihad Daneshgahi Infertility Centre, Qom Branch (ACECR), Qom, Iran dan Samaneh Tayanbakhsh dari Department of Urology, School of Medicine, Qom University of Medical Science, Qom, Iran. Kajian ini bertajuk "Selenium-vitamin E supplementation in infertile men : Effect in semen parameters and pregnancy rate" telah diterbitkan pada tahun 2011.

Kajian yang melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplemet Vitamin E (400IU) dan Selenium (200 mcg)

Hasil daripada kajian ialah :
  • Kadar oksidasi (radikal bebas dalam badan) memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelai kerana ia merosakkan DNA sperma
  • Kekurangan selenium dan Vitamin E memberi kesan kepada fungsi kelakian.
Untuk mendapatkan sumber vitamin E yang lengkap dengan selenium, bolehlah mencuba Vitamin E shaklee terutamanya yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat


Vitamin E shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta.gama,delta). Ianya adalah vitamin E lengkap dipasaran!.

Untuk si isteri pula GLA adalah cadangan yang terbaik untuk masalah kesuburan dan menolong membaiki hormon wanita dalam membantu cepat hamil.






Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE









Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki/MA/Article#sthash.TMeLZinK.dpuf
Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki/MA/Article#sthash.TMeLZinK.dpuf

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...