Kotoran Pada Mata Bayi, Bahayakah?
Sakit mata adalah ganguan yang sering dikeluhkan terjadi pada bayi. Biasanya ganguan ini menyebabkan mata bayi menjadi kotoran (tahi mata) dan berair. Kotoran @ tahi mata bermaksud keadaan mata yang mengeluarkan kotoran dalam jumlah yang lebih banyak dari biasa. Keadaan biasanya muncul kerana beberapa sebab.
Infeksi ketika proses bersalain dan jiga terjadi penyumbatan pada saluran air mata pada mata bayi adalah salah satu sebab. Penyumbatan ini salah satu punca aliran air mata ke rongga hidung yang tersumbat sehingga air mata bayi keluar terus menerus dan menyebabkan terjadi infeksi.
Jika kotoran di mata bayi bayi adalah sedikit, ianya adalah normal. Namun jika ianya menyebabkan mata melekat ianya harus diambil langkah berjumpa dengan doctor. Untuk keadaan normal, bolehlah gunakan tips di bawah.
Tips Semasa Membersihkan Kotoran Pada Mata Bayi
1. Lap kotoran dengan mengunakan putih kapas. Seelok-eloknya basahkan dengan air hangat dan lakukan setiap waktu pagi.
2. Lakukan urutan di sekitar daerah mata si kecil supaya air matanya menjadi lancar sehingga kotoran di sekitar matanya pun berkurang.
3. Usap perlahan lahan untuk menghilangkan kotoran. Lakukan dalam satu arah , dari arah tengah ke luar
4. Setelah 3 bulan, kebiasaan keadaan akan hilang. Namun ada keadaan yang rare ianya berlanjutan sehingga usia 6 bulan
5. Berwaspadalah jika ragu-ragu dengan keadaan mata atau kotoran mata kelihatan pelik @ keadaan mata berwarna merah-kemerahan segeralah berjumpa doktor bimbang jangkitan kuman.
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
No comments:
Post a Comment