Sebenarnya info ini diambil di portal alam hamil, teruja pulak nak share dekat blog sekadar info untuk yang dah kahwin. Tak salah bukan? At least kita tahu kebaikan yang kita dapat.
Antara kebaikan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah
1. Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan stress secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hububgan seks dan penurunan tekanan darah.
2. Seks meninggikan immuniti badan.
Aktiviti seksual yang bagus bermaknda anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
3. Seks membakar lemak
Seks selama 30 minit membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, PAkar seksologist dari US
4. Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya
5. Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan "self-esteem". Kajian yang diterbitkan dalam Archives of seksual Behavior menunjukkan, seks yang membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri
6. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan horman oxytocin yang dipanggil "love" hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
7. Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simptioms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
8. Seks mengurangkan risiko kanser prostat.
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20 an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
9. Seks menguatkan otot pelvis.
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
10. Seks membuatkan anda tidur lebih lena.
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.
Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
No comments:
Post a Comment