Sunday, November 9, 2014

10 Makanan Yang Perlu Di Elak Ketika Mengandung

Salam Pembaca

Penjagaan pemakanan sewaktu hamil harus diambil berat, terutamanya di awal kehamilan untuk mengelakkan keguguran ataupun nutrisi yang tidak cukup. Untuk yang baru bergelar "mommy to be", info-info di bawah mungkin akan membantu dalam membuat pemillihan pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan.

1) Produk tenusu yang tidak dipasteur


   Produk tenusu seperti keju dan susu segar yang tidak dipasteurkan boleh membiakkan bakteria Listeria. Bakteria ini dapat menjangkiti janin melalui uri dan boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, semak label produk tenusu yang anda ambil dan pastikan dilabel dengan "TELAH DIPASTEUR"

2) Daging mentah atau separuh masak

Daging mentah atau separuh masak menganduungi bakteria toksoplasma dan bakteria berbahaya seperti salmonella dan E.coli. Jika makan di luar, pastikan daging betul-betul masak dan panas untuk mengelakkan keracunan.

3) Sushi



Makanan laut yang tidak di masak sempurna mengandungi bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan keracunan dan merencatkan perkembangan janin.

4) Ikan yang mengandungi kadar merkuri tinggi

Ikan yang mengandungi merkuri jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kerosakan saraf dan merencatkan pembentukan otak bayi.
  • Kandungan merkuri sederhana (boleh diambil kurang daripada 6 kali dalam tempoh sebulan) : ikan kod, ikan halibut, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang, ikan trout
  • Kandungan merkuri tinggi (hanya boleh diambil kurang 3 kali) : Ikan kerapu, ikan makarel, tuna kuning, sea bass dan blue fish.
5) Daging yang diproses (deli meats)

Daging proses seperti ham, ayam turki, bologna, hotdog atau salami boleh membiakkan bakteria listeria.

6) Kekacang
 Seboleh-bolehnya elakkan makan kekacang jika diri, suami atau anak-anak yang lain mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema. Hal ini penting untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mendapat alahan kekacang yang teruk. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti sederhana.

7) Sayuran dan buah-buahan yang tidak dibasuh

Pastikan sayur yang hendak dimakan dibasuh dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis.

8) Minuman berkafein



Kafein adalah selamat diambil dalam jumlah yang sederhana ketika hamil. Hadkan pengambilan kafein dalam 200mg sehari (12oz cawan kopi). Harus ingat kafein juga terdapat dalam minuman bergas, coklat dan teh. Kafein boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan, meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung.

9) Minuman beralkohol

Pengambilan alkohol boleh menyebabkan keabnormalan pada janin dan masalah emosi.

10) Hati dan produk hati

Elakkan kerana mungkin mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang sangat tinggi dan ini tidak baik untuk perkembangan bayi.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ini SET KEHAMILAN SHAKLEE yang menjadi pilihan. Untuk yang masih mencari pemakanan tambahan yang diproses semulajdi dan selamat boleh terus hubungi saya untuk dapatkan set kehamilan shaklee

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...