Thursday, June 5, 2014

Baby First Word! Bagaimana Menggalakkan Komunikasi Anak-anak??

Waktu yang ditunggu-tunggu dari si baby kita ialah perkataan pertama yang baby kita sebut.

Cuba teka??
Adakah perkataan "mama"?

Excited!!

Well, kita semua sebagai parents mesti tak dapat nak teka ( even kebanyakkannya mesti teka adalah jawapannya YA! ) tetapi kebiasaannya baby akan start dan belajar untuk bercakap perkataan pertama seusia 11-14 bulan, apabila lidah dan bibir mula semakin boleh bercakap dan otak semakin start match objek dengan nama.

Sudah tentu setiap anak ini istimewa, semuanya akan mencapai  setiap perubahan dengan keupayaan sendiri.Sebagai ibu, usah risau. Perkara yang harus diambil kita, start daripada awal kelahiran bayi kita ---->mulakan dengan bercakap dengan bayi kita dan latih bayi kita bercakap.

Bagaimana Kita Mengetahui Bayi Kita Sedang Komunikasi?

Seawal kelahiran

Daripada awal, bayi memang sedang belajar kuasa komunikasi ini. Cuba kita lihat dari awal kelahiran, apabila bayi menangis kita akan cuba memenangkan. Itu tanda kita sedang bertindak balas daripada bunyi bising dan itulah asas bahasa yang  kita faham. Betul tak?

Umur 2 bulan

Bayi akan mula respond setiap sign yang kita buat. So, apabila kita bercakap dengan bayi kita sambil memandang ke dalam mata bayi, bayi akan memandang balik ke arah kita seakan-akan memahami perbualan kita. Bayi akan membuat conection dari apa yang didengar dan apa yang dilihat.

Umur 6 sehingga 8 bulan

Bersedialah mendengar bunyi-bunyi comel dari bayi kita! Bayi akan mula membuat bunyi-bunyi yang seperti 'aaaaa' dan dalam masa sebulan bayi mula akan meniru bunyi perkataan yang biasa dia dengar daripada kita.

Bagaimana melatih bayi bercakap?

Semua mak-mak pasti bimbang anak lambat bercakap. Kan? Bagi saya lambat atau cepat proses komunikasi anak bergantung pada persekitaran kita. Mesti ada yang pernah dengar mitos/ orang tua cakap kenapa anak lambat cakap. Antaranya ialah bayi yang "boleh kaki" @ cepat berjalan lebih lambat bercakap dan bayi yang lebih dari 1 loghat/bahasa lambat bercakap kerana kecelaruan komunikasi.

Bagaimana nak melatih si anak ini?

Bagi semua benda sekeliling kita ini nama . Maksudnya, ketika mandi kenalkan apa yang kita sedang lakukan seperti " Baby sedang syampu". Ataupun kita makan, kenalkan dengan apa yang kita sediakan " ini lobak". Secara tidak langsung kita sedang bercakap dengan bayi dan membina vocabulary anak kita.

Selalulah membaca bersama-sama. Tentulah bayi kita tak memahami apa yang kita cakap, tetapi kita boleh membina deria bayi kita dan sekaligus anak akan lebih sukakan buku 

Bermain permainan. Bermainlah dengan bayi kita even kita nampak seperti kanak-kanak riang. Permainan seperti peekaboo or pororo game melatih bayi kita mendengar dan meniru balik perbuatan kita sebagai salah satu tindak balas yang bayi kita memahami.

Menyanyi. Bayi secara semualajadi sukakan musik dan menyanyi adalah salah satu cara yang bagus memperkenalkan bunyi dalam range yang berbeza. Untuk yang islam, perkenalkan nasyid-nasyid islamik, huruf alif ba ta dan sebagainya.

Bilakah Waktu Langkah Berjaga-jaga Jika Si Anak Lambat Bercakap?

Haa, yang ini harus di ambil kira jika si anak lambat bercakap.

Dalam nisbah 4:1  kanak-kanak adalah lambat bercakap. dan hanya sesetengah daripada separuh kanak-kanak yang hanya memerlukan terapi. Masa yang terbaik untuk mendapat terapi ialah ketika anak berumur dalam 2 1/2 tahun, umur yang paling ideal untuk mengenalpasti masalah dalam komunikasi ( kajian dari Leslie Rescorla, Ph D, Pengarah Kajian Kanak-kanak di Institusi Kolej Bryn Mawr)

Tanda yang menunjukkan si anak mengalami masalah lambat pertuturan ialah

  • Masih bercakap dalam suku kata tunggal dan hanya menyebut konsonan terakhir sahaja
  • Tidak pandai mengunakan dua ayat untuk membuat perkataan dan pertanyaan
  • Tingkah laku yang kerap memandang ke bawah kerana anda tidak memahami pertuturan si anak.
Walaubagaimana naluri seorang ibu selalunya benar. Bagi peluang naluri kita mengenalpasti cara pertuturan anak-anak kita dan berbincanglah dengan doktor jika perlu.

Harus ingat!

Setiap anak-anak akan berkembang mengikut kemampuan diri sendiri samaada anak-anak bercakap awal atau lambat selalunya jarang memberi implikasi kepada cara komunikasi. Berusaha untuk bercakap, bermain, membaca dan membuat aktiviti bersama bayi kita

Semakin banyak kita berkomunikasi, sejak dari awal kelahiran ataupun ketika mengandung, semakin banyak bayi kita belajar.

Have fun!



Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  



Wednesday, June 4, 2014

Tips Membersihkan Kotoran Tahi Mata Pada Bayi

Kotoran Pada Mata Bayi, Bahayakah?


Sakit mata adalah ganguan yang sering dikeluhkan terjadi pada bayi. Biasanya ganguan ini menyebabkan mata bayi menjadi kotoran (tahi mata) dan berair. Kotoran @ tahi mata bermaksud keadaan mata yang mengeluarkan kotoran dalam jumlah yang lebih banyak dari biasa. Keadaan biasanya muncul kerana beberapa sebab.

Infeksi ketika proses bersalain dan jiga terjadi penyumbatan pada saluran air mata pada mata bayi adalah salah satu sebab. Penyumbatan ini salah satu punca aliran air mata ke rongga hidung yang tersumbat sehingga air mata bayi  keluar terus menerus dan menyebabkan terjadi infeksi.

Jika kotoran di mata bayi bayi adalah sedikit, ianya adalah normal. Namun jika ianya menyebabkan mata melekat ianya harus diambil langkah berjumpa dengan doctor. Untuk keadaan normal, bolehlah gunakan tips di bawah.



Tips Semasa Membersihkan Kotoran Pada Mata Bayi

1. Lap kotoran dengan mengunakan putih kapas. Seelok-eloknya basahkan dengan air hangat dan lakukan setiap waktu pagi.

2. Lakukan urutan di sekitar daerah mata si kecil supaya air matanya menjadi lancar sehingga kotoran di sekitar matanya pun berkurang.

3. Usap perlahan lahan untuk menghilangkan kotoran. Lakukan dalam satu arah , dari arah tengah ke luar

4. Setelah 3 bulan, kebiasaan keadaan akan hilang. Namun ada keadaan yang rare ianya berlanjutan sehingga usia 6 bulan

5. Berwaspadalah jika ragu-ragu dengan keadaan mata atau kotoran mata kelihatan pelik @ keadaan mata berwarna merah-kemerahan segeralah berjumpa doktor bimbang jangkitan kuman.






Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Tuesday, June 3, 2014

Kelebihan Syampoo Shaklee Prosante Untuk Rambut Lebih Sihat

Salam Pembaca semua :)

Hari ini nak berkongsi kelebihan syampu shaklee  ni.. Khas untuk penjagaan rambut. Siapa yang feeling nak rambut cantik dan senang nak urus boleh la mencuba. Tak rugi okey


Perempuan even bertudung pun pasti nak rambut bersih. Lebih-lebih  nak pastikan bebas dari kelemumur dan rambut berminyak. Bukan apa, pakai tudung tapi rambut gatal-gatal terus rasa hilang keyakinan diri. So better kita sebagai perempuan jaga mahkota diri kita ini dengan produk yang terbaik 

Jom kita baca fakta yang best tentang Pro Sante  Shaklee ni.

1. Revitalizing Syampoo
  • Humektan yang bertindak melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lebut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tidak terlalu lembap kering. Salah satu punca kelemumur juga adalah keadaan kulit kepala
2.Lightweight Conditioner
  • Melincinkan dan melembapkan rambut. Rambut tidak menjadi terlalu melekit.
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat,
  • Menghilangkan kesan statik pada rambut. So rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan. Tak ada lagi rambut kusut masai
3. Nourishing Scalp Treatment

Siapa yang ada masalah kelemumur yang teruk?? REALLY SYORKAN YANG INI :)

Produk yang paling penting untuk penjagaan  rambut Pro sante ialah Nourishing Scalp Ttreatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex ekslusif yang paling tinggi. Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan saemua masalah rambut dengan serum yang mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peradaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala

  • Vitamin antioksida iaitu A, E dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut kita.
  • Formula yang tanda bilas memudahkan penggunaannya dan menggayakannya.
  • Tidak menjadikan rambut melekit ataupun berminyak

Apa yang menjadikan SHAKLEE BERBEZA


"ProSante Nourishing Scalp Treatment adalah formula ekslusif, yang mana ia terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSante"




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...