Thursday, November 27, 2014

DIARI KEHAMILAN : Cara Untuk Mengelakkan StrechMarks Ketika Hamil

Salam Pembaca ♥

Macamana mommy to be prevent strech mark ketika hamil ni?

Untuk yang mommy to be macam hanum ni, hanum dah start pakai awal-awal tahu hamil Palmers Cocoa Butter Strech Mark. Al kisahnya, tahu je mengandung kakak ipar start mesej bagitahu kena makan apa, ambik supplement apa dan termasuklah suggest pakai lotion ni.

Berkesan ke tak? Kena tunggu hanum lahir baby ni dulu lah..haha..So far kakak ipar cakap masa lahir anak sulung, strech mark langsung tak ada lepas bersalin. Review daripada mommy dari blog yang lain pun berkesan guna palmers cocoa butter ni. Tu yang buat teruja nak guna lotion palmers cocoa butter ni.

Ngeri tengok badan ada tanda-tanda strech mark ni. Daripada badan tak ada lagi kesan strech mark, baik kita cegah awal-awal. Semangat pergi cari lotion ini alamanda. Senang ada watson dengan guardian sekaligus. Plus2 boleh pergi jejalan sekali. hehe

Ni yang hanum beli. Ada double pack, satu untuk massage lotion dan satu lagi massage cream. Price dalam Rm47++. Bau lotion ni sedap giler! Bau ala-ala almond gitu. Awal-awal pakai lotion ni, asben siap tanya buang tabiat ke pakai wangi-wangi ni tiap-tiap hari. Haha. Padahal dia tak tahu tu bau lotion. Wangi..wangi..wangi..




Selain sapu lotion ni jugak, hanum amalkan ambil ESP shaklee. Dah masuk 6 bulan kulit tak timbul lagi strech mark dan tak ada rasa gatal-gatal kat perut. Ikut petua orang tua, nak perut tak ada tanda, jangan garu kalau gatal. Kalau tak strechmark makin ketara. Yang tu hanum tak tahulah,sebab tak pernah lagi gatal. hihi

Macamana ESP Soy Protein ini boleh kurangkan strechmarks?

 ESP ini adalah supplement nutrien yang berasaskan protein tumbuhan soya yang mana rendah lemak dan tiada kolestrol. So,ianya berperanan membaiki struktur kulit kita kerana ianya merupakan sumber protein yang terbaik.

Apa yang penting protein ni? ----> Protein penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk "elastic fiber" untuk penegangan sel kulit !!. Sel-sel lama dan rosak akan digantikan dengan sel-sel baru yang sihat.

Perasan tak parut lama kita susah nak hilang jika kita kurang pengambilan protein dalam diet seharian. Ini kerana, protein dalam diet harian tidak mencukupi dan sel-sel lama tidak dapat diganti dengan sel baru. ESP juga membantu membantu penyerapan vitamin lain dalam keadaan optimum. So beruntunglah sebab of coz ibu pregnant kan ambil supplement sepanjang pregnant.


Nak dapatkan ESP shaklee?


Cepat2 order dari hanum ya! InsyaALLAH fully consult ;)


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Sunday, November 23, 2014

Resepi Goreng Pisang Crunchy.. Krap Krup Krap Krup..Cicah Sambal Kicap

Salam Pembaca ♥

Hari ini betul-betul craving nak makan goreng pisang ala-ala kedai. Biasa kalau kedai, tepung salut pisang tu macam crunchy sikit. Tengok atas kedai jugaklah. Selalu yang hanum rasa best goreng pisang dekat taman greenwood. Kedai tu siap kena ambik angka giliran lagi. Mantap!.

Makan pisang cicah sambal kicap pedas. Terliur je tekak ni. hihi. Dulu tak berapa suka cicah sambal kicap. Sejak pregnant ni tekak pelik je. Layan je la. Mujurnya tak craving benda yang pelik-pelik, jenuh nak cari kan.

Untuk resepi ni hanum ambil dari blog k.azlita masam manis. Rugi tak ikut resipi ni tau. InsyaALLAH sesuai dengan nama dia, Pisang Goreng Crunchy. Even dah sejuk pun, pisang still crunchy lagi. Tu yang best. Hanum suka goreng pakai pisang nangka. Feveret all the time pisang nangka buat goreng ni.

Kat sini hanum sertakan sekali resepi yang hanum copy dari blog k.ita. Mintak halal ya k.ita. Senang nak jadi rujukan setiap kali nak buat balik.



Okey,dah boleh bukak gerai goreng pisang!..haha

Pisang Goreng Crunchy

Pisang yang sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


SAMBAL KICAP


8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
Kicap manis secukupnya

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy


Sekian, dari dapur mommies journey ♥♥♥


Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  


Thursday, November 13, 2014

Saya Jual OPK (Test Ovulation Test) dan UPT (Test Pregnancy Test) Murah

Salam Pembaca ♥

Alkisahnya bermula hanum start beropk ini bila try to conceive anak pertama. Masa ni tak tahu apa apa pun pasal OPK ni. Dulu pun start beli OPK dekat watson. Oh mak kau, mahal giler! dapat 3 pieces RM49.90 yang jenis mainstream. Pastu cari dekat farmasi jumpalah harga dalam Rm5.00 ke Rm10.00. Tu pun fikir tak berbaloi lagi sebab pakai buang..hahaha

Sekarang tak perlu risau. Nak test hari-hari pun rasa berbaloi. Saya dah jual ovulation test dan pregnancy test.

Hanum jual jenis yang strips je sekarang. InsyaAllah lepas ni perluaskan lagi dengan jualan midstream dan cassette.

Untuk Harga OPK dan UPT ni hanum jual rate yang sama. Senang customer nak campur2 atau beli opk buat stok banyak2.

 

Bagi memudahkan yang nak buat pembelian test ovulation strip dan pregnancy strip,boleh refer gambar di bawah ye :)

1. Ovulation Test Strip

Harga : Rm 0.90 per pcs

2. Ovulation Test Midstream

 Harga : Rm 5.00 per pcs

3. Pregnancy Test Strip

 Harga : Rm 0.90 per pcs

*Postage : Rm7 ke semenanjung, Rm10 ke sabah sarawak

Kenapa untung beli ovulation strip murah? Yang murah tak semestinya tak berkualiti. Yang hanum jual ini boleh kesan sensitivity 25 mil utk OPK dan UPT 10mil. Setanding yang mahal. OPK ni kita test hari-hari sehingga kita dapat waktu subur, so tak perlu la yang mahal-mahal kot bagi hanum.

Cara-cara penggunaan opk ni hanum ada kongsi dalam entry di sini [KLIK SINI]

Untuk lihat testimoni yang dah berjaya pregnant dengan buat pembelian opk/upt murah ni di sini [KLIK SINI]

Boleh jugak refer testimoni kat dalam bulatan merah tu. Okey!Harap memudahkan customer nak tengok testimoni. ~akan update dari semasa ke semasa~

Jemput juga like page mommies journey. InsyaALLAH akan update more pasal kesuburan,pasal penggunaan opk dan stok upt/opk :)
  Khas untuk customer hanum, untuk yang 1st time guna opk dan upt tak tahu nak baca result macamana boleh direct whatsapp hanum. Bukan tak boleh tanya kalau bukan customer hanum, tapi lately ni hanum selalu dapat whatsapp tanya opk positif ke tak pukul 1 PAGI.. Adoii..haha..tapi hanum jawab je kalau belum tidur lagi. Tapi keutamaan tetap diberi kepada customer dahulu.



Stok OPK panas-panas! haha

Untuk berminat nak order
Terus whatsapp 016-278 6834

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

 

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...