Tuesday, October 28, 2014

Kenali 5 Hormon dan 3 Fasa Wanita : Meningkatkan Peluang Untuk Hamil 100%

Salam pembaca.

Moga sentiasa ceria, bahagia dan kaya!!
Jom kita senyum lebar-lebar dulu. Senyum memudahkan rezeki kita masuk :)

Ramai yang mesej saya untuk terangkan kegunaan OPK ataupun tanya saya tentang perjalanan saya sepanjang TTC. Apa yang saya tekankan kat sini kena banyak MEMBACA. Jangan suka-suka terima bulat-bulat apa yang orang kata. Example, apa kata tukang urut. Tak salah sebenarnya mengurut ni, saya pun mengurut jugak.

Situasi : Tukang urut cakap saya susah nak dapat anak, rahim saya kecik.

Persoalannya : Adakah mata tukang urut itu boleh lihat sampai ke rahim kita

Solution : Perjumpalah dengan doctor sakit puan. Jangan menidakkan kita memerlukan doktor.

Walaubagaimanapun, MEMBACALAH even kita bukan budak biologi tapi sekurang-kurangnya kita memahami proses ciptaan ALLAH dengan lebih dekat. Hari ini kita berkenalan dengan hormon wanita. Jom enjoy dengan hormon kita ni..hihi

Fasa 1 : Fasa Folikular

Fasa ini bermula dari hari 1 hingga hari ovulasi (hari telur dikeluarkan dari ovari). Matlamat fasa ini adalah untuk menghasilkan telur yang subur untuk disenyawakan. Fasa ini bermula dengan pengeluaran FSH (folicular stimulating hormone), yang akan merangsang 15-20 telur dalam ovari untuk matang. Dalam 15-20 telur ini, selalunya hanya satu akan lebih sensitif terhadap FSH, makayang satu inilah yang akan matang dan akan dilepaskan (menetas). Telur-telur lain akan mati dengan sendirinya. Telur dalam proses pematangan ini akan menghasilkan banyak estrogen. Apabila telur ini semakin matang da semakin membesar, ia akan menghantar signal untuk LH dirembeskan dari pituari, yang akan membantu proses ovulasi

Fasa 2 : Ovulasi

Ovulasi bermula apabila estrogen sudah ckukup tinggi untuk memujuk LH untuk meningkat. Apabila LH meningkat, dalam masa 36 jam ovulasi akan berlaku, di mana telur yang sudah matang akan menetas. Selalunya ia akan berlaku pada hari ke 14 ( bagi yang mempunyai cycle 28 hari period)

Fasa 3 : Fasa Luteal

Fasa ini bermula selepas ovulasi berlaku (hari ke 14) hingga hari period cycle akan datang bermula hari ke 28. Apabila telur menetas dari ovari pada hari ke 14, ia akan meninggalkan sarung luarnya yang akan berubah menjadi corpus luteum, yang bertanggungjawab menghasilkan progestron. Progestero ini penting untuk menebalkan dinding rahim, in case ada persenyawaan akan berlaku untuk membolehkan embrio menempel pada dinding rahim. Corpus luteum ini hanya mempunyai jangka hayat 14 hari,  jadi jika tiada persenyawaan berlaku dalam masa 24 jamseteleah telur menetas, telur itu akan mati dan corpus luteum akan mati menyebabkan turunnya hormon estrogen dan progesteron dan haid akan berlaku pada 14 hari kemudian



Lepas kita kenal dengan fasa semasa kita period, kita kena tahu apa kaitan hormon dengan kesuburan kita.

KItaran haid wanita dikawal oleh 5 hormon iaitu
  • Ganodotropin-releasing hormone (GnRH) ataupun dikenali Luteinizing-hormone-relasinh hormone (LHRH)
  • Luteinizing hormone (LH)
  • Follicle-stimulating hormone (FSH)
  • Progesterone hormone
  • Estrogen hormone 
Rujuk gambar di atas, hormon GNRH di kawal di otak, hormon LH dan FSH kedua-duanya di pituari dan hormon estrogen & progesterone di ovari. Secara umumnya, GnRH akan memberi signal pada pituitri untuk mengeluarkan hormon LH & FSH dan seterusnya LH & FSH pula akan bertindak pada ovari untuk mengeluarkan hormon estrogen dan 
progesteron. 

Hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG)

Berbalik pada fasa luteal di atas, jika persenyawaan berlaku dan ada embrio yang menempel pada dinding rahim, embrio akan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin(HCG). Ia akan menghantar signal kepada corpus luteum untuk terus hidup dan hasilan progesteron.

Hormon Progesterone 

Jika persenyawaan berlaku, tetapi HCG yang dihasilkan tidak mencukupi, corpus luteum akan mati dan prgesteron menurun. Ini menyebabkan dinding rahim tidak menebal secukupnya seterusnya menyebabakn KEGUGURAN. Ada yang sesetengah wanita mengalami corpus luteum senang mati, maka dalam hal ini wanita tak ada masalah untuk hamil tetapu menghadapi masalah keguguran yang beulangkali. Ini menerangkan masalah kesuburan wanita yang mengalami masalah HORMON PROGESTERONE RENDAH

Hormon Prolaktin

Bagi yang mengalami masalah hormon PROLAKTIN TINGGI, hormon ini akan menyekat hormon gonadotropin di otak yang mana ia menghalang ovulasi daripada berlaku. Inilah menyebab ketidaksuburan bagi wanita yang mengalami hyperprolactinaemia.

Hormon Androgen


Hormon androgen yamg tingi dalam badan boleh disebabkan oleh PCOS. Dalam keadaaan PCOS ini, terdapat banyak cyst di sekitar ovari dan wanita yang mengalmi PCOS ini akan menghasilkan insulin dalam kadar yang tinggi. Ovari bertindak balas dengan kadar insulin yang tinggi ini dengan menghasilan hormon androgen melebihi kadar normal menyebabka wanita dengan PCOS mengalami masalah banyak bulu roma di wajah, male pattern baldness dan sebagainya. Masalah kesuburan golongan ini lebih disebabkan oleh telur yang tidak menetas kerana terperangkap dalam cyst berbanding masalah hormon lelaki yang berlebihan.

Masalah Telur Tidak Menetas

Antara menyebab masalah telur tidak menetas adalah dalam keadaan PCOS di mana terdapat banyak karung-karung air kecil di sekitar ovari. Jadi bila ovulasi berlaku, telur tidak dapat dilepaskan ke dalam salur fallopio tetapi terperangkap dalam karung-karung air(cyst).

Ia juga boleh berlaku bagi wanita yang mengalami endometriosis pada ovari dia mana wanita ia mempunyai karung berisi darah (chocolate cyst) pada ovari menyebakan telur yang menetas terperangkap dalam karung ini. Antara menyebab lain yang tidak ada telur menetas dalam satu-satu cycle adalah stres, anxiety dan masalah ketidak seimbangan mana-mana hormon, dari GnRH hinggalah ke estrogen.

Untuk tingkatkan peluang untuk hamil boleh rujuk DI SINI.

Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...