salam pembaca..
Hari ini mama buyung nak sharing petua dan tips yang berguna. Nampak macam remahkan? Tapi petua orang tua ni ada yang betulnya dan jimatkan kos tau. Kalau tak percaya, cubalah! Macamana nak tahu berkesan ataupun tak kalau tak mencuba. Petua zaman dulu-dulu ini lebih pada pengalaman diorang. So moga bermanfaat.
Petua-petua untuk diamalkan
✓ Semut bencikan timun. Letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau dimana terdapat banyak semut
✓ Untuk mengilatkan cermin, cuci dengan minuman sprite. *saya guna basic H je, sebab air bergas ni jarang beli..hihi
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, letakkan 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendam lemon di dalam air panas selama 1 jam
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakkan sekeping roti ketika kita memasak
✓ Untuk baju yang terkena dakwat, cara menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dakwat itu dan biarkan ubat gigi tersebut sehingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan main jauh-jauh dari situ
✓ Cara untuk menghalang kutu beras, letakkan beberapa biji cili kering dalam beras.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% daripada serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak mengambil tahu kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air suam pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik.
- Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman
- Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
- Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
- Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
No comments:
Post a Comment