Wednesday, January 7, 2015

8 Tips Mendidik Anak Menjadi Bijak Dari Dalam Kandungan

Salam Pembaca

Pembentukan anak yang genuis dan soleh bermula ketika bayi berada dalam alam rahim. Jadi sepanjang tempoh kehamilan adalah penting untuk membolehkan si cilik meniti  perkembangan positif.



"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak" ~ kaunselor Dato Fadzilah Kamsah.

So, sebagai ibu bapa jadikan dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baru.

Di bawah kita kongsikan 8 tips mendidik anak menjadi bijak dari dalam kandungan.

1. Pemakanan Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi mom-to-be pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.

Sama hal dengan pengambilan minyak ikan OMEGA. Ianya adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi.Malah kandungan EPA dan DHA yang ada dalam minyak ikan amat perlu untuk perkembangan bayi yang sihat.



2. Banyakkan Ibadah.

Islam mengalakkan ibu hamil mengamalkan berat beberapa aspek penting supaya anak dilahirkan berakhlak mulia.
  • Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat, melakukan kebajikan dan meninggalkan segala laranganNYA
  • Suami isteri dituntut memperbanyakkn solat sunat dan puasa sunit hari Isnin dan Khamis.
  • Banyakkan membaca Al-Quran . Antara yang elok dihamilkan ialah surah al-Fatihah, Yasin,at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa'raf (ayat 189) dan banyak lagi.
3. Amalan Bacaan Al-Quran

Doa adalah senjata umat islam. Ibu hamil digalakkan kerap membaca al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat kursi. Suami digalakkan membaca surah berkenaan dan menghembus ke perut isteri.

Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran : untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat kursi bertujuan halau gangguan syaitan.

Apabila hati ibu hamil terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, ibu bapa boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya.




4. Sentuhan Kasih

Selalulah bercakap dengan bati sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran dengan ikhlas. Rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan usia 6 bulan ke atas, Kerana usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding sebaliknya.



5. Emosi Terkawal.

Pastikan emosi semasa kehamilan sentiasa tenang supaya anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Emosi yang tenang dapat membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang

6. Muzik klasik

Perdengarkan muzik yang harmoni dan nada yang lembut kerana ia mampu memberikan rangsanyan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga si anak dapat memberikan tumpuan yang lebih dalam sesuatu perkara.



7. Perkara Asas

Perdengarkan beberapa jenis bahasa dan pelbagaikan pengetahuan asas yang mudah. Mula mengajar A-B-C, kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu, ini ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, mengosok persekitan perut, mengoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagu menenangkannya

Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu pucit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5 -10 minit setiap kali melakukanya

8. Latihan matematik

Orang Yahudi terkenal dengan barisan intelektual. Ada yang percaya ia berpunca daripada amalan wanita hamil yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Jadikan amalan ini dalam merangsang perkembangan otak si anak. Selain daripada latihan matematik, boleh juga mengasah minda dengan sodoku.



Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...