Wednesday, January 14, 2015

DIARI KEHAMILAN : Petua Semasa Proses Kelahiran Bayi

Salam Pembaca

Alhamdulillah, sekarang dah masuk 32 minggu ! Rasa baru semalam dapat UPT positive.hihi. Cepat je masa berlalu.

Satu perkara yang hanum belajar dalam apapun perubahan dalam hidup contohnya dari bujang dah jadi bini orang, dari bini orang bakal jadi mak orang KENA banyak membaca. Sekarang gigih topup ilmu pasal cara-cara bersalin.Nevesss la jugak. Hihi.

Ilmu nak share dekat blog hari ini pasal petua meneran semasa nak lahirkan baby. Ilmu ni saya baca dalam group mak-mak. Mintak halal untuk kongsi dengan mommy to be yang lain :). Selalu je baca pengalaman mommy yang cakap bila dah sakit nak bersalin, segala ilmu yang baca dah hilang tah ke mana..hihi..Tapi sekurang-kurangnya kita ada ilmu untuk kita praktis di labour room nanti.




PETUA PROSES MENERAN BAYI KETIKA KELAHIRAN

1. Jangan fokus pada sakit nak bersalin.

Kena set mind kita tengah berusaha untuk lahirkan seorang khalifah Allah ke dunia

2. Jangan teran cepat sangat.

Biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya, Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran. 

Salah satu sebab kenapa tak boleh meneran awal-awal ialah untuk elak si ibu letih dan tiada tenaga apabila bukaan dah capai 10 cm

3. Posisi semasa nak melahirkan

Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau biadan menyambut kelahiran.

 4. Kedudukan posisi suami

Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan tempat menyandar ( isteri boleh bersandar di lengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran ( elakkan koyakan)

5. Teknik meneran dan bernafas ( Second stage breathing).

Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dan teran sambil angkat badan. Bukannya angkat punggung. Dekatkan lutut sambil dagu mencecah ke dada dan dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanya tersekat.

Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak ckup nafas semasa meneran, jangan lepaskan semuanya. Teruskan tarik nafas semula sebab dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk ke dalam semula ataupun tersekat.


Ini adalah sekadar panduan. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang ada pengalaman yang berbeza semasa melahirkan zuriat. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran.

TIPS!!
Kongsilah petua dan teknik dengan suami kita ataupun birth partner. Mungkin ketika kita sakit akan hilang dan lupa segala ilmu, petua dan teknik yang dipelajari dan fahami. Penting perlunya ada seseorang di samping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita.


Moga dipermudahkan urusan kelahiran mommy-mommy semua!





Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.















Salam Sayang
  

1 comment:

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...