Thursday, January 15, 2015

7 Tips Mengurangkan Kejang, Simpul Biawak Ketika Hamil

Siapa yang pernah hamil pasti akan pernah alami perkara ni


Kejang kaki / Cramp / Simpul Biawak

Sakit tak? Secara jujur, sangat2 sakit! Esok pagi pun masih lagi sakit. Nak berjalan pun terseksa.

Sepanjang pregnancy kali ini, sempat berasa sekali sahaja kejang kaki. Itupun kena di rumah mak mertua. Awal-awal kehamilan saya dah "bersiap sedia" untuk elak kejang kaki ini. Apa yang saya buat?

Antara salah satu punca kejang kaki ialah kekurangan pengambilan kalsium dalam diet harian. Harus ingat ibu mengandung memerlukan 1200-1500 mg kalsium setiap hari.

Bukan semata-mata untuk elak kaki kejang malah yang lebih penting ialah perkembangan sihat bayi dalam kandungan dan kesihatan si ibu. Jika si ibu kurang pengambilan kalsium dalam diet harian, si anak akan menyerap keperluan kalsium daripada si ibu. Akibatnya si ibu akan merasa cramp kaki, gigi berdarah dan sakit pada pinggul/tulang belakang.

Kalsium yang cukup dapat membantu mengelakkan risiko lahir bayi pramatang dan bayi tidak cukup berat.

7 Cara Untuk Mengurangkan Kejang Kaki ketika Hamil 

1. Pakai Stokin

Biasakan diri memakai stokin di waktu malam. Pilih stokin yang selesa dan digalakkan stokin yang memberi sokongan.

2. Senaman regangan kaki

Selalulah membuat senaman regangan kaki. Ini kerana berat badan ketika hamil akan menambahkan tekanan pada kaki. Selain itu, elakkan berdiri terlalu lama



3. Minum air yang secukupnya

Air sangatlah penting untuk ibu hamil. Harus ingat juga, walaupun penting usah minum air dengan banyak sekaligus kerana ianya membuatkan badan mudah nyah hidrat. 

TIPS!
Minumlah apabila terasa haus. Jangan bertangguh-tangguh. Air yang cukup dalam badan membantu mengelakkan risiko kejang kaki semasam hamil

4. Alas kaki ketika tidur

Tinggikan kaki semasa tidur. Boleh menggunakan bantal untuk dijadikan alas pada kaki.

5. Urutan pada Betis

Mintalah bantuan suami untuk mengurut betis. Inilah peluang yang paling best dapat dimanja oleh suami! Selain itu, sentuhan daripada suami dapat menghilangkan stress si ibu.

6. Ambil pil kalsium

Rata-rata ibu hamil menidakkan pengambilan pil kalsium dalam diet harian walaupun tidak mengambil sebarang sumber kalsium yang lain.

Bagi ibu hamil HARUS cukupkan keperluan kalsium. Pilih kalsium yang mengandungi Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan.

Ostematrix Kalsium Shaklee mengandungi vitamin D, magnesium, cooper, boran dan zinx untuk membantu penyerapan dan kesan yang lebih baik. Yang penting tablet ostematrix permukaannya licin dan saiz tabletnya sederhana memudahkan lagi proses menelan. Tak ada lagi istilah "takut telan pil" ya mommy!

Pengambilan sebelum tidur akan membuatkan badan merasa lebih segar, kebas-kebas hilang, badan kurang merasa lenguh, kejang kaki pun hilang dan proses pembuangan akan lebih lancar. Say no to "sembelit".


Jangan jadikan pengalaman kehamilan sebagai mimpi ngeri buat mommy! Rajin-rajinlah mengetahui apa keperluan yang sepatutnya diambil dalam diet harian untuk mengelakkan nutrisi yang tidak mencukupi sepanjang kehamilan ;)




Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

2 comments:

  1. salam sis, please check out and follow my blog, violetscarves.blogspot.com. please support my business. thank you sis :)

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...