Thursday, March 21, 2013

Oh My Supplement : Kalsium oh Kalsium


Kalsium merupakan mineral yang penting dalam tubuh badan kita .Ia membentuk membentuk mineral terbanyak berbanding mineral-mineral lain. 99% kalsium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka. Nak tahu cerita menarik mengenai kalsium? Let's scroll kat bawah ye!
  1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut mengandungi kalsium
  2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf,membekal tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot,
  3. Keperluan kalsium tinggi semada di peringkat baligh dan remaja seseorang.
  4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang
  5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku,
  6. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asa tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  7. Kanak-kanak berusia di antara satu sehingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun,mereka memerlukan kira-kira 800mg kalsium sehari.
  8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
  9. Pengambilan kalsium terbaik ialah minum susu, Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
  10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium.Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
  11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
  12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya
  13. Kini ada banyak makanan seperti biji, sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
  14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D
  15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit 'rickets'.
  16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama prodil yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid 'oxalic' yang ada didalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  17. Tahukah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  18. Kalsium dalam tulang tidak sentiada kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
  19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
  20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkan makann bersama susu.
Tak sempat nak ambik semua diatas? telan je OSTEMATRIK shaklee ni!

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834 
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...