Wednesday, January 15, 2014

8 Manfaat Alfalfa Yang Hebat dan Sejarah Alfalfa di Dunia

SEJARAH ALFALFA

Sejarah Alfalfa ataupun dikenali Medicago sativa telah digunakan oleh manusia sejak lebih daripada 6000 tahun dahulu di Iran. Tulisan Tulisan tertua mengenai alfalfa diperkirakan berangka tahun 1300 SM dan ditemukan di Turki. Penemuan tumbuhan alfalfa yang memberi banyak manfaat telah digunakan dalam banyak bidang. Di sekitar timur tengah, bangsa arab manggunakan alfalfa untuk makanan kuda mereka. Mereka mendapati kuda yang diberi makan alfalfa, ianya lebih cergas dan tangkas. Mereka mula mencuba alfalfa untuk diri sendiri dan mendapati hasilnya yang sangat hebat.
,
Selain itu, sejak abad ke-6 , bangsa cina juga mengunakan alfalfa dalam dunia perubatan tradisional cina. Ianya digunakan untuk mengubati batu karang, saluran pencernaan dan kembung. Kemudian berkembang untuk membantu membuang toksin dalam darah(detoksifikasi) dan keradangan sendi

Di India pula, ianya digunakan dalam perubatan untuk memudahkan proses pencernaan dan alfalfa diyakini sangat meringankan gejala radang sendi.

Dalam penyelidikan “Journal of Nutrition” oleh para ahli sains di University of California, pada tahun 1984 bahawa Alfalfa disimpulkan sebagai dapat menggantikan insulin untuk penderita diabetes.

Dalam The American Journal of Surgery 1940 ,Benjamin Cruskin M D juga bersetuju penggunaan chlorphyll untuk mencegah dan menyembuh infeksi dan luka. Kandungan chlorphyll yang ada pada daun alfalfa sering digunakan di Eropah.

Banyak sangat khasiat alfalfa ni. Apa taknya, ia mengandungi mineral utama seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kuprun, dan zinc terkandung di dalamnya. Vitaminnya pula,dari vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C, hingga K. Tidak hairanlah ianya digunakan sejak berabad lamanya.

RUPA TUMBUHAN ALFALFA


Alfalfa kaya dengan mineral dan vitamin.Ini kerana akar Alfalfa sangatlah panjang, hingga boleh mencecah 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi zat galian bumi. 

PROSES PENGHASILAN ALFALFA SHAKLEE

Proses penhasilan produk shaklee dijalankan dengan teliti. Daun alfalfa shaklee dituai bila ianya benar-benar matang. Maksud matang ialah daun itu kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi Bahagian yang diambil untuk dikompres menjadi tablet adalah bahagian daun sahaja, dan yang lain dilupuskan, bukannya seperti yang diwar-war.



Alfalfa shaklee disediakan dalam 2 saiz
1) Botol kecil mempunyai 330 tablet
2) Botol besar mempunyai 700 tablet












7 MANFAAT UTAMA ALFALFA

1. Detoksifikasi/ Mencuci


Alfalfa diamalkan dapat mencuci darah, usus dan hati. Sifat alkali yang ada pada alfalfa boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid dan menghilangkan toksin dari badan. Kulit bermasalah kembali berseri punca dari toksin berkumpul dalam badan.

2. Melawan Alahan
Masalah kulit, kurap, bau badan dan ulat air (athele's foot) dapat dikurangkan dengan alfalfa. Bagi yang ada masalah resdung ataupun alahan seperti seafood digalakkan mencuba alfalfa

3. Menyingkirkan lemak dan kolestrol

Kajian klinikal membuktikan alfalfa dapat menghapuskan lemak, kolestrol, cegah sakit jantung dan darah tinggi. Saponin seperti span yang ada pada alfalfa bertindak sebagai serat menyerap kolestrol

4. Melegakan keletihan

5. Mencegah dan merawat atritis

Alfalfa membantu mangangkut asid urik yang terkumoul di sendi yang mengalami gout.

6. Milk booster 

Milk booster @ penggalak susu semulajadi yang menjadi sinonim dengan ibu menyusu di Malaysia

7.  Baik untuk saluran penghadaman

Alfalfa membantu masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser, gastrik dan sembelit

8. Kaya dengan vitamin K




FAKTA : Alfalfa Shaklee merupakan formula shaklee signature yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...