Monday, January 20, 2014

Tips Mengetahui Tanda Kehamilan

Bagaimana mengetahui dan mengesan diri mengandung?

Hai bakal-bakal mommy-to-be? Sihatkah? Mesti tengah goggle pasal kehamilan kan^^..

So hari ini saya nak sharing sedikit tips tanda-tanda awal kehamilan supaya lebih bersedia menerima kehadiran orang baru dalam little tummy! Rata-rata mommy mengalami pengalaman yang berbeza dan tak semuanya sama.

1.Mengidam

Ya, bunyi macam klise, tapi mengidam kadang kala boleh menjadi salah satu tanda kehamilan. Ianya bergantung kepada diri sendiri sama ada simpton itu pasti ataupun ianya tanda kekurangan nutrien tertentu. Tetapi apapun  ianya diikuti dengan simpton lain dalam senarai di bawah, bolehlah mula mengira kitaran haid

2. Warna aerola/puting payudara sedikit gelap

Warna sekeliling puting payudara menjadi gelap kerana ia mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Jika tidak,ia mungkin dari ketidakseimbangan horman ataupun kesan daripada kehamilan dahulu.

3. Muncul darah

Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

4. Kerap Buang Air Kecil

Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda. 
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

5. Keletihan

Perubahan simptom letih disebabkan dari perubahan dan juga akibat dari keja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Tahap hormon progestron yang tinggi membuatkan diri sendiri seperti baru selesai melakukan kerja-kerja berat. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

6. Payudara membengkak dan sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

7. Deria rasa berubah

Sesetengah mommy to be mengalami perubahan deria rasa makanan. Ada yang mengatakan ada terasa sedikit payau di mulut dan sesetengah tak dapat menerima makanan yang kebiasaan mereka suka.

8. Sakit Punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan  bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Morning sickness @ muntah-muntah

Seawal dua hari selepas persenyawaan,mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. Jika bernasib baik, alahan sebegini tidak akan menyerang selepas beberapa minggu kehamilan

10. Pening atau pengsan 

Biasa kita menonton adegan dalam cerita wanita hamil akan mengalami pengsan. Namun faktanya ini dapat terjadi kerana kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh sebab itu, pastikan cukup makan dan sudah tentu banyakkan minum supaya tidak kekurangan air dalam tubuh.

11. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

12. Sakit punggung 

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil kerana beberapa ligamen di punggung sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 


13. Kram 

Memang kram akan dialami oleh wanita hamil kerana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi. 

14. Peningkatan suhu tubuh 

Jika terjadi kehamilan ataupun ovulasi, maka suhu tubuh  akan meningkat. Keadaan ini akan bertahan selama kehamilan berlaku. 

15. Bau Badan
 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

16. Lewat datang period

Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlaku­nya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. 

Ini membolehkan lang­kah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya. 

17. Ujian air kencing positive

Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan sudah mengandung. 
Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.


Selepas disahkan hamil eloklah mengambil langkah-langkah berjaga untuk memastikan kandungan dan kondisi keadaan mommy to be dalam keadaan cergas dan sihat.

Si ibu digalakkan mengambil asid folic semasa kehamilan. Adalah lebih baik pengambilan asid folic semasa merancang untuk hamil. Boleh refer di sini untuk info lanjut




Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...