Wednesday, January 29, 2014

Cara Mengatasi Masalah Jerawat - Part 1-

APA ITU JERAWAT?


Jerawat adalah keadaan umum di mana pori-pori kulit tersumbat sehingga terbentuk kantung minyak yang dipenuhi dengan kotoran dan sel-sel kulit mati. Bakteria penyebab jerawat akan tumbuh dalam keadaan ini dan berkembang biak. Jika keadaan ini dibiarkan maka pori-pori yang tersumbat akan membengkak dan akan terbentuk timbunan nanah. Apabila permukaan kulit telah matang maka akan pecah dan akan mengeluarkan nanah.



APA YANG MENYEBABKAN JERAWAT?

Banyak faktor penyebab jerawat muncul di wajah seperti :-

  • genetik / keturunan
  • pengeluaran racun dalam tubuh
  • ketidakseimbangan hormon dalam tubuh
  • pengeluaran minyak berlebihan
  • sel-sel kulit mati
  • bakteria
  • kosmetik
  • ubat-ubatan

JENIS JERAWAT YANG PATUT KITA TAHU

Mengenal jenis jerawat adalah sangat penting terutama bagi yang ingin serius di dalam mencegah, mengatasi dan menghilangkan jerawat. Pengetahuan ini pastinya akan memberikan gambaran yang jelas bagaimana anda menangani masalah jerawat yang sering menjadi ketakutan bagi anda dengan benar dan tepat.

Berikut ini akan kami paparkan secara ringkas tentang beberapa jenis jerawat yang sering menjangkiti kita :-

1. Follicular Cast atau Filament

Jenis ini sering terdapat di bahagian hidung, kelihatan seperti bubur kerana dipenuhi oleh sebum yang tersumbat

2. Mikro Bintik Hitam

Jenis jerawat yang berlaku sebelum menjadi bintik hitam baik tertutup atau terbuka. Jerawat ini hanya boleh dilihat dibawah mikroskop

3. Whitehead (Bintik hitam Tertutup)

Berupa bintik kecil kerana sebum yang disertai bakteria terkumpul di liang kulit dan tidak boleh keluar

4. Blackhead (Bintik hitam Terbuka)

Jenis bintik hitam ini merupakan proses lanjut dari bintik hitam tertutup (whitehead). Terjadi kerana liang terbuka sehingga sebun yang mengandungi pigmen melani teroksida dan berubah menjadi coklat/hitam

5. Papule

Terjadi ketika dinding folikel rambut mengalami kerosakan atau pecah sehingga sel darah putih keluar dan berlaku inflamasi di lapisan dalam kulit. Papule ini berbentuk ketulan-ketulan lembut kemerahan di kulit tanpa mempunyai kepala. Jerawat jenis ini sering disebut kebanyakan orang sebagai "jerawat batu"

6. Pastule

Berlaku beberapa hari kemudian apabila sel darah putih keluar ke permukaan kulit. Pastule berbentuk benjolan merah dan mata putih atau kuning di tengahnya yang mengandungi sel darah putih.

7. Nodule

Apabila folikel pecah dan dasarnya maka terjadi ketulan yang besar yang sakit bila disentuh. Jenis ini terjadi akibat rangsangan keradangan oleh serpihan rambut yang berlaku lama

8. Abses

Kadang-kadang beberapa papule atau pastule mengalami pengelompokan dengan membentuk abses yang berwarna kemerahan, kesakitan dan cenderung mengeluarkan bahan berupa campuran darah, nanah dan sebum. Pada proses penyembuhan ia akan meninggalkan lubang yang luas

9. Sinus

Jenis jerawat paling kritikal. Sering terdapat di sudut hidung, rahang dan leher. Penyembuhan jerawat ini memakan masa berbulan-bulan, malah tahun dan boleh berulang lagi bila mengalami proses keradangan. Sinus harus ditangani dengan pembedahan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita sambung mengenal jerawat dan cara mengatasi di Part 2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.

Shaklee ID : 923061
Salam Sayang




No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...