Kenapa terjadinya payudara bengkak dan sakit?
- Susu badan terhasil banyak selepas 2 hingga 6 hari selepas bayi dilahirkan. Lebih banyak darah mengalir ke buah dad dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak dan menyebabkan payudara penuh dan bengkak
- Payudara tidak dikosong sepenuhnya dan menyebabkan saluran susu tersumbat. Ini menganggu pengeluaran susu seterusnya dan menyebabkan payudara membengkak
- Bayi diberikan susu formula dan tidak menyusu direct dari si ibu
Perbezaan normal duct fan clogged duct |
- Susukan bayi dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
- Tuam dengan tuala panas/ suam untuk meningkatkan hormon oksitosin ataupun mandi dengan air panas
- Urut payudara perlahan-lahan yang sedang bayi anda menyusu. Ini membantu pengaliran susu lebih lancar dan melegakan ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara
- Selain itu, "sikat" payudara anda. Caranya sikat dari atas ke bawah menghala ke bahagian puting anda
- Pakai bra yang sesuai
- Jika terasa payudara penuh dengan susu, pam sekali sekala untuk keluarkan susu berlebihan
- Selain tuam dengan air panas, boleh gunakan cold method dengan meletakkan ice pack di tempat breast membengkak
- Daun sirih juga dikatakan mampu mengatasi bengkak susu. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak
- Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
Antara kebaikan untuk si ibu menyusu ialah
- Mengurangkan risiko clog duct ataupun duktus tersumbat
- Dapat membakar lemak2 berlebihan di dalam badan
- Masalah mudah lupa ataupun short memory ketika bersalin dapat dikurangkan
- Menyalurkan inositol dan kolin untuk perkembangan otak bayi melalui breastfeeding
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment