DARI SEGI ROHANI DAN JIWA
1) Perbanyakkan bertaubat dan beristighfar:
Firman Allah yang bermaksud:
“ sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat..”
Al-Baqarah: 222
Doa memohon ampun dari dosa:
“
Ya Tuhan kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka,
maka orang itu telah Engkau hinakan dan tiada penolong bagi para
penzalim. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seruan supaya
beriman; ‘berimanlah kamu kepada Tuhanmu’. Maka kami pun beriman. Ya
Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan matikan kami berserta orang2 yang
berbuat baik. Ya Tuhan kami, dengan apa yang telah Engkau janjikan
kepada kami melalui rasul Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada
hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”
(Ali-Imran: 192-194)
Sayyidul istighfar utk keampunan dosa (dlm mathurat):
Maksudnya:
“
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan
aku. Dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa) Mu dan
aku terikat dengan perjanjian dengan Mu sekadar yang terdaya.
Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan yang aku
lakukan. Aku mengakui menerima nikmat yang Engkau kurniakan setiap masa
kepadaku, walau pun aku berdosa kepada Mu. Oleh itu ampunlah dosaku.
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanyalah
Engkau”.
2) Berpuasa sunat:
Khusus untuk suami,banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya seminggu 2 kali atau sehari pada hari isnin dan khamis atau salah satu hari-hari berkenaan atau sebulan pada hari-hari putih (13,14,15 bulan hijrah)
3) Tidak bercakap yang sia-sia:
Ketika isteri sedang mengandung,suami seboleh-bolehnya tidak bercakap sesuatu yang sia-sia terutamanya yang boleh mendatangkan dosa sebaliknya membasahi lidah dengan berzikir, bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
Seperti kisah Nabi Zakaria a. s ketika isterinya mula mengandung anaknya Nabi yahya a.s. Nabi zakaria di bisukan oleh Allah selama 3 hari bertujuan mendidiknya agar tidak bercakap yang sia-sia. Selama 3 hari itu ia menghabiskan masa
dengan berzikir dan bertasbih serta bertahmid pagi dan petang.
4) Banyak membaca al-Quran:
Ibu imam Syafie, ketika mengandungkan Imam Syafie sentiasa membaca al-Quran
terutamanya surah al-Fatihah dan surah Yasin.Sewaktu membaca, ibunya menyeru anaknya supaya memahami apa yang di bacanya. Tidak hairanlah, Imam Syafie boleh menghafal al-quran 30 juzu’ sejak umurnya 7 tahun, kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.
Antara surah2 yang di galakkan membaca ketika mengandung ialah:
i. Surah al-Fatihah
ii. Surah Maryam
iii. Surah Luqman
iv. Surah Yusuf
v. Surah Hujurat
vi. Surah Yasin
vii. Surah At-Taubah
viii. Surah An-Nahl
5) Banyak berdoa:
Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh/solehah. Sekurangnya setiap lepas sembahyang,bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung seperti:
i. Doa di baca setiap hari:
“ Ya Allah, peliharalah anakku
selama di dalam kandunganku
dan sembuhkanlah segala penyakit.
Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh
dan tiada sembuhan melainkan dengan penawar-Mu
Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini
dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.
Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat dan sempurna,
cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh.
Ya Allah, elokkanlah perangainya,
fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya
untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad saw”.
ii. Doa memohon rahmat Allah:
“Ya Tuhan kami,
janganlah jadikan hati kami
condong kepada kesesatan
setelah Engkau beri petunjuk
dan kurniakan kepada kami rahmat di sisi Engkau,
kerana Engkaulah Maha Pemberi.
Ya Tuhan kami,
sesungguhnya engkaulah yang akan mengumpulkan
manusia di akhirat untuk pembalasan,
yang mana hari itu tiada keraguan lagi.
Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”
(surah Ali- Imran: 8-9)
iii. Doa agar mendapat anak soleh/solehah:
“Ya Tuhanku,
berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku”
(Ali-Imran: 38)
Kepentingan anak soleh kepada sesebuah keluarga adalah sangat penting,
kerana doa anak yang soleh sebagai penyambung pahala setelah ibu bapa meninggal dunia.
Sabda Nabi SAW, maksudnya
“Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara:
sedekah jariah, ilmunya yg di manfaatkan orang dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka”
(hadith Riwayat Muslim)
iv. Doa ketika menanti saat hampir bersalin:
Ketika hampir bersalin atau sedang menunggu waktu bersalin,
para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan,
tetapi eloklah di gantikan dengan
wirid atau zikir atau doa.
Sebaik2 doa dan wirid adalah seperti di bawah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau,
Maha Suci Engkau,
Sesungguhnya aku adalah
termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri”
(Al-Anbiya: 87)
Selanjutnya bacalah
ayat kursi,
surah al-ikhlas,
surah Al- Falaq,
surah An-Nas,
berulang-ulang kali sehingga bersalin.
v. Doa setelah selamat/selesai bersalin:
“Aku memohon perlindungan
dengan kalimat Allah yang sempurna
daripada semua syaitan-syaitan
dan binatang-binatang yang berbisa
dan daripada pandangan mata jahat”
vi. Doa untuk menghilangkan lemah-lemah dan sakit selepas bersalin:
“Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah,
kuatkanlah aku.
Sesungguhnya aku ini hina
dan muliakanlah aku.
Aku miskin
dan berikanlah aku rezeki”
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment