Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa
untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak
akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk
menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan
sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan
mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia
dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan
terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul,
apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan
bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan
merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan,
penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan
lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam
pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda
bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah
sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda
meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang
terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan
menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang
terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan,
paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan
rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.
Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk,
tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia
ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis
penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku
kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat
untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses
penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami
krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan
mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.
Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk
lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu
tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin
berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas
mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan
tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan
tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga
bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada
sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
credit to : http://supermomndaddy.blogspot.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment