-Susu tak keluar-Susu tak cukup-Stress ditempat kerja-suami/family tak support bf baby-
Antara salah satu masalah ibu2 yang sering diadukan. So, jom kita tambahkan ilmu mengenai power pumping.
Apa Itu Power Pumping?
Merupakan teknik yang membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia merupakan teknik dan setup mengepam yang biasa tetapi dengan cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa Yang Memerlukan Power Pumping?
1. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc
2. Ibu yang ingin relaktasi/menyusu semula si anak setelah berhenti menyusu
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Kaedah/Teknik
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Tempoh masa keberkesanannya
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.
Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
Remarks
Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
Shaklee ID : 923061
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment