Monday, April 21, 2014

40 Minggu Kehamilan -Trimester Ketiga-


Trimester Kedua (Minggu ke 29-Minggu ke 40)



Minggu ke-29

Anda kini sudah berada ¾ masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu sebelum anda bertemu bayi anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan bayi. Bunyi-bunyian seperti itu boleh mendodoi bayi untuk tidur kerana bunyian itu sudah biasa baginya. Bayi anda juga dapat mendengar suara anda dan suara-suara ahli keluarga lain.


Minggu ke-30

Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelhiaran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.


Minggu ke-31

Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di dalam dakapan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat. Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini.

Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hudup di luar rahim. Bayi berlatih dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.6kg dan panjangnya 18 inci bersamaan dengan 40cm.


Minggu ke-32

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan yang terbaik buat bayi dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda tidur dan terjaga dalam masa yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, anda merasakan sukar untuk mengetahui samada bayi anda tidur atau jaga kerana ianya sangat aktif sepanjang masa.

Minggu ini bayi sudahpun seberat 1.8kg dan panjangnya pula menjangkaui 18.9 inci iaitu 42cm.


Minggu ke-33

Kehamilan adalah sesuatu perubahan besar dalam hidup wanita. Selain dari tekanan fizikal seperti keletihan, loya, perubahan saiz dan bentuk badan, anda akan merasa kebimbangan dalam melahirkan bayi, membesarkan bayi dan sebagainya. Walaubagaimanapun tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Carilah masa untuk bersantai dan jika anda takut untuk menghadapi kelahiran, jangan baca kisah-kisah kelahiran orang lain yang menyakitkan. Anggap ia sesuatu yang indah apabila anda akan mendakap bayi yang anda impikan kelak.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 2kg dan panjangnya pula 19 inci bersamaan 43cm. Walaupun warna mata bayi anda tidak berapa kelihatan pada awal kehamilannya nanti tetapi warna iris sudah mula kelihatan ketika ini.


Minggu ke-34

Masa ini ada perlu membuat keputusan samada bayi anda akan menyusu penuh dengan susu ibu dan sebagainya. Jika anda ingin memberi bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, carilah ‘breast-pump’ yang berkualiti memerah susu dengan baik. Ianya mungkin memerlukan anda berkorban sedikit wang untuk membeli ‘breast-pump’ yang berkualiti.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Dengan satu lapisan lemak putih di bawah kulit bayi anda, bayi anda tidak lagi kelihatan kemerah-merahan. Jari jemari bayi sudah agak panjang tetapi kuku tidak sepenuhnya tumbuh. Bayi anda kini mempunyai berat 2.25kg dan panjangnya pula ialah 19.8 inci bersamaan dengan 44cm.


Minggu ke-35

Minggu ini anda boleh mula mencari nama untuk bayi anda. Pilihlah nama yang baik-baik dan indah maknanya untuk bayi lelaki dan perempuan (anggap anda tidak pasti dengan jantina bayi anda walaupun anda sudah melihatnya pada mesin pengimbas – ultrasound)

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Berat bayi anda kini 2.5kg dan lebih kurang 45cm panjang. Kini anda sudah berupaya melihat pergerakan bayi pada perut anda. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Kurang daripada 5% menghadapi masalah punggung bayi ke bawah atau kakinya kebawah. Doktor menggalakkan kedudukan kepala ke bawah adalah cara yang paling selamat melahirkan bayi jika tidak bayi mungkin menghadapi sedikit masalah dan perlukan rawatan kecemasan.


Minggu ke-36

Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Bulan ini berat bayi akan meningkat sekitar 25% sahaja. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Berat dan panjang ini adalah purata berat dan panjang bayi. Sesetengah bayi mungkin lebih kecil dan ada yang lebih besar.

Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.


Minggu ke-37

Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Berat bayi anda kini 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm.

Jika anda memilih untuk menyusukan, anda akan menjadi tambahan ke atas pada kekebalan selepas kelahiran. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. Para doktor akan menasihatkan bahawa anda telah bayi anda melalikan permulaan pada umur dua bulan. Bayi anda menimbang hampir 6.5lb (3kg) dan adalah berkenaan 21in (47cm) lama.


Minggu ke-38

Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang bermain-main difikiran anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.


Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.


Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...