As per request daripada kawan-kawan untuk resepi kek batik ni. Dulu saya paling fail buat kek batik, walaupun ada yang cakap mudah. Pejam mata pun boleh buat ^_^ Tapi tetap fail..kekeke..Maybe tangan tak berapa nak berseni sangat dan tak berapa nak belajar masak. Sekarang lepas kahwin, baru terkial-kial nak try itu ini.
Sekarang baru rasa, mudahnya buat. Saya boleh buat dalam 5 minit je kek batik ni! Bangga diri sekejap..hihi..Apa-apa resepi pun kene belajar daripada kesilapan kan?
Resepi Kek Batik
Sebungkus biskut Marie
125gm buttercup
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan air
1/2 cawan gula
* Untuk rasa coklat yang kuat boleh guna resepi diatas
*Untuk rasa yang mild boleh guna resepi ini ( 1 cawan milo + 1/2 cawan serbuk koko)
Cara-cara
- Patah-patahkan biskut
- Campurkan kesemua bahan serbuk milo, serbuk koko, air dan gula. Kacau kesemua bahan ini sehingga larut dengan api sederhana.
- Masukkan buttecup sehingga cair sepenuhnya
- Kecilkan api dan masukkan telur. Kacau sampai agak pekat dan boleh padamkan api.
- Dah settle untuk salut coklat, masukkan biskut yang dipatahkan tadi dan kacau sehingga kesemua biskut disaluti coklat
- Masukkan ke dalam loyang, tekan-tekan bagi padat
- Masukkan kedalam peti ais dan siap :)
Tips untuk hasil kek batik cantik
Mesti yang ramai tertanya-tanya macamana nak bagi memudahkan nak potong kek dari loyang. Ini cara saya, yang pasti tak comot dan senang nak dihidang
Sebelum letak di dalam loyang, letakkan aluminium foil dan kemaskan bagi rata. Bila nak potong keesokkannya, terus angkat aluminium foil. Tak adalah, kek batik kita pecah dan berlerai
Satu lagi, untuk bahan di atas, saya buat 1 1/2 kesemua bahan dan sebungkus biskut marie, sebabkan saya gilakan coklat!hihi
Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
No comments:
Post a Comment