Wednesday, April 9, 2014

Cara Dan Punca Mengatasi Kaki Kejang Ketika Hamil

Mengalami kekejangan kaki pada kehamilan adalah normal. Biasanya ia lebih kerap apabila kehamilan dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku dari pengumpulan asid dalam serat otot yang membuat otot menjadi tegang. Kaki akan merasa kejang terutamanya di bahagian otot betis dan kebiasaan menyerang selama beberapa minit pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur.

FAQ PUNCA berlaku kekejangan (cramp) kaki / betis ini?

1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah

Pemakanan adalah amat penting ketika kehamilan. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Ketika hamil, kita berkongsi segala zat-zat pemakanan. Sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kekurangan zat akan berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan ibu

2. Pembesaran uterus (rahim) 

Uterus (rahim) yang semakin membesar sejajar dengan perkembangan si manja dalam kandungan. Situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.

3. Perubahan hormon

Perubahan hormon ketika hamil iaitu progesterone, kekadang kala memberi kesan kepada otot kita semasa hamil

4. Bebanan berat dan perkembangan kandungan

Bebanan berat yang semakin meningkat dan perut yang semakin membesar ketika hamil juga membuat otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.

Cara untuk melegakan kesakitan apabila mengalami kekejangan 

1. Buat regangan kaki ( stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan perlahan-lahan tapak kaki. Kesakitan akan beransur-ansur berkurang

2. Urut pada otot yang kejang. Boleh minta bantuan suami membantu anda :)

3. Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips mengatasi kekejangan 

  • Memakai stokin sokongan dan pilihlah kasut/selipar yang sesuai ketika berjalan.
  • Buat senaman regangan otot sebelum tidur. 
  • Urut kaki sebelum tidur bagi memastikan pegaliran darah lebih istirehat                                                                          
  • Alaskan kaki ketika tidur. Pastikan keadaan kaki lebih tinggi daripada badan.                                                          
  • Minum air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan kekejangan.                                                                        
  • Perbanyakkan makanan yang mengandungi sumber kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk tenusu
Kehamilan merupakan saat terindah yang kerana kita bakal melahirkan permata hati dan pewaris kita selama 9 bulan dalam rahim kita. Pastikan sebarang masalah ketika mengandung dititikberatkan melalui pemakanan dan aktiviti si ibu sendiri. Moga artikel ini mebantu si ibu dalam masalah kekejangan time hamil. Jaga diri, jaga pemakanan dan lakukan senaman ringkas ketika hamil. 

Sekiranya si ibu mencari produk yang sesuai bagi membantu menambah sumber kalsium dan sumber magnesium dalam badan ketika hamil, SHAKLEE menyediakan produk yang iaitu OSTEMATRIX .

Antara maanfaat OSTEMATRIX SHAKLEE

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  • Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  • Meringankan stress - mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  • Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  • Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)
  • Membantu masalah gastrik.
  • Membantu dalam pengurusan badan
  • Membantu dalam mengatasi sembelit. 

Mari kita lihat testimoni ostematrix yang diamalkan oleh si ibu pregyy ^^

1st : Tiada lagi masalah kekejangan dan sembelit!

2nd : Tiada rasa lenguh tangan 


3rd : Sakit pada tumit dah hilang dan badan makin cergas

Alhamdulillah..Pengguna ostematrix ramai yang memberi feedback positive selepas pengambilan ostematrix dalam supplement harian. Ostematrix ataupun sumber kalsium ini  bukan sahaja untuk si ibu mengandung malah malah untuk si ibu menyusu, wanita dan lelaki yang khasnya kurang gemar susu dalam diet harian

Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com


Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













Salam Sayang
  



No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...