---------------------------> Faktor terjadi kerana : peredaran darah yang kurang lancar terutamanya jika sudah memasuki trimester kedua dan ketiga seiring dengan membesarnya perut ibu hamil.
Faktor lain ialah posisi duduk yang terlalu lama, cramp selepas bangun tidur.
Tips yang dapat mengurangkan dan menghindari kekejangan kaki wanita hamil :
1. Pilih selipar yang mendatar. Jangan sesekali nak makai kasut/ selipar lebih dari 3cm. Kasut rumit tinggi membuat tumit berkerja lebih untuk menahan beban
2. Elakkan berdiri/ duduk/ berjalan terlalu lama. Selalu lah make sure kaki berada dalam keadaan santai dan biasakan diri luruskan kaki supaya aliran darah lebih lancar
3. Elakkan pengambilan garam yang terlalu banyak dalam pemakanan harian. Pengambilan garam yang terlalu tinggi untuk hamil harus dielakkan kerana ia merupakan punca kaki ibu hamil bengkak dan hipertensi/ tekanan darah tinggi
4. Rendam kaki dengan air hangat dicampur dengan garam wangi ataupun minyak aromaterapi. Ini dapat mengurangkan sakit di telapak kaki dan membuat tubuh lebih rileks. Biasakan juga menyapu krim pelembap pada kaki. Hindari kaki menjadi terlalu kering dan ia menyebabkan kulit di tapak kaki merekah.
5. Biasanya tumit wanita hamil cepat merekah. Atasi masalah tumit merekah semasa hamil. Biasanya rawatan tradisional mengunakan betik muda, hilangkan getahnya terlebih dahulu dan sapu pada tumit. Saya hanya guna herbal blend shaklee je..hihi
6. Salah satu kenangan waktu hamil ialah urutan oleh suami tercinta. Minta pertolongan suami lakukan urutan di area kaki dan betis. Selain dapat eratkan hubungan suami isteri, secara psikologi syokkkk jadi ibu hamil...hihi..dan ibu hamil akan terasa nyaman.
7. Semasa kehamilan lazimnya berlaku retensi air ataupun penakungan air dalam tubuh mengakibatkan varises, cramp dan vena velva. Lakukan latihan gerakan-gerakan pada kaki. Latihan ini membantu kaki bengkak dan mengurangkan berlaku varises.
Moga memberi manfaat pada ibu mengandung !
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
salam kenal...
ReplyDeleteterima kasih atas artikelnya yang mengispirasi ini..
dan mau tanya untuk Tren kaos kaki muslimah lucu yang saat ini seperti apa ya..
mohon infonya..
makasih ya atas sarannya...
ReplyDeletedengan begini bisa merawat kaki lebih baik...
dan kalau untuk belanja kaos kaki wanita yang murah dan berkualitas dimana ya