Kolostrum adalah cecair kental yang paling berharga dan susu awal bagi si ibu. Ianya terdapat seawal 3-5 hari pertama pada susu ibu selepas bayi dilahirkan. Selepas bayi lahir, kolostrum sedia untuk diberi pada baby dalam tempoh 48 hingga 72 jam. Selepas itu, tubuh kita akan beransur-ansur hasilkan susu yang matang
Kolostrum ini berwarna kuning, berlemak dan sangat kaya dengan protein dan antibodi. Susu awal ibu merujuk kepada:
- Rendah kandungan lemak
- Kaya kandungan protein
- Tinggi karbohidrat
- Kaya dengan vitamin K
- Mudah untuk dicernakan
Amat penting untuk memulakan penyusuan kepada bayi sejurus selepas bersalin supaya bayi anda menerima faedah-faedah yang terkandung di dalam susu awal ibu. Susu awal ibu mempunyai jumlah yang terhad tetapi sangat bernilai di dalam setiap kandungan susu ibu tersebut. Ia sangat penting bagi bayi diberi susu tersebut dengan kerap supaya bayi mendapat banyak khasiat daripada cecair susu bewarna kekuningan dan berkrim ini sebelum digantikan dengan susu matang.
Susu awal ibu ini juga kerap dirujuk sebagai “cecair emas” (liquid gold) merujuk kepada ciri-cirinya yang sangat baik. Ianya bukan sahaja menyediakan nutrient yang sempurna untuk bayi yang baru lahir, tetapi juga mengandungi jumlah sel-sel hidup yang banyak dimana ia mampu memberikan sistem imunisasi yang sangat baik daripada benda dijangkiti pelbagai penyakit kepada bayi.
Kebaikan-kebaikan Susu Awal Ibu (Colostrums) termasuklah:-
- Colostrums adalah bahan semulajadi dimana ianya 100% sebagai vaksin yang selamat. Tahap kandungan imunisasi yang terkandung di dalam colostrums adalah sangat tinggi berbanding dengan susu matang.
- Ia merembeskan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA). Sebelum bayi lahir, plasenta akan memberikan bayi anda dengan antibodi yang dipanggil IgG tetapi sekarang bayi memerlukan antibodi baru bagi bayi menerima perlindungan daripada kuman-kuman luar.
- Ia memainkan peranan utama dalam saluran pencernaan bayi.
- Colostrums juga berfungsi sebagai ‘membersih’ iaitu dengan melonggarkan meconium atau bahan likat bewarna hitam yang terdapat di dalam usus. Lebihan bilirubin dibuang daripada sistem itu dan dengan itu ia mampu menghalang jaundis.
- Colostrums juga mengandungi leucocytes iaitu sel-sel putih yang memberi perlindungan kepada bayi dan mampu melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.
Susu matang pula mempunyai lebih rendah kandungan antibodi tetapi ia lebih tinggi dalam jumlah isipadu. Dengan pemberian susu ibu, bayi mampu melawan pelbagai penyakit.
Daripada artikel ini, maka penyusuan susu ibu terutama pada awal kelahiran bayi amat penting untuk bayi dan ibu. Adalah lebih baik jika mampu memberi penyusuan penuh kepada bayi sehingga bayi berumur dua tahun. Selain bayi mendapat faedah-faedah serta nutrisi yang baik daripada susu ibu, ia mampu memberikan imunisasi yang sangat baik kepada bayi.
Memandangkan terlalu banyak penyakit yang timbul akhir-akhir ini, wajarlah penyusuan ibu secara ekslusive diberi perhatian. Namun mungkin terdapat beberapa kesukaran kepada ibu-ibu bekerjaya mejayakan penyusuan penuh kepada bayi, walaubagaimanapun terdapat beberapa cara yang boleh menjayakannya. Sebagai seorang muslim, sentiasalah berdoa agar niat murni ini dipermudahkan serta disusuli dengan usaha untuk menjayakannya. InsyaAllah berjaya.
Cabaran april team kami khas dari ibustory.wordpress.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.
No comments:
Post a Comment